Gara-gara meredah kesesakan lalulintas, aku sampai di rumah Adam agak lewat. Sebaik memarkir masuk kereta ke halaman, Prius Adam sudah di situ. Lambat-lambat, aku keluar dari kereta dan masuk ke rumah. Sewaktu melewati tangga, hatiku kuat ingin naik ke bilik atas.

Langkah kaki dibuka dan aku daki tangga itu penuh hati-hati. Aku terfikir mahu mengetuk pintu bilik itu, tapi tanganku lebih pantas memulas tombolnya. Aku kuak pintu bilik itu sedikit dan menjenguk ke dalam. Adam sedang khusyuk di depan laptopnya, menekan-nekan papan kekunci dan tetikus sambil membelek beberapa helai kertas di atas mejanya.

Baru saja aku mahu tutup kembali pintu kerana tak mahu mengganggunya yang nampak sungguh sibuk, suaranya memanggil. "Sayang?"

Bukan tak pernah dia panggil aku sayang, tapi selepas apa yang aku sedar di kafe tadi membuatkan jantungku rasa seperti mahu gugur. Tersipu, aku tarik senyuman kecil. "Sorry, awak nampak busy. Saya tak berniat nak ganggu."

Adam tersenyum lebar. "Masuklah. Ini bilik awak juga, Qasha." Kemudian, Adam kembali menghadap kerjanya. Aku masuk dan duduk di kaki katil, menghadapnya, memerhatikan wajah Adam yang berkerut memandang skrin laptop. Perasan diri diperhatikan, anak matanya dilarikan ke arahku.

"Ma nee." Pinta Adam tiba-tiba, dan dia menolak kerusinya menjauh sikit dari meja dan mendepakan sebelah tangan. Alamak, apa yang Adam maksudkan? Melihat gayanya, mungkin dia menyuruhku datang kepadanya?

Perlahan-lahan, aku bangun dan menghampirinya. Adam lantas menarikku duduk di ribanya. "Ma nee, maksudnya mari sini." Adam terus menjelaskan tanpa pintaku, mungkin kerana perasan aku agak terpinga-pinga. Aku tersenyum sumbing, lega tekaanku tepat.

"Sorry, saya tak belajar lagi yang tu." Aku mengemaskan sebelah tanganku di belakang tengkuk Adam, manakala sebelah lagi bermain-main dengan butang T-shirt di dadanya. Kedua-dua tangan Adam merangkul di pinggangku.

"Mai pen rai, krab." Ucap Adam, dan sebelah tangannya naik mengelus rambut ke belakang telingaku. Hah, yang ini aku tahu maksudnya. Tapi, tak tahu perlu balas apa, aku terus menukar topik. "Okay. Awak tengah buat apa?"

"Saya tengah buat apa? Saya tengah lepaskan rindu kat awak." Adam tersengih. Terus aku pukul lengannya. "Ow. Tham-mai, krab?"

Hah, nasib baik yang ini aku faham. "Awak ni, saya tanya betul-betul ni. Jawab main-main pula. Padan muka." Aku menarik muncung dan memeluk tubuh. Adam terus tertawa kecil.

"Usik sikit pun merajuk? Okay, okay. Saya jawab betul-betul." Adam meleraikan tanganku dan meletakkan sebelah kembali ke belakang tengkuknya. Mendongak sikit untuk memandang wajahku, dia menjawab. "Tadi, saya tengah set-up base untuk projek baru di Singapura tu, tapi tak boleh connect pula dengan sistem pangkal di sana, so saya tengah cuba troubleshoot dari sini."

Err, dengar macam complicated. Mungkin Adam perasan riak wajahku yang berkerut, dia tak meneruskan penerangannya. Apabila aku pandang kembali wajahnya, mata Adam sudah redup. "Tapi, sekarang ni, betullah saya tengah lepaskan rindu saya." Tangan Adam meramas pahaku.

Seluruh tubuhku terjaga.

"Saya rindukan awak. Saya selalu rindukan awak." Adam mengelus pula hujung hidungnya, menyentuh tepi dadaku. Nafasku terus tersangkut. "Pom khid thung khun." Ucap Adam apabila hujung hidungnya mengusap di puncak dadaku. "Chan dway, kha." Bagaimana otakku memproses hingga aku mampu membalas dalam bahasa ibunda Adam pun aku tak tahu.

Adam dongakkan kembali wajahnya dan tersenyum. "Saya suka dengar awak cakap dalam bahasa natif saya. Bunyinya lembut je, manja."

Membulat mataku saat darah naik ke wajah, tiba-tiba segan dengan pujiannya. Mahu saja aku katakan aku terangsang apabila mendengar Adam menyelitkan bahasa natifnya itu apabila berbicara denganku. Percakapannya akan kedengaran sungguh sensual, tapi entah sejak bila aku jadi pemalu, jadi aku pendamkan saja pengakuan itu.

1️⃣ | UqashaRead this story for FREE!