Bab 5

717 17 5

"Kau dahlah ada depression, pastu ada hati lagi nak pilih kawan. Orang nak kawan dengan kau tu kau dah patut bersyukur, kau tau tak?"

"Orang macam kau ni, siapa je yang boleh kawan? Malam-malam borak sensorang. Gila."

"Sorry Khaleeda, we need to break up. I can't stand being with someone like you."

"Weh, tengok tu budak gila dah sampai. Shh! Nanti tiba-tiba dia mengamuk kat kau. Hahahaha!"

"Ada anak pun gila. Menyusahkan betullah kau ni!"

"Doktor, tolonglah anak saya ni doktor, kesian saya tengok dia hidup macam ni. Tak ada ubat yang berkesan lagi ke?"

"Kau dah jumpa bomoh kat situ belum? Aku dengar dia pandai berubat orang gila macam kau ni."

Satu demi satu dialog mereka diingatinya. Setitis demi setitis air mata tumpah mengenangkan nasibnya. Ada ibu bapa, masing-masing tak memahami. Atau cuba nak memahami, tapi tak sampai. Ada kawan-kawan, semua takut nak dekatinya selepas tahu masalahnya. Ada cinta pun sama turut putus asa untuk bersamanya. Bukan sekali, tapi dua kali. Dan cukuplah dua kali dia kecewa dengan orang yang pernah kata apa pun juga halangan akan turut bersama dengannya selamanya.

Khaleeda sendirian dalam biliknya malam itu. Rakan sebilik balik kampung halaman menjelang cuti semester. Hari ini hari keduanya bercuti di asrama sendirian. Walaupun ada pelajar-pelajar lain yang sama tak pulang kampung halaman sepertinya, namun siapa yang berani dekatinya kan? Pensyarah pun jenuh dia dekati, yakinkan barulah mereka sudi beri private tutor padanya kadang-kadang ketika dia ke meja-meja mereka. Khaleeda sampai berada di tahap tidak mampu hadir ke kelas kerana tertekan dengan soksek-soksek rakan-rakan sekelasnya. Kalau hadirkan diri pun, Khaleeda memilih untuk duduk di belakang sekali, datang hanya dengar kuliah, tulis nota apa yang patut, tanpa menjawab apa-apa soalan dari pensyarah, kemudian keluar sebaik waktu pembelajaran tamat. Yang paling jadi masalah padanya adalah kerja kumpulan. Ramai yang tak mahu duduk sekumpulan dengannya kerana takut dan pelik dengan Khaleeda. Mujur juga apabila pensyarah meletakkannya pada sesebuah kumpulan, lalu meyakinkan rakan-rakan beberapa kumpulannya yang mereka rugi jika tak ambil Khaleeda sebagai ahli kumpulan kerana dia mampu bergerak secara kumpulan - cuma tanpa bersosial, dia mampu lakukan seperti apa yang dijanjikan oleh pensyarahnya. Tapi, sakitlah. Sakit.

Telefon pintarnya di meja belajar berdering lagu Monster - Imagine Dragons. Dia biarkan dahulu deringannya berbunyi, mendengar lagu yang selalu buat dia sebak. Deringan berhenti. Dia kesat air mata yang hampir tumpah sekali lagi dengan kura tangannya, lalu telefonnya berdering lagi. Dia bangun, berjalan ke arah meja. Menanggalkan wayar cas. Mark Edison menelefonnya. Khaleeda tekan butang jawab. "Hello? Mark?"

"Yo Khaleeda! You dah lunch belum?"

"Not yet."

"Haa, nasib baik. Jom lunch sekali? I lapar gilaaa! My treat, of course."

"Takpelah Mark, I prefer to eat alone."

"Alaaaaa jom laaaaaaa. You suka makan apa? Jom jom I bawak."

"Burger! Khaleeda suka burger! Kha-"

"Haa, I know a good burger joint that's open in lunchtime. Jom lewwwwwwwww Khaleeda. Pleaaseeeee!"

