Bab 3

115 6 0

"Aina, bila kau couple kau tak cakap pun ngan aku." Tanyaku apabila Aina memberitahu bahawa dia sudah pun bercouple dengan seorang lelaki di sekolah ku. "Siapa lelaki tu? Smart tak?"

Aina ketawa geli hati melihat ku. Apa yang dia suka sangat pun aku pun tak tahu.

"Kau ni Sya. Aku tak couple tapi aku crush dia jelah." Kata Aina.

"Dah tu siapa?"

"Dia tu sebenarnya....."

Baru sahaja Aina mahu memberitahuku. Last-last Aizril masuk ke dalam kelas untuk mengajar. Baru nak syok dengar cerita. Dia ni...hisy...

Aizril memberikan salam. Kami semua pun menjawab salam itu dan duduk di tempat masing-masing.

"Sya, itulah orang yang aku suka tu. Hihihi..."kata Aina sambil menunjukkan ke arah Aizril. Dia tersenyum memandang Aizril. aku terkedu..

Kawan aku ni biar betul ni? Sukakan Aizril. Gila ke apa sukakan Aizril yang macam tu, dia boleh suka. Baik sukakan Zarif lagi bagus. Smart apa kekasih hati aku. Betul. Betul. Betul.

**********

Aku membelek buku Sejarahku. Aku mengeluh sendiri. Apalah punya kawan, ada ke patut dia tinggalkan aku dengan Zarif seorang. Gila ke apa? Entahlah.

"Macam mana faham tak belajar?" Tanya Zarif.

"Hah!? Hmmm.... bolehlah..." gelabah lah pulak aku ni. Hmmmm...

"Hmm... awak rasakan berapa lama lagi ea Cikgu Aizril akan berada di sini?"

"Hah! Kenapa awak tanya?"

"Saja...."

"Oh..."

"Awak rasa Cikgu Aizril tu akan berada di sini berapa lama ea?" Tanyanya lagi. Soalan yang sama. Hmmm...

"Entahlah. Selama-selamanya kut."

"Really?"

"Yalah."

"Macam tak logik jelah."

"Kenapa pulak tak logik?"

"Yalah. Sebab ayah saya kata dia datang sini hanya nak jumpa dengan kekasih hati dia je. Lagipun ayah aku kata, kekasih dia pelajar sekolah sini."

"Oh... yakah."

"Kau rasa siapa sebenarnya perempuan tu ea?"

"Entah manalah aku tahu."

"Betul kau tak tahu?"

"Betullah. Dahlah, aku nak pi masuk kelas dulu. Bye..."

Aku menglangkah pergi. Tiba-tiba aku mulai pelik. Macam mana Zarif tahu yang Aizril kat sini hanya kerana aku. Pelik. Ayah dia! Betul tu ayah dia. Bencinyalah aku. MacaM manalah kalau rahsia aku pecah. Mampuih.

"Aisyah."

Namaku di panggil, aku berpaling ke pemanggilnya. Aizril. Dia nak apa?

"Kenapa, cikgu?"

"Ikut saya kejap." Katanya lalu berjaLan menuju ke bilik guru. Aku mengikutinya. Sesampai di mejanya, dia terus duduk di atas kerusi. Dia mengambil sesuatu di atas meja dan diberikan kepada aku. Aku mengambilnya.

Apa benda ni? Design baju ke? Cantiknya baju. Aku rasa nak pakai semua baju ni. Cantik.

"Awak pilihlah baju apa yang awak nak. Asalkan baju tu sesuai dengan awak." Katanya.

"Okay... saya nak baju nilah. Eh, tak. Baju ni. Hmm.... tak tahu lah." Aku tak tahu nak pilih baju apa. Semua baJu aku nampak cantik belaka. Tak ada yang tak cantik. Hmmm....

"Hmm...macam mana kalau awak ambik baju ini." Dia menunjukkan aku sebuah jubah yang berwarna pink. Aku mengangguk setuju. Cantik.

"Kalau macam tu. Nanti kita pergi ke butik Salina petang nanti, okay?"

"Okay. No problem." Aku tersenyum sendiri.

Dia memerhatiku. "Boleh saya tanya tak?"

"Tanya jelah. Apa dia?"

"Awak ni memang cantik dari kecik kan?"

"Yalah. Takkanlah tua baru cantik. Gila ke apa? Masa kecik semua cantik bila masa hodoh. Sewel."

"Hahaha... awak ni memang suka bergurau , kan?"

"Tak adalah saya manalah pandai bergurau. Saya ni pandai makan je."

Dia tersengih. Apa yang lawak? Entah.

"Dahlah, saya nak masuk kelas dulu. Bye." Kataku lalu berlalu pergi. Dia hanya memerhatiku dan tersengih.

Pelik punya orang, apalah yang kelakar pun aku pun tak tahu. Pelik gila.

my teacher my loveRead this story for FREE!