#PCUBB-Part 35 [AKHIR]

18.1K 805 397

SEPERTI Lisa, bosnya juga terkejut dengan kedatangan Nazurah. Kecil sungguh dunia ini rupanya. Entah macam mana boleh terserempak dengan Nazurah di restoran itu. Dia perasan bos pandangnya dengan tajam. Pandangan itu macam tak puas hati apabila Nazurah tiba-tiba muncul. Macam dialah dalang yang beritahu Nazurah di mana mereka berada sekarang.

Lisa menggeleng laju sambil tunjuk iPhone di tangannya mengingatkan Zul Zafri akan telefon bimbit Lisa yang sudah berkecai dibalingnya. Mustahil dia memberitahu Nazurah sedangkan telefon bimbitnya sudah hancur.

"Macam mana you tahu I ada di sini?" soal Zul Zafri kepada Nazurah. Tenang saja suaranya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Amboi, kalau bercakap dengan Nazurah punyalah lembut. Hilang terus kejantanannya. Tapi dengan aku, kasar ya amat! Dasar lelaki!

"You dah lupa ke yang I ada butik di sini? Dah tentulah I lawat butik sekejap. Tak sangka pula terserempak dengan you dan PA you di sini. Alang-alang dah terserempak, lebih baik I terus jumpa you. Lagipun PA you ni dah tak reti nak angkat telefon," kata Nazurah kemudian memandang tajam ke arah Lisa.

Lisa diam membisu. Dia langsung tak berani bersuara apatah lagi memandang wajah Nazurah yang bagaikan ingin menerkamnya. Macam manalah dia nak jawab panggilan tu kalau bos dah baling sampai hancur berkecai telefon bimbitnya.

"Lisa tak jawab panggilan you sebab I dah hancurkan handset dia tadi," jawab Zul Zafri dengan penuh bangga.

Lega Lisa dengar jawapan bosnya tadi. Sekurang-kurangnya Nazurah tahu yang dia tidak bersalah. Tapi Nazurah langsung tak minta maaf selepas menuduhnya tadi. Malah memandangnya dengan tajam lagi.

Aik? Cemburu?

"Lisa, boleh tinggalkan kami berdua sekejap? Kami ada hal penting untuk berbincang," kata Nazurah kepada Lisa.

Automatik Lisa segera bangun. Baguslah. Dia pun tak mahu masuk campur dalam hal mereka itu. Cari penyakit saja.

"Lisa, duduk," arah Zul Zafri.

"Tapi bos..." Langkah Lisa terbantut.

"Saya bos awak. Bukan Nazurah. Buat apa awak nak dengar cakap dia?" balas Zul Zafri dengan tegas.

Perlahan-lahan Lisa duduk kembali. Betullah apa yang bosnya cakap tadi. Buat apa dia perlu dengar arahan Nazurah. Lagipun Nazurah setakat teman wanita bos saja. Belum isteri lagi. Kalau dah jadi isteri pun apa hak Nazurah nak berinya arahan begitu.

Lisa sempat pandang wajah Nazurah. Dah serupa singa jadian. Sikit lagi nak menerkam mangsa tapi mujurlah bos ada di situ. Selagi bos ada, selagi itu dia rasa selamat.

"I cuma nak berbincang dengan you, Zul," tegas suara Nazurah yang tak puas hati.

"You nak sangat berbincang dengan I, you kena ikut cakap I. Lisa takkan ke mana-mana," kata Zul Zafri pula.

"Fine! Tapi I nak ke tempat lain. Tempat yang orang lain tak dengar perbualan kita."

Pulak dah... Demand sungguh!

Selepas itu Zul Zafri pun mengangkat tangan. Bila bos angkat tangan untuk panggil pelayan restoran itu, Lisa fikir, bos hendak cancel order untuk pergi ke tempat lain yang lebih sesuai untuk perbincangan mereka tapi sangkaan Lisa meleset sama sekali.

"Kami nak bergaduh, ada tak tempat yang sesuai untuk kami bergaduh tanpa mengganggu pelanggan yang lain?" tanya Zul Zafri pelayan perempuan itu.

Dan yang ajaibnya, pelayan perempuan itu tenang saja selepas mendengar permintaan bosnya. Langsung tak terkejut. Malah dengan tenang dan penuh adab, pelayan itu memberikan jawapan yang Lisa sendiri terkejut mendengarnya.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!