"Haih. Sure, Mark. Sure. Meet you at the food court in 30 minutes. I need to shower first."

"Haa, boleh, boleh. I tunggu sana tau!"

"Sure, Mark. Bye."

"See you in 30 minutes! Later!"

Mark. Mark Edison. Kau belum kenal aku siapa, Mark. Bila dah kenal nanti, kau pun sama macam orang lain. Lari dari aku. Jauh.

"Aku tak rasa dia lari kot? Macam boleh percaya je mamat tu."

"Kau diamlah Khalid. Kalau bukan sebab kau.."

"Kenapa? Betullah kan kau suka makan burger?"

"Betul tu betul, tapi.."

"Keluar ja dulu dengan dia. Apadahal. Sunyi kot duduk dalam bilik ni. Aku pun tepu kau tau?"

"Peduli apa aku dengan kau. Bukan kau ada badan pun."

"Oi, badan kau badan aku jugak, ingat?"

"Yalah, yalah. Aku nak mandi ni. Ke kau yang nak mandikan?"

"Kau jela mandi sendiri. Aku dah boring dah sentuh badan kau bersabun."

"Okay."

.

.

.

"How's the burger? Good?" Mark bertanya pada Khaleeda selepas gigitan pertama pada burgernya.

"You memang makan burger macam ni eh? Comot betul," Khaleeda menyeret tisu di atas meja mendekati Mark. Melihat keliling mulut Mark penuh dengan sos dan mayonis. Tangannya apatah lagi.

"This is how you eat a burger, Khaleeda. You should know that if you love eating burger," jawab Mark, tidak pedulikan tisu bersih yang berada di sebelah. "Lagipun buat apa I cuci comot I ni? Japgi comot balik kan? Better I habiskan dulu, then cuci kat sinki. Right?"

"Hmm.." Khaleeda memandang tangannya yang memegang garfu dan pisau. "Okay." Khaleeda letakkan garfu dan pisaunya di sebelah, menyandar pinggannya dengan kepala garfu dan bilah pisau, kaki garfu dan pisau di atas meja. Dia ambil burger dengan tangannya, gigit dengan gigitan kecil, memejam mata menikmati kesedapan burger kedai itu.

"See, told you it's better to eat this way," balas Mark, menggigit burgernya lagi dalam senyum.

"Thank you," Khaleeda menutur kata.

"Thank you for..?" soal Mark tidak memahami ucap penghargaan Khaleeda itu atas sebab apa.

"For buying me, for bringing me to this joint and not being judgmental of me, a girl, comot-comot makan burger," jawab Khaleeda, senyum, menjilat kecil bibirnya yang kecomotan sedikit oleh sos lada hitam. Air oren segar dihirup dengan tangan masih memegang burger.

"Ohh, those. You are welcome. Anytime, girl," Mark balas senyuman Khaleeda. "You memang suka fresh orange juice ke?"

"Kenapa you tanya macam tu?" soal Khaleeda pula.

"Sebab belum sampai separuh burger, fresh orange you dah nak habis. Kalau you suka, I nak order satu lagi untuk you. I pun nak order one more fresh pineapple juice."

Melihatkan Khaleeda teragak-agak nak jawab, Mark berkata lagi, "Don't be shy. I order ya? Waiter!" Mark angkat tangan melaung kepada pramusaji yang berdiri tak jauh dari mereka. Apabila pramusaji itu mendekati dan tanya apa yang boleh dibantu, Mark pesan satu lagi air oren segar dan air nenas segar. Air oren segar untuk Khaleeda dan air nenas segar untuknya.

"Thank you, Mark."

"You are welcome."

Mereka berdua saling pandang dalam anak mata masing-masing, senyum, kembali menggigit-kunyah burger masing-masing.

Pada salah seorang mereka, ada satu hati sedang berbunga.


Folikel Spektrograf oleh M. Faiz SyahmiRead this story for FREE!