Daira mengelap peluh di dahinya itu. Ah, hampir buntu dia buatnya mencari isteri untuk

sahabat baiknya itu, Syakqif. Daira merapatkan telefon itu pada telinganya. Telefonnya dihubungkan

talian. 

"Syakqif, aku naik rimaslah! Setiap kali aku cari calon isteri untuk kau. Kau tak mahu.

Macam mana nak cari calon isteri kau ni?" Soal Daira. Berpusing pusing otaknya memikirkan

soal jodoh Syakqif. Inikan mencari jodoh Syakqif, sudah pening apatah lagi mencari jodohnya

sendiri.

"Ala... Carikan untuk aku sekali lagi, please ? Kau kan kawan baik aku. Ibu aku dah lama 

marahkan aku." Suara Syakqif mengeluh. Desaknya Syakqif pada Daira. 


Daira terdiam. Dia terfikir sesuatu. Nampaknya terpaksalah dia pilih kawannya yang dulu. Kawannya yang Daira tidak suka pada waktu dulu.

"Hmm...  Tapikan aku ada kawan aku seorang ni. Aku tak adalah rapat dengan dia."  Ujar Daira.

"Siapa orang tu ? Siapa ? Dia lawa tak? Beritahu aku lekas." Cepat Syakqif  tanya. Pantang ada calon, tak sabar nak tahu.

" Tak tahu lah nak kata. Aku manalah tahu itu 'taste' kau ke? Tapi nama samaran dia Lea." Beritahu Daira .

Syakqif tersenyum membayangkan wajah kawan Daira itu. Kalaulah lawa, pasti tak bosan tenung padanya.

"Nama Lea ni pasti cantik dan ayu kan? Hmm... Badannya mesti langsing. Aku sukalah."  Kata Syakqif dengan perasaaan yang mengiyurkan.

Daira geram dengan Syakqif itu. 

"Ish, kau ni! Pantang nampak lawa , nak jadikan calon isteri kau. Apalah!" Marah Daira pada Syakqif itu. Yalah, lawa bukan boleh bawa kemana mana pun. Melainkan calon isteri yang ada sifat seorang isteri bolehlah menjaga Syakqif itu.

"Ha!Ha!Ha!" Syakqif sudah gelak terngekek ngekek.

"Pastilah aku nak isteri yang lawa. Itu adalah keutamaan dalam ciri ciri yang aku mahu. Yang kedua, barulah aku nak seorang isteri yang alim tentang agama! " Syakqif menekankan perkataan agama itu.

Daira diam saja melayan karenah Syakqif itu. Sambil dia menelefoni Syakqif itu, dia menyiapkan tugasnya itu.

"Lepas itu, aku nak yang pandai masak. Nanti kalau isteri aku tak pandai masak , tak ada gunanya juga.." Syakqif membebel bebel tentang itu. 

"Hmm..." Daira layan sajalah.

"Daira, please carikan aku isteri tau.  Ibu aku ni tak sabar sabar tunggu aku kawin. Agaknya dia nak ada cucu kot. Ha! Ha! Ha! Okay lah, aku tutup panggilan lah. Tata Daira sayang. Love you beb!" Syakqif memesan agar Daira tidak lupa. Lantas dia menekan punat merah pada telefonnya itu. 

Tup....... Tup............ Tup.....

" Love you beb." 

Daira melepaskan nafas berat.  Ayat Syakqif yang berikan itu asyik berulang ulang dalam fikirannya.

Daira mengambil secawan susu yang berada dihadapan mejanya lalu meneguk .

"Ah... Nampaknya mata aku dah berat."

Aira melihat jam tangannya .Jamnya sudah menunjukkan pukul 12 pagi. .

"Haih , Kenapalah aku juga semuanya . Cis, Macam aku kuli dia je! Mentang mentang aku ni kawan baik dia. Semua benda masalah dia lepaskan kat aku." Daira memaki hamun dalam hatinya.

Dalam Diam Ustaz mencintaikuRead this story for FREE!