BAB 8 : Air

4.9K 343 18
                                                  

'Kring!!!'

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat untuk menengah atas sudah bermula. Pelajar-pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas hendak berehat.

Ahli kumpulan The Twinnies berjalan bersama-sama pergi ke arah kantin bagi membeli makanan lalu berkumpul di dewan terbuka.

Dewan itu sering menjadi pilihan mereka semua kerana di situ terdapatnya angin semula jadi.

Jika mereka memilih kantin, mereka terpaksa duduk dengan pelajar lain dan menyebabkan sekeliling mereka terus terasa panas dan bahang. Kipas angin juga tidak membantu kadangkala.

Qisrina, Tina, Haziq dan Raziq mengambil tempat duduk dalam bentuk bulatan berdekatan sebuah tiang.

Roti berperisa coklat berada di setiap tangan adik beradik lelaki itu. Tetapi tidak bagi kembar seiras. Mereka hanya membekalkan diri mereka dengan sebotol air mineral.

Kelihatan Qisrina kerap menunduk ke bawah. Matanya juga kelihatan sembab dan letih. Dia sering menguap di dalam kelas sehingga ditegur oleh guru beberapa kali.

Qisrina cuba untuk mencuri masa untuk tidur di kelas namun tidak berjaya. Akhirnya, dia tidur secara duduk bersandar pada tiang di dewan terbuka.

Raziq dan Haziq memerhati si kakak dalam diam. Di hati mereka tertanya-tanya apa yang telah berlaku pada gadis tersebut.

Si adik nampak okey sahaja berbanding si kakak. Sejak pagi lagi Raziq tidak berani menganggu gadisnya itu kerana dia faham bahawa teman wanitanya itu tidak mahu diganggu dan sedang mengalami masalah.

"Semalam kakak kena kacau." Cerita Tina dengan nada yang serius. Matanya meliar-liar memerhati sekeliling.

Mana tahu, entiti kelmarin muncul semula di sekolah ini bagi membuat kekecohan pula. Kekecohan? Alah, histeria!

Ya. Enriti sedemikian suka mengacau dan merasuk mangsanya. Nasib menyebelahi kakaknya kerana tidak berjaya dirasuk oleh makhluk itu.

Tina kembali menyambung peristiwa yang berlaku malam tadi. Raziq dan adiknya terangguk-angguk seperti burung belatuk tatkala mendengar segala luahan Tina.

Pada masa yang sama, junior perempuan di sekolah mereka yang kebetulan lalu di situ hanya tersenyum-senyum kerana terlihat senior mereka yang tampan itu

Jikalau junior lelaki pula, mata mereka pasti akan tertumpu pada kembar seiras itu.

"Aku ternampak satu lembaga yang besar keluar dari tingkap selepas aku bukak lampu utama dalam bilik." Tina mengakhiri ceritanya lalu mendiamkan diri. Dia menoleh ke Qisrina. Dia berasa kesal dengan apa yang telah berlaku.

'Maafkan Tina, kakak.. Kalaulah Tina sedar waktu kakak kena ganggu..' bisik hati kecil Tina.

Tina memandang depan semula.

"Tetapi... macam mana benda tu boleh masuk rumah? Bukan korang dah pagar ke?" soal Haziq bertubi-tubi seperti seorang murid menyoal gurunya.

Tina mengeluh lemah.

"Memanglah. Tapi.. setengah benda pandai masuk dan keluar. Parents kitorang pun belum balik lagi. Mereka masih ada di luar negara. Sometimes rasa seram juga tinggal berdua dekat rumah." Ujar Tina panjang lebar. Gambaran mama dan papanya bermain di mindanya. Ah, dia rindu dengan ibu bapanya!

"Hmm.. betul juga.. Alah, takpe! Korang akan okay je. Aku dengan Haziq pun okay tinggal di rumah berdua. Dan ingat, jangan lupa untuk baca doa sebelum tidur." Raziq memberi nasihat. Nasib dirinya dan adiknya sama sahaja dengan gadis kembar itu. Sering berada di rumah tanpa ada ibu bapa.

Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now