BAB 9 : Alam Ghaib

4.5K 347 5
                                                  

Pada tengah hari itu, Raziq dan adiknya bergegas ke rumah The Twinnies. Kali ini, mereka berdua menaiki basikal baru yang diperoleh melalui anugerah Nilam di sekolah tempoh hari.

Raziq semakin tidak keruan apabila rasa angin sejuk tiba-tiba datang ke arahnya kemudian hilang.

"Kenapa tiba-tiba nak jumpa kitorang ni?" Soal Tina sambil menuang air. Hairan juga melihat adik beradik itu. Tiba-tiba sahaja muncul di hadapan rumah. Angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba sahaja memberi salam di luar rumah.

"Aku dah tak tahan..mula-mula Qisrina. lepastu kau. Lepastu adik aku. Lepastu aku." Ujar Raziq dengan nada yang tegas.

Secara perlahan-lahan dirinya tidak dapat dikawal. Perasaan marah mula membuak-buak dalam dirinya itu.

Qisrina yang kebetulan baru sampai di ruang tamu itu mengambil tempat duduk. Dia sempat mendengar apa yang dikatakan oleh teman lelakinya itu. Setelah itu, dia bersama Tina saling berpandangan antara satu sama lain.

"Semalam dia kena kacau. Agak teruk jugak." Terang Haziq kepada girlfriend abangnya itu. Dia memegang bahu abangnya.

"Ohh." balas Qistina pendek. Dia juga tidak tahu mahu membalas apa.

"Ohh je???? Kau tahu tak aku hampir nak kena serangan jantung malam tadi?!" Raziq mula meninggikan suara.

"Hey dah lah..." Qisrina mula menenangkan Raziq.

"Kau pun sama je macam adik kau!" Tambah Raziq lagi. Mukanya mula bertukar merah.

"Abang kenapa ni?? Janganlah marah-marah." pujuk Haziq pula.

Dia tidak suka apabila abangnya itu naik angin. Pernah sekali itu, Raziq menjerit sehingga terasa rumah mereka bergegar. Hanya disebabkan dia TERmakan kek cokelat abangnya.

"Aku rasekannn, ni semua terjadi sebab korang! Kitorang baru je pindah sini. Tiba-tiba kena ganggu! Ni mesti korang punya pasal!!" Tengking Raziq secara tiba-tiba lalu menunding jari ke arah Tina dan kakaknya.

"Ehh kau sedap mulut je! Entah-entah kau ngan adik kau yang bawak benda tu kan? Nak salahkan kitorang pulak!" Qisrina tidak mahu mengalah. Dia membalas dengan geram.

"Eh ni dah lebih. Kitorang tak bawak ape-ape K!" Kini, Haziq pula terasa dengan apa yang disuarakan oleh Qisrina. Dia tahu, keturunannya itu tidak pernah membela apa-apa makhluk.

"Penipu!" Qisrina mengejek dengan membuat muka yang menyakitkan hati kedua adik beradik lelaki itu.

Maka... dengan itu.. The Twinnies mula bergaduh mengenai hal 'gangguan' yang dialami oleh mereka semua.

"Korang...." tiba-tiba Tina membuka mulut setelah lama mendiamkan diri. Dia masih menundukkan kepalanya.

"Sudah lah tu bergaduh.. bukan salah korang.." katanya lagi dengan wajah yang penuh rasa serba salah. Tina mengangkat mukanya, memandang satu persatu ahli The Twinnies.

"Huh?" Soal Haziq lalu memandang Tina. Dia bangkit dari tempat duduknya dan duduk bersebelahan gadis kesukaannya itu.

"Wait, Aku tak faham." Raziq pula berkata. Semua yang berada di situ masih tertunggu-tunggu sambungan Tina. Tina menarik nafas lalu menghembus perlahan. Dia memandang ke lantai.

"Sebenarnya... Ada satu perkara aku nak bagitahu.." Tina mula teringat akan sesuatu.

"Betul-betul malam sebelum Haziq and Raziq berpindah ke sekolah kita..

aku ditegur oleh satu roh.. dia ingin berkawan dengan aku.. tapi.. aku jawab tak boleh. Kerana aku dapat rasakan tenaga negatif (roh jahat) dari ia..

Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now