Part 2

15K 802 50
                                    

Esok hari graduate. Tak sabarnyeh!! Haha, tak sabar nak tengok reaksi Arman bila tau aku siapa.

"Woi, berangan!" Aku terkejut. Ish, Dina ni suka sergah aku. Bagi penumbuk sebiji kang! Aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

Dia hanya tersenyum menampakkan giginya yang putih dan teratur. Dia duduk disebelahku.

Aku sekarang ni kat perpustakaan. Saja study. Mana tau aku dapat ambik Phd terus semester baru nanti. In Shaa Allah.

"Senyap sikit. Fikir perpustakaan ni bapak kau punya?!" Marahku padanya tapi aku tetap mengawal suara. Takut nanti aku pulak yang kena marah. Tak ke naya?!

"Ye...ye..aku senyap. Babe, sapa tu nama dia? Hah, Putera Syafiq panggil kau mengadap dia dekat wakaf depan bilik kuliah 6 sekarang." Dina menyampaikan arahan dari Putera Syafiq. Aku terkejut.

Aku ada buat apa-apa salah ke? Tanpa mempedulikan Dina aku berlalu pergi untuk bertemu dengannya. Setiba je dekat wakaf tu aku tengok dia dengan seorang lelaki.

"Assalamualaikum tuanku. Tuanku nak jumpa saya ke?" Tanyaku apabila tiba dihadapannya. Dia memandangku begitu juga lelaki disebelahnya.

"Tak payah nak panggil saya Tuanku kat sini. Just panggil Syafiq je. Ni saya nak tanya, awak pandai buat cupcake kan?? Saya dengar cupcake awak sedap. Ye ke?" Soalnya. Aku terkejut. Ni mesti kerja Farah dengan Dina. Cuma diorang je tau aku pandai buat cupcake. Ni aku tak suka ni.

Hurmmm, terpaksalah ni nampaknya. "A'ah, bolehlah pandai. Kenapa?" Tanyaku kepada Putera Syafiq. Orang disebelahnya berdiri dihadapan Putera Syafiq. Putera Syafiq pula mengundur.

"Saya Aqiff, putera dari Negara Malijaze(ciptaan). Saya nak awak buatkan saya 100 cupcake. I want it the day after tomorrow. Can you?" Mak Aii, 100?!! Melampau gila!! Aku mengeluh.

Aku memandangnya. Haila Putera Aqiff ni. Malijaze ni negara yang berjiran dengan Almiano. Tak ada pemisah pun antara 2 negara ini. Sebab tu hubungan antara 2 negara ni baik gila.

"Emm, bolehlah. Tapi boleh Tuanku ambik dirumah saya?" Tanyaku. Tak kuasa aku nak memandu jauh. Dia mengangguk lalu mengambil kertas didalam begnya. Dia menulis sesuatu keatasnya lalu memberikan kepadaku.

Oh, nombor telefon rupanya. "Mesej saya alamat awak and telefon saya kalau dah siap. Understand?" Ujarnya. Aku mengangguk. Mereka pun berlalu pergi meninggalkan aku.

Aku mengeluarkan jam gajet ditangan. Aku menekan nombor 2 dengan lama sebab nak call Dina. Dina angkat. "Oi Dina jumpa aku dekat car park. Ajak Farah sekali. Bye!" Serentak itu aku mematikan talian tanpa sempat Dina cakap apa-apa.

Aku simpan jam itu dalam handbag aku. Takut ada orang nampak. Tak pasal-pasal diorang ingat aku mencuri. Aku terus menuju ke car park.

()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()

Setiba je dekat supermarket, aku terus mengeluarkan senarai barang yang perlu aku beli. Dina dan Farah menolong. Diorang tak cakap dengan aku sepatah pun. Dah habis aku basuh diorang masa dalam perjalanan tadi.

Nak tahu aku cakap apa? Aku cakap camni. "Korang tahu tak, Putera Aqiff minta aku buat cupcake 100. 100 tau bukan sikit. Korang tahukan aku tak suka orang tahu apa yang aku tau buat. Aku pantang. Korang kawan aku dah 3 tahun tau. Bukan 3 hari. Tolonglah. Aku harap sangat korang faham aku. Bukan senang aku nak kawan dengan orang. Sebelum aku kawan tu aku tapis betul-betul. Aku dah bagi seluruh kepercayaan pada korang. So, tolonglah. Cukup korang je tau dan rasa apa yang aku buat. Aku harap korang tak buat lagi!! Lagi sekali korang buat,korang pun taukan apa aku akan buat?" Itulah apa yang aku cakap.

Puteri Yang TerBuangWhere stories live. Discover now