For every story tagged #WattPride this month, Wattpad will donate $1 to the ILGA
Pen Your Pride

Warna.

470 8 2

"Esok ada pertandingan mewarnakan, Adib?"

Aku senyum kepada bonda, kemudian mengangguk.

"Dah sediakan semua peralatan ke?"

"Dah, bonda." Aku menjeling ke kanan. Segala peralatan warnaku tersimpan kemas dalam beg yang berwarna biru yang terlihat lusuh.

"Tidur ya. Esok bonda kejut."

"Ok. Selamat malam, bonda."

"Selamat malam, Adib."

Aku ke kubikel bilikku yang bersaiz sederhana kecil. Aku menutup lampu, dan kemudian memanjat katil single milikku. Terhasil bunyi keriut setelah aku memanjat ke atasnya, petanda katil itu sudah banyak dimamah usia.

Usai membaca doa, aku tutup mata. Menanti hari esok.

*

"Adib, nanti dah habis mewarna, tunggu sini, tau?"

"Baik bonda." Aku tersenyum kecil.

"Bonda nak jual kuih dulu, ya? Buat elok-elok tau."

"Bye bonda." Bondaku hanya membalas dengan lambaian tangan.

Aku mengikuti pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh sekolahku. Dan, ya, kegemaranku ialah melukis dan mewarna.

Segala jiwa seni yang ada dalam diriku, hasil tumpahan ilham karya ayahanda ku. Dia ialah tempat untukku mencetuskan ilham, dan dia idolaku dalam bidang seni lukis serta warna.

Aku duduk diam dan melihat rakan-rakanku yang lain. Ada penyertaan dari sekolah lain. Semuanya sedang sibuk merengek nak itu ini dari ibu bapa mereka, malah tak kurang juga tak senang duduk. Berlari ke sana, ke mari menciptakan suasana bingit.

"Baiklah murid-murid, duduk tempat masing-masing. Kita akan mulakan pertandingan kejap lagi." ujar guruku.

Semua murid kembali ke tempat mereka.

Cikguku dan beberapa cikgu lain memberikan kertas lukisan yang berlakar. Aku mendapat kertas lukisan yang berlakarkan seekor burung nuri. Aku senyum.

"Baiklah, masa yang diberi adalah selama 1 jam setengah. Selamat berjaya."

Kanak-kanak yang lain mula mewarna dengan warna kayu mereka. Tak kurang juga menggunakan warna krayon.

Aku senyum sendiri dan mengeluarkan perkakasku. Bekas warna air, berus air, botol kecil berisi air paip, surat khabar dan watercolor.

Jari-jemariku yang kecil molek mulai lincah bermain dengan air dan watercolor. Keadaan fizik di sekelilingku, sudah tidakku hirau.

Beberapa batang tubuh singgah melihat apa yang aku lakukan. Aku hanya tunduk pada kertas lukisanku.

Sedang anak-anak sebayaku hanya tahu bermain dengan krayon dan pensel warna kayu, aku lincah bermain dengan watercolor.

"Pandainya dia."

"Cantik teknik yang dia buat tu."

"Wah. Menarik. Jarang nak jumpa budak macam dia."

Segelintir budak menjeling tajam pada aku, tak kurang juga yang merengek apabila ibu bapanya memuji teknik mewarnaku. Anak-anak kecil, tidak boleh lihat anak-anak lain lebih dari dia.

*

"Pemenang tempat pertama, Adib Bin Ahmed!"

Semua orang bersorak dan menepuk tangan atas kejayaanku. Bonda pula tiba setelah aku menerima hadiah. Sebuah senyuman yang paling manis, yang tak akan ada pada orang lain, melainkan bondaku.

*

"Nak melukis dan mewarna macam abah juga."

Seorang lelaki dewasa menarik sekeping kertas putih A4, mula melarik mata pensel atas kertas kosong itu. Tak sampai 10 minit, lukisan seekor gajah di dalam hutan tercatit di atas lukisan.

"Warna ni. Nanti dah pandai, baru melukis."

------

"Nah! Abah! Cantik tak?"

Lelaki itu mengerutkan dahi dan mengeronyokkan kertas tersebut.

Aku tersentak.

"Nak tahu kenapa abah keronyok?"

"Sebab lukisan itu tiada nilai. Tak hidup."

Aku tunduk.

"Lukisan ni, sama macam manusia, mesti ada nilai. Tiada nilai, langsung tak berguna. Apa guna hidup kalau tak mampu buat apa-apa?"

Aku yang sekadar berusia 3 tahun hanya tertunduk.

-----

Kata-kata abah masih ada aku ingat. Kata-kata yang diucapkan waktu aku berusia 3 tahun, aku masih ingat pada usia aku 6 tahun. Ah, memang otak anak kecil yang masih suci senang mengingati.

Aku tak macam anak-anak lain, aku cepat menangkap sesuatu benda baru dan aku praktikkan jika aku suka.

*

"Pak cik, saya nak jumpa abah. Boleh?"

Seorang lelaki mengangguk dan tersenyum kecil, membuka pintu dengan ruang yang sangat kecil dan cukup-cukup memuatkan tubuh bondaku.

"Abah." sapa aku.

"Adib." aku menyalami tangannya, tanpa menunggu lama, aku menunjukkan hasil corak warna aku kepada abah.

Kolam mata abah bergenang, melihat aku yang sudah semakin mahir. Setitik, dua titik. Air mata mengalir ke pipi.

"Dah besar nanti boleh jadi macam abah. Pelukis. Tapi, jangan sampai silap langkah." tutur abahku.

Entah di mana silapnya, abahku meringkuk dalam penjara, atas bukan kesalahannya. Dia dijadikan kambing hitam atas kes tersebut.

Tak perlu aku cerita, sebab aku tak tahu pucuk pangkalnya. Hanya bonda yang tahu. Bonda juga menangis teresak-esak, terpisah dengan gerigi besi yang mengurung tubuh abah selama 1 tahun setengah.

Aku senyum dan berjanji, Adib akan jadi manusia yang ada nilai, abah.

Koleksi Cerpen.Read this story for FREE!