Kata Sufia Ika separuh memberi amaran pada lelaki itu. Memang minta kena siku lah kalau rakannya itu tiba-tiba sahaja hendak menyombong diri dengan mereka. Sempat lagi dirinya ini menyindir akan sikap rakannya itu yang hanya lebih selesa menjadi CCTV di dalam group WhatsApp mereka semua.

Isyraf Nazran hanya menayang sengih sambil mengangkatkan kedua belah tangannya, tanda surrender habis dengan amaran dari gadis itu.

"Ye, aku tak lupa."

"Ye, nanti aku rajinkan diri reply satu satu chat korang semua."

"Kecoh lah kau ni."

Sufia Ika sudah membuat muka geram. Rakannya itu terus sahaja dijelingnya. Ilya Nasuha yang berada di sebelah rakannya itu dipandangnya pula. Senyuman penuh makna lantas sahaja diberikannya buat gadis itu. Siapa sangka, gadis seayu dan secomel ini yang menjadi pilihan hati rakannya. Sungguh sesuai bagai pinang dibelah dua kedua mereka ini.

"Ingat apa saya cakap tadi Suha."

"Kalau bukan sekarang, bila lagi?"

"You must take a step now."

Ilya Nasuha hanya mengangguk mengerti akan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu. Dia pasti akan ingat setiap perbualan di antara mereka berdua sebentar tadi.  Namun dia sendiri tidak pasti adakah semuanya benar belaka. Jika dia masih belum mendapatkan kesahihan daripada tuan badan sendiri, dia tetap akan berasa sangsi.

Tangannya pantas sahaja diangkat tinggi. Dia terus melambaikan tangannya ke arah mereka semua yang ingin berlalu pergi. Hatinya ini tiba-tiba sahaja dipagut dengan rasa sayu kerana akan berpisah dengan rakan-rakan lelaki itu.

Seronok juga punya rakan seperti rakan-rakan lelaki ini. Masakan tidak, seumur hidupnya ini, dia tidak pernah merasai sebuah persahabatan yang akrab sebegini sebelum ini. Jika hendak difikirkan semula, dia hanya berkawan dengan Aina Manirah dan Zariff Isaac sahaja. Hanya dua manusia itu sahaja yang sudi untuk berkawan dengan gadis nerd dan ulat buku sepertinya ini.

"Hati-hati semua, jaga diri. Terima kasih untuk harini." Katanya dengan senyuman manis yang meniti di bibir mungilnya. Sungguh, hatinya ini berasa sungguh senang tatkala dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan lelaki itu. Mereka semua sungguh baik dan seakan menerima dirinya ini untuk masuk ke dalam keluarga kecil itu. Terima kasih kerana sudi menerima Ilya di dalam hidup Isy sekali.

"Next time kita repeat lagi ya? Nanti kita plans kasi cun punya. Gerak dulu guys, Assalamualaikum." Kata Abang Reykarl lantas memberikan salam kepada kedua mereka. Kereta yang dipandunya itu terus sahaja meluncur laju selepas hon diberikan.

Lambaian akhirnya di balas jua dengan lambaian. Moga di lain hari, mereka akan dipertemukan lagi. Perpisahan ini bukanlah perpisahan selamanya tapi hanyalah sementara.

Setelah kereta yang dipandu oleh Abang Reykarl semakin jauh menghilang dari pandangan, pandangannya terus sahaja jatuh bagi memandang Ilya Nasuha yang berada di sebelahnya ini. Ketinggian gadis ini amat ketara jika ingin di bandingkan dengan dirinya. Pandangannya terpaksa direndahkan untuk menatap wajah gadis itu.

"Thanks for today." Ucapnya separa berbisik.

Ilya Nasuha terus sahaja mengalihkan pandangannya lalu menatap sisi wajah Isyraf Nazran. Dia hanya membalas kata-kata dari lelaki itu dengan menguntum senyuman yang cukup manis menandakan welcome intan payung. Jam di pergelangan tangannya dikerling buat sementara waktu dan serta-merta dia terkejut beruk, chimpanzee dan orang utan.

Biar betik papaya?!

Dia terus kelam-kabut. Bagaimana dia hendak memasuki rumah agam dua tingkat itu jika tiada kunci? Tidak mungkin dia akan tidur luar malam ini, bukan? Tidak mungkin juga dia harus menyelinap masuk seperti seorang pencuri untuk masuk ke dalam rumahnya sendiri, bukan? Mengapa dan kenapa semuanya berlaku apabila sedari tadi dia hanya dibaluti dengan rasa gembira yang tidak terperi?

DIA SI PEMBEKU CINTA : COù les histoires vivent. Découvrez maintenant