Part 1

64.1K 1.9K 186
                                    

Aku memandang lelaki dihadapanku dengan pandangan yang macam...entahlah aku pun tak tau nak cakap macam mana.

"Kenapa kau minta clash?" Tanyaku padanya. Dia meraup rambutnya kebelakang. Fikir hensemlah?? Tapi dia memang hensem pon!! Arghh!!

Aku cuba beriak tenang. "Aku minta clash dengan kau sebab aku dah jumpa perempuan yang lagi perfect dari kau. Lagipun dia sedarjat dengan aku. Penampilan dia pun dia jaga. Tak macam kau, selekeh je. Menyesal aku tak ikut cakap mama." Luah lelaki dihadapanku.

Aishh, besar kecik besar kecik je aku tengok dia. Aku memandang ke bawah sebentar sebelum mengangkat muka kembali.

" Okay, if you say so, aku tak kesah pon kau minta clash. Oh btw about darjat. Kau kena ingat kaya macam mana pon kat dunia ni kalau miskin dekat akhirat tak guna Arman!" Kataku. Kata?? Tak, tapi lebih kepada menyindir.

Arman memandangku tak puas hati. Ehh, kesah apa aku?! Aku berlalu meninggalkan dia.

Setiba aku dirumah, terus aku mendapatkan kakakku dibiliknya. Dia yang sedang mengemas bilik terkejut apabila aku tiba-tiba memeluknya.

"Akak, Arman.......dia minta clash dengan Fiera. Fiera sayang dia sesangat kak." Aku menangis sepuasnya. Dia menarikku menuju ke katil. Aku duduk dibirai katil. Kakakku juga.

"Fiera, akak dah cakapkan dari dulu lagi. Arman tu just nak mainkan hati Fiera tapi Fiera taknak dengar. Nak juga si Arman bahlol tu. Herghh!" Aik, kita yang merana dia pulak yang emo lebih.

Aku menyeka air mataku. Aku memandang kakakku. "Mulai saat ini, Fiera akan fokus untuk study. Fiera takkan bercinta dengan mana-mana lelaki sampai habis belajar. Dan Fiera takkan jatuh cinta dengan lelaki macam Arman. Itu janji Fiera. Akak mesti ingatkan Fiera tentang janji yang Fiera buat ni kalau suatu hari nanti Fiera melanggar perjanjian tu akak ingatkan tau!" Janjiku dengan penuh keazaman. Kakakku memandangku. Dia tersenyum.

"Risya!! Fiera!! Turun makan!!" Kami terkejut mendengar jeritan ibu. Aku dan kakak turun kebawah untuk makan.

○■○■○■○■○■○■○■○■○■○■○■○■○■○■○

Malam telah menggantikan siang. Esok aku kena balik Serime(ciptaan) untuk memulakan semester dikolej setelah habis cuti hujung minggu.

"Mama, papa, kakak and abang. Esok adik dah kena balik Serime. Mesti nanti adik rindu korang. Hrmmm..." Aku melabuhkan diri disebelah abangku. Dia menggosok kepalaku.

"Apa abang ni?! Orang baru pergi saloon tau petang tadi." Aku memarahi abang. Serentak itu ruang tamu ini penuh dengan gelak tawa mereka. Aku memuncungkan mulut.

"Apalah adik abang ni, gurau pun tak boleh." Ujar abangku. "Udah-udahlah tu Rash kacau adik kamu." Nasihat mama pada abang. Abang hanya mencebik. Aku menyiku pinggangnya.

Dia mengaduh. Padan muka! Malam itulah kami sekeluarga berkumpul meluangkan masa bersama. Aku bersyukur kerana Allah memberikan keluarga begini padaku.

Walaupun aku hanya anak angkat pada mereka tapi layanan mereka terhadapku seperti aku ini darah daging mereka.

Aku mengukir senyuman. Aku menuju ke bilikku. Aku menghempaskan diriku diatas katil dan mencapai iphone6 ku di rak tepi katil.

Ada 2 mesej, 4 missed call

Siapa yang call? Ahh, 3 Dina and 1 Farah. Mesej??

-Dina-
Ra, aku dengar kau dah clash dengan Arman, betul ke??
-Dina-
Fiera balaslah mesej aku... kau tengah nangis ke???

Puteri Yang TerBuangWhere stories live. Discover now