BAB 12 : Final

4.7K 330 36
                                                  

       "Wah! Cepat pula bila nak balik!" Perli Raziq kepada Tina lalu ketawa terbahak-bahak. Tina hanya mendiamkan diri.

'Buat-buat tidak dengar kut.' Ujar Raziq di dalam hati yang perasan Tina hanha mengendahkan sahaja dirinya itu.

Mereka berempat terus balik ke rumah.

Tiba sahaja di rumah, Tina melangkah masuk ke dalam ruang tamu.

"Hey! Betul lah Tina kata, sekarang baru pukul 11 malam! Lambat gila kat dunia roh." tegur Qisrina sambil ketawa kecil lalu memegang bahu adiknya. Tina menoleh ke arah kakaknya lalu memberikan jelingan tajam.

"Hey, are you okay Tina?" Soal Qisrina dengan risau. Dari dekat sekolah tadi adiknya itu mula menjadi pendiam. Tidak pernah pula adiknya menjadi begitu pendiam.

"Aku penat je. Dah kau pergilah tidur dulu. Aku nak makan. Lapar." Balas Tina lalu pergi ke dapur bagi mencari sesuatu.

"Okay" balas Qisrina pendek. Dia masih tidak berasa sesuatu pelik mengenai adiknya lalu naik ke atas untuk mandi.

☆ ☆ ☆

        Sesudah mandi, Qisrina turun semula ke bawah untuk melihat adiknya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang makan dengan lahap. Dia melihat ke arah dapur tetapi dapur itu kelihatan gelap.

"Tina ke tu?" soal Qisrina dengan curiga sekali.

"Ye ni aku." Jawab Tina dengan spontan sambil kerap menyuap sesuatu dalam mulutnya.

"Akak tidur dulu." Beritahu Qisrina lalu naik semula ke tingkat atas. Dia segera tidur kerana badannya sangat letih. Dirinya terasa seperti telah berjalan selamat 2 minggu tanpa rehat.

Keesokan paginya, mereka berdua bersiap sedia untuk pergi ke sekolah seperti biasa.

"Hey Raziq!" Tegur Qisrina di dalam kelas. Guru kelas mereka masih belum masuk ke dalam kelas ketika itu.

"Yowww kenapa?" Soal Raziq sambil mengemas buku latihannya di atas meja.

Dia risau jikalau dia terlupa membawa buku sains. Iyalah, guru sains mereka yang juga terkenal sebagai guru disiplin itu sungguh garang sekali!

"Kenapa adik kau tu senyap semacam? Selalunya dia lah yang paling heboh." bisik Qisrina secara sembunyi-sembunyi.

Dia mengambil tempat duduk di tempat Haziq ketika Haziq pergi ke tandas. Tina juga kebetulan keluar bersama Zaty ke tandas.

"Entah aku pun pelik. Dia start jadi macam tu lepas je balik dari sekolah semalam.

Lepastu kan, dia makan kat dapur dalam gelap. Kemain lahap dia makan macam tak pernah makan. Aku malas nak tunggu dia makan, aku pun terus pi tidur.

Pagi-pagi aku bangun, aku tengok dia tengah tengok tv. Dia kata dia tak boleh tidur. Lepastu time aku breakfast, dia perhatikan je aku. Sometimes rasa seram sejuk jugak." Jelas Raziq apabila perasan Qisrina juga tidak selesa dengan adiknha sendiri.

"OMG! Samalah! Tina pun macam tu!" Qisrina segera menceritakan semuanya ke Raziq. Raziq terkejut. Betul sangkaannya!

"Lagi satu kan, aku rasa tak selamat bila duduk sebelah Tina." tambah Qisrina lagi.

Dia menundukkan kepala memandang lantai. Buat pertama kali di dalam seumur hidupnya dia berasa tidak selamat dengan adiknya.

Dirinya terasa asing sekali tatkala berdekatan dengan adiknya itu sejak mereka pulang dari alam ghaib.

Raziq hanya mengangguk mendengar luahan teman wanitanya itu.

"Baiklah petang ni, aku rasa kita kena berjumpa. Kita rahsiakan dulu perkara ni dari adik kita berdua. Petang ni kita katalah yang kita nak pi dating ke." Cadang Raziq.

Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now