79 : Tiga Wow

148K 2K 169
                                    

Beep.

Haruman lavender menyapa lagi hari ini, sungguh menenangkan.

"Sayang, hari ni genap hari ke-100 sayang tidur. We should celebrate, don't you think? Saya ada bawa surat cinta kita dulu. Saya jumpa awak punya dalam bilik tidur bawah, tak sangka rupanya awak masih simpan. Saya bacakan untuk awak, ya?" Tanganku dikucup dan digenggam sebelah. Aku dengar bunyi kertas perlahan dibuka.

"Mula-mula awak tak faham, kenapa kita nak berutus surat lagi sedangkan kita dah berhubungan di WeCon. Bila saya cakap tentang sentimental value, awak terus setuju. Jadi, let's take a walk down memory lane, shall we?" Adam berdehem-dehem sebelum menyambung, "Ni surat pertama saya beri pada awak."

'Dear Sugar...'

Beep.

Kali pertama mahu bertukar surat dengan Hairi, aku akui berdebar juga jantungku. Kami bersetuju untuk bertemu di tepi astaka padang sekolah pada waktu rehat. Aku sikit terlewat kerana pergi membantu Puan Azilawati mengangkat buku latihan yang dikutipnya di makmal tadi ke bilik guru terlebih dahulu.

Sebaik aku menghampiri astaka itu, ternyata Hairi tak keseorangan. Ada rakannya meneman. Ceh.

"Hai, awak. Sorry lambat, saya tolong cikgu hantar buku dulu tadi." Aku menyapa. Hairi yang sedang duduk di tangga astaka terus berdiri dan membersihkan punggung, lalu tersengih. Rakannya juga bangun, tapi bergerak menjauhi kami.

Bagus. Sibuk je.

"Hai, awak. Tak apa. Emm, surat bawa dok?" Hairi menggaru-garu kepalanya. Eh, takkan dia pun rasa janggal kot? Hari tu bukan main gentle terus bagi WeCon ID, siap belanja sosej dengan nuget lagi.

"Lah, mestilah ada. Nah." Aku hulurkan dengan penuh keayuan. Imej kena jaga. Dia menyambutnya, kemudian menyeluk poket depan baju sekolahnya. Sehelai sampul surat dikeluarkan. Wah, siap bersampul. Aku bagi surat kasi lipat je.

"Nah, ni awok punya." Dia tersengih lagi, kemudian menoleh ke arah kawannya sekilas. Aku ambil dan terus masukkan dalam kocek baju sekolahku.

"Okay, nanti malam lepas baca, mesej saya tau!" Aku berpesan. Hairi menggaru lagi kepalanya kemudian mengangguk-angguk. Dia kemudian pantas meminta diri sebelum ada sesiapa perasankan kami, dan terus kembali ke rakannya.

Pelik betul la. Aku masih tak faham macam mana mereka boleh berkawan. Takpe, nanti sikit hari lagi aku korek cerita daripada dia.

Aku tak tunggu malam. Aku teruja nak membaca surat daripada Hairi. Untuk surat pertama, topiknya ialah 'Kali Pertama Saya Ternampak Awak'. Ya, ya, topik yang entah apa-apa, tapi aku teruja untuk tahu sejak bila Hairi perasan kewujudanku.

Aku terus berlari ke tandas pelajar perempuan yang terdekat, masuk ke dalam 1 cubicle dan terus membuka sampul surat berwarna merah itu.

'Dear Sugar...'

Beep.

"Kali pertama saya ternampak awak, saya fikir saya nampak bidadari. Masa tu, awak dengan makcik awak datang hantar stok kek coklat moist di kedai makan ayah. Kebetulan petang tu, ada seorang pekerja ayah tak sihat, jadi saya datang untuk tolong ayah di kedai. Dalam fikiran saya, ini takdir. Mungkin awak ditakdirkan untuk saya?"

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now