4 | Hospital

6.3K 235 12

Anis mengemas katil pesakit yang sudah pulang ke rumah. Anis ambil shift malam sampai pagi. Senang baginya kerana dia tidak perlu kelam-kabut macam dulu lagi yang selalu tertekan. Anis pergi ke dobi untuk menghantar cadar dan sarung bantal yang dikemaskan tadi. Sunyi sepi malam itu.

Kawan-kawan Anis yang lain semuanya ambil shift pagi kecuali kawannya yang seorang ini namanya Fifi. Entah kenapa malam itu dia diam sahaja dan tak bercakap apa-apapun dengan Anis. Mungkin dia penat ataupun ada masalah rumah tangga.

Anis menguruskan pesakit satu-persatu dan dibantu oleh Fifi. "Aku takut" . Anis tidak menghiraukan Fifi. Selepas sahaja selesai Anis menguruskan pesakit. Kelibat Fifi sudah hilang dari pandangan. Kemana pulak si Fifi ni hilang. Dia tak pernah buat hal pulak sebelum ni. Tapi lepas dia kahwin ada saja benda tak kena dengan si Fifi ni. Getus Anis sendirian.

Anis menuju ke tandas dan mencuci tangan. Dia terdengar suara perempuan menangis. Tak mungkin pesakit tak tidur lagi waktu ni. Dia beredar secepat mugkin dari tandas itu.

Mana pulak si Fifi ni pergi. Anis masih tidak berpuas hati dengan sikap Fifi yang "curi tulang". Selalunya kalau dia ada masalah dia terus cerita tetapi kali ni lain. Anis ternampak nota yang bertulis "TOLONG AKU,AKU TAKUT...TOLONG AKU". Anis terkejut dengan nota tersebut lalu dia terdengar ada perempuan menangis sekali lagi. Dia memeriksa di kawasan tersebut dan terjumpa mayat seorang perempuan di dalam tong sampah hitam di tepi tandas. Dia memeriksa wajah mayat tersebut dan terkejut. Fifi!!!!! Dia menjerit.

Fifi menceritakan kisahnya sebelum dia dibunuh oleh suaminya di hospital akibat berlaku curang terhadapnya dan suaminya bertekad untuk membunuh Fifi kerana tak nak Fifi membongkarkan cerita suaminya itu. Fifi ditikam berkali-kali dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Suami Fifi berada di belakang pintu tandas itu. Fifi menjerit ketakutan apabila Anis juga ditikam berkali-kali dan dimasukkan juga ke dalam tong sampah sama seperti kematian Fifi.

Cerita Seram PendekRead this story for FREE!