#PCUBB-Part 33

9.6K 488 64

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Send!" ucap Lisa seraya klik butang send. Manuskripnya sudah selamat dihantar kepada penerbit.

Hilang satu beban!

Dia mengeluh lega dan menongkat dagu memandang laptopnya. Bagaikan sedang bermimpi apabila memikirkan apa yang sudah dilaluinya semalam. Dia hampir putus asa apabila laptopnya tidak berfungsi dan hampir kena format. Manuskrip yang sudah siap ditulisnya hampir hilang buat selama-lamanya. Hampir punah harapannya.

Dan tiba-tiba, keajaiban datang!

Bos umpama hero datang menyelamatkannya di saat-saat genting. Penuh dengan magik, laptopnya berfungsi semula. Manuskripnya juga dapat diselamatkan. Perasaannya? Macam nak peluk bos ketat-ketat waktu itu.

Cuma satu saja yang dia tak faham sampai sekarang. Bos... raja segala hacker? Sukar nak percaya tapi dia sudah lihat dengan mata sendiri. Laptopnya kembali berfungsi seperti biasa. Tak perlu format macam lima orang tokey kedai kata sebelum ini.

Tapi yang tak seronoknya... selepas tolong orang, dia minta hutang pulak! Mulut pun satu hal. Pergi janji yang bukan-bukan. Sanggup buat apa saja konon. Tengok, sudah ada satu hutang dengan bos. Apalah yang bos akan suruh dia buat selepas ini?

"Buat masa ni, hutang awak tu saya simpan dalam poket dulu sampailah saya betul-betul perlukan bantuan awak..." kata bosnya meninggalkan senyuman lebar.

Seram sejuk Lisa dibuatnya. Bosnya itu bukan betul sangat. Suka sangat minta pertolongan di luar alam. Menurut firasatnya, pasti dia kena buat sesuatu yang melibatkan Nazurah. Mesti punya!

Tapi... apa dia?

Oh ya, bos ada bagi arahan supaya cari jalan bagaimana dia hendak berkahwin dengan Nazurah tahun ini juga. Tapi disebabkan atuk bos baru saja meninggal dunia dan bos pula tengah sibuk dengan projek demi projek, jadi rancangan itu tergendala.

Jangan-jangan, bos nak mulakan semula? Dan dia perlu cari idea untuk kahwinkan bos dengan Nazurah tanpa dapat habuan satu sen pun?

Oh my... Habislah!

Rumah banglo...

Kereta Audi...

Percutian sebulan di Eropah...

Semua itu semakin lama semakin jauh darinya!

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada Suhaila. Tanpa berlengah lagi dia segera menjawab panggilan itu.

"Kau buat apa sekarang?" tanya Suhaila.

"Tak ada buat apa. Aku baru saja hantar manuskrip tadi. Ingat nak tidur..."

"Jangan tidur!" pantas Suhaila memotong. Terus terbantut hajat Lisa dibuatnya.

"Kenapa?"

"Jom, temankan aku. Aku halfday hari ni. Sekarang on the way balik rumah."

"Wajib ke?" Lisa menggaru kepala. Sungguh! Dia ingin tidur sekarang. Beberapa hari ini dia hanya tidur satu jam sehari. Esok pula dia perlu kembali ke tempat kerja.

"Wajib! Cepat bersiap!" Arah Suhaila sebelum menamatkan panggilan.

Lisa mengeluh dalam diam. Nak tak nak dia paksakan diri juga pergi bersiap. Sambil bersiap, banyak soalan muncul. Apa yang telah berlaku? Kenapa Suhaila beria hendak suruh dia temankan? Pergi mana? Suhaila ambil halfday? Lisa mula tak sedap hati.

Seperti yang dijanjikan oleh Suhaila, hampir 45 minit kemudian, Suhaila tiba di rumah mereka. Lisa terus masuk ke dalam kereta yang dipandu Suhaila. Tanpa berkata apa-apa Suhaila terus memandu ke jalan raya.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!