Bab 1: Rahsiaku

7.9K 427 21

Warning!

1) Cerita ini memang asli dari penulis sendiri. Tiada unsur tiruan atau ciplak dari orang lain.

2) Tiada kena mengena dengan agama atau orang yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

3) Cerita ini hanya rekaan semata-mata.

***

Aku berjalan mendekati sekumpulan kanak-kanak yang mungkin sebaya denganku. Mereka sibuk bermain sesama sendiri sehinggakan tidak perasan akan kehadiranku. Aku berdehem perlahan.

"Hai. Saya Amanda. Nak main sekali dengan awak semua boleh?" Tanyaku sopan. Ibu memang mengajarku untuk bersikap sopan santun kerana ia mencerminkan diriku.

"Boleh boleh. Jom la join kitaorang" kata seorang budak lelaki dengan teruja. Aku tersenyum lalu bermain dengan mereka bersama-sama.

Kami bermain dengan begitu seronok sehinggakan kami terlupa bahawa petang akan bertukar kepada malam sebentar lagi.

Aku berlari sambil menjerit girang apabila seorang budak sedang mengejarku dibelakang. Aku memandang belakang untuk melihat budak itu. Tidak semena-mena aku terlanggar sebatang pokok.

DUSHHHH!!

Aku merasakan kepalaku dihempap dengan batu. Telingaku berdesing kuat. Kepalaku mula berdenyut-denyut. Aku membuka mata perlahan-lahan. Dunia bagaikan berpusing.

Pemandanganku yang tadi kurang jelas sudah semakin jelas. Budak-budak yang lain semua sudah mengelilingiku. Jelas kerisauan diwajah mereka.

"kau okay ke?"

"Amanda?"

"Weih, mata dia jadi warna hitam la"

"Aah laaa. Scarynyaaa"

"Lariiiiii!!!"

Aku termangu seketika. Mata aku hitam? Ohh yee.. Sejak kecil mataku bewarna coklat hazel. Tapi mengapa mataku jadi hitam?

Aku melihat sekeliling. Jantungku mula berdegup laju. Aku dapat lihat banyak makhluk yang lain dari lain.

Maksudnya.. Adakah aku dapat melihat alam ghaib?

Mataku mula membulat apabila aku melihat seorang perempuan yang berambut panjang dan berpakaian putih. Rambut itu menutup mukanya membuatkan aku tidak dapat melihat mukanya. Tangannya pucat.

Dia berjalan mendekatiku. Jantungku mula berdegup laju. Bulu romaku mula meremang. Perasan takut mula menular dalam diri. Badanku mula menggigil. Peluh sudah memercik di dahi.

Perempuan itu semakin mendekatiku. Mataku membulat.

"Jangan dekat!" Jeritku kuat. Perempuan itu berhenti. Lagi beberapa meter antara dia dan aku.

"Kau boleh nampak aku?" Tanyanya kemudian dia membuat suara mengilai seperti puntianak. Badanku semakin mengigil. Dia semakin mendekatiku.

Aku mengagahkan diri untuk berdiri lalu berlari menyelamatkan diri daripada perempuan itu. Aku dapat mendengar suara mengilainya walaupun aku sudah jauh meninggalkannya.

Sampai sahaja dirumah, aku sudah kepenatan.

"Amandaaa! Kenapa ni?" Tanya ibu yang semakin risau melihat keadaanku. Dia mengangkat badanku lalu meletakkan ke atas sofa.

"Bik! Tolong ambikkan air! Cepat!" Jerit ibuku lalu mengambil tuala bersih dan mengelap peluh-peluhku dimuka.

Bibik datang membawa cawan lalu memberikannya kepada ibu. Ibu segera mendudukkanku lalu menyuapkan air kedalam mukutku.

Puteri Bunian Read this story for FREE!