BAB 10 : Kampung Bunian

4.3K 354 7
                                                  

Dengan sekelip mata mereka berempat sudah berada di alam lain. Mereka segera membuka mata.

Sejuk, dingin, sunyi dan sepi. Hanya itu sahaja yang mampu dirasai oleh setiap ahli the Twinnies tatkala itu.

Masing-masing mula meremang bulu roma apabila terlihat beberapa bayangan hitam mula lalu lintas di hadapan mereka.

Keadaan di situ juga sangat gelap walaupun terasa diri seperti berada di siang hari. Alam itu hanya bertemankan dua bulan dan tidak pernah berubah cuaca. Satu bulan berwarna putih manakala satu lagi berwana merah terang.

"Kita dekat mana ni? Kenapa sejuk dan suasana kat sini gelap. Banyak kabus pulak tu." soal Haziq.

Matanya kerap memerhati kelilingnya. Terdapat pelbagai jenis bayang dan entiti di situ.

Dan nasib menyebelahi ahli the Twinnies kerana makhluk di situ semua tidak menunjukkan diri mereka sepenuhnya kepada ahli the Twinnies.

"Ini lah alam ghaib! Welcome! Hihi." Jawab Tina dengan ceria sekali. Akhirnya, dia tidak berasa kesepian apabila menjejakkan kaki ke alam ghaib semula.

Mereka bertiga masih berasa tidak sedap hati. Bukannya apa... sampai-sampai sahaja sudah ada di dalam hutan. Dengan suhunya yang seram sejuk. Ditambah tebalnya kabus di situ. Waduh-waduh.

"Okay, first thing yang aku nak bagitahu ialah, maybe kita akan duduk dekat sini dalam sehari." Ujar Tina setelah semua rakannya itu mendiamkan diri. Setiap wajah di situ menunjukkan riak cuak. Risau mungkin.

Raziq, Qisrina dan Haziq hanya mengangguk mendengar arahan Tina yang lebih berpengalaman.

"Kita kena sentiasa bersama. Okay?" Soal Qistina sambil memandang setiap persatu wajah di hadapannya itu. Dia betul-betul perlu melindungi mereka semua jika terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku.

Dua orang jejaka dan seorang gadis di hadapannya mengangguk lagi sekali.

"Tetapi Tina, bukan ke kita nak kena balik malam ni jugak?" Soal Qisrina secara tiba-tiba. Hairan juga bagi dirinya. Tambahan, dia tidak mahu berlama-lama di alam lain yang bukan miliknya itu.

"Memanglah. Dah lupa ke waktu kat sini lagi lama berbanding sana. Mungkin kita baru hilang dalam beberapa jam sahaja." Jelas Tina kepada kakaknya yang sering ingin tahu itu.

"Oh, okay" balas Qisrina. Dia berasa sedikit lega setelah mendengar penjelasan daripada Tina.

Mereka berempat segera berjalan di hutan itu dengan berhati-hati bertemankan cahaya dua bulan purnama di langit. Bukan itu sahaja, mereka semua dikejutkan oleh kehadiran Amil, rakan baik Tina.

Budak kecil itu berasa sungguh gembira apabila bertemu dengan rakan-rakan baru. Setelah lama meluangkan masa dengan mereka, Amil menghilangkan diri. Beberapa minit kemudian, imej tanah perkuburan pula mula memasuki ruang mata setiap ahli the Twinnies.

"Maybe, ni kut tanah perkuburan belakang sekolah kita." Bisik Raziq kepada adiknya. Haziq di sebelah hanya mengangguk seperti burung belatuk.

"Lepas lalu kubur ni, kita akan lalu di perkampungan bunian. Kampung tu terletak dekat pokok-pokok buluh. Nanti Ada ramai roh kat situ. Nanti kita tanya dorang. Jangan risau, dorang semua baik." Beritahu Tina.

"Jumpa dorang? You mean.. hantu? Roh? Weh taknak lah" Raziq mengigil ketakutan.

Sudah lah matanya kerap kali menangkap imej bayang hitam dan putih di sekeliling mereka. Selepas ini mahu berjumpa dengan banyak jenis makhluk pula? Huh, terima kasih sahajalah!

"Relaks lah. Aku ada. lagipun dorang kawan aku juga. Aku pasti diantara dorang mesti kenal dengan hantu perempuan tu." Tina memujuk teman lelaki kakaknya itu.

Raziq terus mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Tidak mahu mengeluarkan suara kerana di atas dahan terdapat satu makhluk yang mengerikan. Dan yang paling seram sekali ialah, mata makhluk itu tidak lari dari terus memerhati dirinya.

