Penghargaan kecil

324 15 0

Aku tak mahu penghargaan duniawi ini
Kalau sekadar mengundang kebencian
Sungguh aku tak hadap
Kalau kau mahu
Datang sini dan ambil
Tak perlu lari
Kau boleh ambil dan jalan lek lek tenang
Manusia tak jemu menyuapkan kata cacian
Aku tak muntah; buangkan pada tong sampah
Aku kunyah dan kunyah; sampai lumat sampai manusia puas
Aku mampu tepis bicara luka
Tapi aku pilih diam
Teruskan manusia
Kerana penghargaan kecil
Mahu iri hati- benci
Aku tak halang; aku kasihan
Kau batakkan yang tak kekal
Aku sebenarnya sedang berdarah
Dengan kata luka mencalar
Berbahagialah manusia
Kerana penghargaan sekecil ini tak membawa makna apa-apa
Aku muak dengan perangai manusia-
seperti; kau.
Semoga berjalan didunia tanpa meletakkan sebarang harapan padanya- ia tak kekal.
Tanam dalam-dalam di dasar otak

*Nampak macam qowiy, tapi hati dah lembik berdarah tau. Huhuhu. Qowiy lillahitaala ya sahabat sekalian.
(taip sambil mata berpeluh kui kui kui)

Puisi CabukRead this story for FREE!