58 : Mimpi Laila

120K 2.2K 120
                                    

"Mesti her mom minta cerai dengan her dad sebab her dad kaki perempuan, kan?" Perempuan yang aku tak kenali itu tiba-tiba bersuara sewaktu aku melintasi meja makan dia dan rakannya untuk ke kafe minuman.

"Tak pun, sebab her mom yang dah jumpa lelaki lain. Biasalah kan, gold-digger." Rakannya mencelah. Langkahku terhenti dan aku toleh ke arah mereka.

"My mom is not a gold-digger, and my dad is not a womaniser!" Aku cuba pertahankan maruah kedua ibu bapaku yang dicalar dengan kenyataan mereka. Mereka mencebik. "Eh, Uqasha! Tak perasan you kat situ. You terasa ke? We don't mention any name."

Aku hampiri meja mereka. "I know exactly who you're talking about."

Salah seorang berdiri, menunjukkan ketinggiannya yang melebihiku. Mengecilkan matanya, dia mendengus, "Uqasha. Siapa makan cili, dia terasa pedas. Why? You dibesarkan oleh gold-digging mom and playboy dad ke?"

Marah, aku terus menolaknya kuat. Dia terdorong beberapa langkah ke belakang dan rakannya pula bangun dari tempat duduk. "Eh, Uqasha! Kalau you tu dah bernasib malang dapat keluarga macam tu, tak perlulah nak libatkan orang lain!"

Dia terus mendapatkan rakannya, dan sekelip mata pelajar-pelajar di kafe sekolah sudah mengelilingiku. Mereka mula mengejek dan mencebik. Aku berdiri seorang diri di tengah-tengah, melihat setiap wajah yang memandangku kesat.

"Gold-digger's daughter! Nanti besar mengikut perangai mak dia!" Satu suara mencelah.

"Womaniser's daughter! Nanti besar jadi playgirl, mainkan perasaan lelaki!" Satu lagi suara ikut bersorak.

"Korang semua anak orang kaya, jangan kawan dengan dia ni! Nanti habis dia kikis duit belanja korang!" Perempuan yang aku tolak tadi menjerit. Di sebalik linangan airmataku yang makin laju tumpah, aku terpandang wajah Laila. Satu wajah yang dulu menjadi temanku sejak Tingkatan 1, kini sudah jauh menghilang.

"Laila..." Aku panggil namanya, meminta simpati. Tak kasihankah dia padaku, rakan baiknya selama 4 tahun ini, diperlakukan begini?

Laila terus berpaling, berjalan pergi. "Laila!" Aku jerit namanya lebih kuat, tapi jeritan boo daripada kumpulan pelajar yang mengelilingiku ini menenggelamkanku. Aku terduduk apabila Laila hilang dari pandangan dan mereka datang menghampiriku. Aku tutup telingaku, tak mahu mendengar kata-kata kasar mereka kepadaku, tapi mereka semakin hampir.

"Pergi! Jangan ganggu aku!" Aku menjerit. Satu tangan mula menolak-nolak bahuku. "Bakal gold-diggerrrrrr!"

"Pergi!" Tangisanku menggalak. Satu kasut mula menendang-nendang kakiku. "Bakal playgirl! Gold-digger punya playgirl!" Aku tekapkan kedua tanganku di telinga, mahu menghalang semua kata cacian mereka. "Arghh!! Pergi!! Jangan ganggu aku!!"

Satu tangan menyentuh bahuku lembut. "Qasha? Bangun, sayang." Eh, kenapa suara Adam boleh ada di sini? Dia pun mahu memaki juga?

"Pergi!" Aku meronta dan menepis tangannya, tapi masih dia gagahkan dirinya untuk memegang tanganku. "Qasha, bangun, sayang. Awak bermimpi ni."

Mimpi?? Ini bukan mimpi. Aku buka mataku dan terduduk.

Aku berada di bilik yang gelap. Hanya lampu tidur di meja tepi terpasang, mengiluminasi wajah Adam di sisiku. Dahinya berkerut. "Awak bermimpi tadi." Aku terdiam, masih cuba menerima perbezaan latar tiba-tiba.

"Apa awak buat kat sini?" Tanyaku separuh sedar. Adam mengecilkan mata dan menggigit bibirnya, seolah risau mahu menjawab. "Em, awak tak naik tidur dengan saya tadi, jadi saya turun bawah tidur dengan awak."

Aku pandang sekeliling lagi. Kemudian, aku perasankan cadar tilamku. Ya, aku di bilik bawah. Mesti aku tertidur sewaktu berbaring mengenang nasib di bilik ini sendirian selepas mandi tadi.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now