BAB 11 : Gua

4.2K 310 3
                                                  

Raziq, Haziq, Qisrina dan Tina menyambung semula perjalanan mereka pada keesokan paginya. Mereka ingin pergi ke gua di bukit yang terletak jauh dari situ.

Bukan itu sahaja, mereka turut bergaul dengan warga di alam ghaib. Semuanya baik-baik belaka. Termasuklah kaum Bunian.

Cuma, setengah makhluk yang tidak diingini mereka akan menjauhkan diri dari makhluk tersebut.

Tina mula teringat akan pemberitahuan Farah malam kelmarin. Farah telah memberitahunya sesuatu ketika rakan-rakannya yang lain telah tidur.

Mereka semua berehat di sebuah tempat yang selamat. Farah dan Amil juga menjadi peneman selama mereka merehatkan badan dan minda.

"Aliah tinggal dekat gua. Gua tu gelap sangat! Dia selalu nyanyi kat situ. Gua tu terletak di sebuah bukit. Bukit tu namanya Bukit Atas" ujar Farah kepada Tina.

Setelah mendapat maklumat dari rakan rohnya itu, dia pantas menyampaikan maklumat tersebut kepada The Twinnies keesokan paginya.

Beberapa minit berlalu, The twinnies berehat di tepi kawasan air terjun. Air terjun itu kelihatan sungguh menenangkan. Jauh berbeza berbanding dengan air terjun di alam nyata.

"Wah cantik jugak eh tempat ni waktu pagi" puji Qisrina sambil bermain air dengan kakinya.

"Betul-betul!" Jawab Raziq yang sama bermain air dengan teman wanitanya itu.

Selepas berehat, mereka berempat segera menyambung perjalanan untuk ke Bukit Atas.

Sedang mereka berjalan, mereka tidak sedar bahawa terdapat satu lembaga hitam mengikuti mereka sejak dari awal di tanah perkuburan.

"Habislah mereka kalau terserempak dengan Aliah" bisik lembaga itu di belakang semak sambil memerhatikan The Twinnies.

☆ ☆ ☆

Sampai sahaja di hadapan Bukit Atas, mereka terlihat akan satu gua besar. Gua besar yang sangat gelap dalamnya! Sesiapa yang melihat sahaja gua itu pasti akan berasa tidak selamat dan tidak selesa.

"Itu guanya" bisik Qisrina kepada adiknya sambil menunding jari ke arah gua tersebut.

"Mari" ajak Tina lalu menarik kakaknya dan yang lain-lain ke gua itu. Segala perasaan takut mula menyelubungi badan setiap ahli the Twinnies. Tangan dan kaki mula rasa sedikit.

Tiba sahaja di hadapan Gua itu, Raziq bergerak ke depan lalu bersuara dengan nada yang agak kuat.

Dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan dirinya di hadapan teman wanitanya itu. Tina yang telah mengarahnya itu memanggil Aliah.

"Urm.. hello helloooooo.. testing testing."

Raziq menjerit kuat lalu berlari sembunyi di belakang rakan-rakannya. Qisrina ketawa melihat telatah teman lelakinya itu. Persis seperti budak kecil!

Mereka tunggu sehingga satu angin sejuk keluar dari gua tersebut. Tiba-tiba seekor hantu perempuan muncul di hadapan mereka berempat.

The Twinnies tidak begitu nampak muka hantu tersebut kerana terhalang dengan rambut yang panjang hingga mencecah tanah.

"KAU NAK APA?! PERGI DARI SINI!" Jerit Aliah. Kelibatnya itu sungguh mengerikan. (Kalah hantu Ju-On dan The Ring! Maaflah ya, tapi bagi author sendiri memang hantu melayu lagi seram!)

"Aliah! aku minta maaf! Ni semua salah aku!" Tina membuka mulut. Air mata mengalir keluar.

Rakan-rakannya yang lain bergerak ke belakang mahu memberi ruang buat Tina.

Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now