☆ ☆ ☆

30 minit berlalu,

"Weh lama lagi ke nak sampai?" Soal Raziq kepenatan. Bajunya sudah habis basah akibat berpeluh. Wajahnya juga merah akibat kepanasan yang dirasainya.

"Lama lagi." balas Tina pendek. Tidak sangka pula mamat di belakangnya itu suka membebel mengalahkan mak Bedah.

"Aduh. Kaki aku nak tercabut ni. Berdenyut-denyut dari tadi. Dah lah tak bawak koyok." Bebel Raziq lagi dan lagi. Tina menjulingkan matanya.

"Okay-okay. Kita rehat 10 minit." Balas Tina. Dia mengalah. Tidak mahu mendengar lagi bebelan jejaka tersebut.

Maka, mereka berempat mula rehatkan diri lalu menyambung semula perjalanan mereka setelah mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.

Selama 30 minit mereka berjalan, akhirnya mereka sampai juga di perkampungan bunian.

☆ ☆ ☆

Aura di situ sangat tenteram. Di sekeliling mereka dikelilingi oleh penduduk bunian dan beberapa roh yang lain.

"Hello farah!" Tegur Tina kepada satu roh yang secara tiba-tiba muncul di hadapannya. Ya, mereka sudah tiba di perkampungan Bunian.

Kampung bunian di situ nampak sungguh tenang dan ceria sekali berbanding tempat yang mereka jejakkan kaki sebentar tadi.

Suasana kampung itu kelihatan sungguh menawan walaupun bertemakan zaman melayu Melaka.

Orang-orang bunian di situ juga tidak lupa mahu memberikan sebuah senyuman setiap kali mereka berjumpa dengan ahli the Twinnies.

Mereka tahu, empat orang itu bukan dari alam mereka. Setiap bunian di situ juga memakai baju berwarna putih yang kelihatan sangat bersih dan suci sekali.

"Hey Tina! OMG. Ni siapa? Kawan-kawan you ke?" Soal Farah. Dia mempunyai rambut yang lurus sampai ke pinggang.

Wajahnya mempunyai sedikit jerawat namun masih cantik dan manis orangnya. Lesung pipit terletak di pipinya apabila dia tersenyum. Tinggi pula hampir sama dengan rakannya, Tina. Dia memakai baju t-shirt hijau lengan panjang serta berseluarkan hitam.

Tina mengangguk. Manakala yang lain hanya tersenyum biasa. Tina segera menceritakan apa yang telah berlaku kepada rakannya itu. Dari A hingga Z.

Farah hanya mendengar dengan teliti. Buat pengetahuan semua, Farah ini lah yang sering mendengar luahan hati Tina apabila dia mempunyai masalah.

"Tina, I just nak bagitahu.. Yang I rasa I kenal siapa perempuan tu. Nama dia Aliah. Dia memang popular kat sini. Kalau boleh dia legend kat sini. Semua orang kenal dia. Dia mati sebab dibunuh dengan tak sengaja oleh boyfriend dia.

Macam ni cerita dia, Aliah tu cantik. Banyak orang nak dengan dia. Tapi dia tak layan. Satu haritu, ada mamat ni ajak couple. Dia memang handsome. So, Aliah pun nak lah. 2 hingga 3 bulan tu, kawan rapat Aliah si Siti ada hati kat mamat tu.

Mamat tu tahu. So, dorang ada hubungan dalam diam. Sampai satu haritu Aliah dapat tahu. Dia bengang ngan kawan dia. Dia pukul si Siti depan mamat tu. Mamat tu pun terus halang dia. Time tengah nak halang tu lah dia tertolak Aliah, Aliah terhantuk kat dinding.

Dinding tu pulak ada paku.. And yeah.. Lepastu dorang berdua tanam mayat Aliah tu. Tak dimandikan dan dikafankan pun. That's why dia balas dendam kat dorang.

Lepas 3 hari dia ditanam, dia jadi hantu dan terus bunuh dorang berdua kat highway Karak. Sejak tu, kalau dia ada jumpa roh baru (macam Tina) kat sini, mesti dia akan ajak jadi kawan dia. Siapa yang cakap tak, nasib lah dia kena ganggu dengan Aliah.." cerita Farah panjang lebar.

Mereka berempat ternganga. Tina mula rasa berdebar.

Adakah Aliah bakal mencederakan mereka semua?

Ini tidak boleh jadi.

Dia perlu bertindak secepat yang mungkin!







Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now