#PCUBB-Part 34

11K 534 110

ADA beberapa dalam lebih kurang dua minggu lagi sebelum Suhaila berkahwin. Ini bermakna masa semakin suntuk untuknya mencari rumah atau bilik sewa! Puas juga dia mencari tapi masih lagi tak dapat yang berkenan di hati. Rumah dan bilik sewa itu banyak tapi kurang memuaskan hatinya.

Kalau boleh dia ingin mencari yang dekat dan senang untuk ke tempat kerja tapi mahal pula. Sewa bilik saja dah dekat RM500. Padahal baru bilik kecil yang muat satu katil dan satu meja tulis. Kalau rumah mahu capai RM1000. Mati tak makanlah dia dibuatnya.

Ada yang murah tapi nun jauh dari tempat kerja dan susah hendak dapatkan kenderaan awam. Dia terfikir hendak beli kereta secondhand tapi setelah dihitung-hitung, lagi bertambah pula hutangnya nanti.

Kini, dia kebuntuan.

"Betul kata Suhaila, aku patut goda bos," ujar Lisa sambil menyelak sehelai demi sehelai surat khabar yang dibelinya tadi.

Sebelum ini dia memang jarang membeli surat khabar tapi disebabkan dalam surat khabar itu ada iklan rumah sewa jadi nak tak nak dia terpaksa laburkan sedikit duit membeli.

Selak punya selak, akhirnya dia berhenti di bahagian hiburan. Ada berita tentang seorang artis lelaki popular terkenal melamar kekasihnya secara live dalam salah satu program terkenal. Lisa mengeluh menggeleng. Walaupun dia kurang gemar melayan berita hiburan tapi dia perasan kegiatan lamar-melamar secara live semakin menjadi trend dalam kalangan pengiat hiburan pula zaman sekarang.

"Eh, perempuan ni macam girlfriend bos," kata Lisa meneliti wajah perempuan yang dilamar itu. Kemudian, matanya tertangkap nama Nazurah terkandung dalam berita itu.

Oleh sebab tidak percaya dengan apa yang dibacanya, dia membaca dari awal hingga akhir. Nama Nazurah muncul beberapa kali. Begitu juga dengan 'Pengasas Nazurah Beauty'. Sah! Itu memang Nazurah. Girlfriend bos.

Nazurah dengan Iqbal? Penyanyi dan komposer popular tu? Tapi macam mana dengan bos? Bos tak beritahu apa-apa pun. Jangan-jangan bos pun tak tahu. Bos dicurangi???

Oh my... masak aku lepas ni!


****


PAGI itu, sampai saja ke tempat kerja, Lisa tidak berani masuk ke dalam bangunan Dinasti Group. Pertama kali dalam seumur hidup dia dilanda ketakutan yang amat dahsyat. Tengok saja bangunan tempat kerjanya, dia dapat rasa satu bahang yang kuat sehingga berpeluh-peluh dibuatnya. Jadi, dia hanya mampu menyorok di sebuah pokok besar tidak jauh dari pintu masuk ke Dinasti Group.

Habis. Masak dia kali ini. Dulu masa bos dengan Nazurah bergaduh, teruk juga dia dikerjakan. Apatah lagi kalau bos tahu Nazurah curang. Pasti lagi teruk dia akan kena. Geram pula dia dengan Nazurah. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup orang!

"Awak pun menyorok juga?" tanya satu suara tiba-tiba menyapa di belakangnya.

Lisa terkejut. Jantungnya umpama berhenti sekejap tapi bila dia kenal suara itu, barulah dia merasakan jantungnya berdegup kembali. Lisa pantas berpaling.

"Encik Nazri," Lisa mengeluh lega.

Aik? Encik Nazri pun menyorok juga? Sah! Gerenti Encik Nazri tahu apa yang sudah berlaku. Berita sudah masuk surat khabar dan popular dibincangkan di laman sosial, gerentilah satu Malaysia tahu tentang berita itu. Kalau tak tahu juga, memang katak dalam tempurung!

"Awak tahu pasal berita tu?" tanya Nazri separuh berbisik.

Lisa mengangguk laju.

"Agak-agak bos tahu tak pasal berita tu?" soal Lisa.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!