JAKK 5

3.8K 381 56
                                    

"Aku taknak tengok muka kau kat sini lagi . Pergi kau !". Suara orang tua itu membuatkan lelaki yang dalam umur lingkungan 20-an itu terkejut .
"Saya minta maaf , saya janji saya tidak membuat perkara itu lagi . Ampunkan saya". Air matanya dikesat . Terketar-ketar suaranya dilontarkan.

Haiishhh , tekun betul BTS menonton drama melayu . Sampai Jhope menahan air mata jantannya supaya tidak mengalir .

"Arghhh itu semua dusta ! . Pergi kau sebelum aku .....".

"Hello my friends , hello my good friends ......".

Wahhh, alangkah berkerutnya muka ahli BTS apabila drama mereka bertukar kepada cerita cartoon untuk kanak-kanak riang .

"Yahhh , apasal nak tukar lain pulak ?! . Bukak drama melayu tadi tu !". Jimin bengun dari sofa tempatnya duduk tadi . Terasa bahang di hatinya . Baru dia nak fell jejak kasih sebentar tadi tiba-tiba bertukar siaran pulak .

"Let's play together ~". Sehun menyambung nyanyian sambil mukanya menunjukkan reaksi ada aku kesah ke? .

Semua ahli EXO sebuk berjoget bersama-sama . Mereka membuat satu bulatan besar , "yo , yo dance ! , dance !". Luhan menolak badan Jin kedalam bulatan tersebut . Apa lagi , Jin pun mempersembahkan tarian Boy in Luv . Diikuti Rapmon yang baru masuk kedalam bulatan . Semakin lama bulatan semakin besar sebab ke-7 ahli BTS berada di dalamnya . Baekhyun membuat gaya ala-ala CameraMan. Tu yang BTS rasa macam dekat atas pentas tu .

Kini giliran EXO pula menunjukkan tarian mereka . Pada mulanya Kris nak masuk sorang , katanya nak tunjukkan mereka tarian yang dia buat sebelum mereka bertolak ke sini, ala tarian yang ayam patuk-patuk tu . Tapi belum sempat dia melangkah masuk Suho dah menghalang . Mungkin bukan kali ni kot Kris .

Kai memulakan tariannya . Tarian Love Me Right berlagukan lagu Pororo . (Pandai-pandai lah bayangkan ye) . Membuatkan semua bersorak , yup termasuklah BTS . Tapi tarian mereka tergantung sebab Nenek Sal tiba-tiba mematikan tv .

"Wow , nenek-ku . Cun melecun ni nak pergi mana ?". Pandai lah kau V menyakat Nenek Sal tu . "Nenek nak pergi jumputan kahwin anak si Sidek tu . Dah jom kamu semua pun kena ikut sekali". Tudung sarung di betulkan kedudukkannya . "Kita orang mana ada baju Nek". Betul cakap Chanyeol tu , mana mereka ada simpan baju melayu mereka . "Baju raya kamu tu . Nenek ada simpankan . Ni Jungkook dengan yang lain boleh pakai baju melayu yang lain ya". Nasib Nenek Sal ada simpan lagi baju raya Exo tu .

Sementara menunggu lelaki semua tu bersiap Nenek Sal duduk di pankin . Mengambil udara sebentar . Rasa bahagia hatinya bila dapat melihat rumahnya kembali riuh dengan gelak-ketawa riang .

"Nenek nak duduk sebelah Nenek !". Suga dan Sehun berlari menerpa kearah Nenek Sal . Nampak comel mereka berdua mengenakan baju melayu dengan seluar jeans bewarna hitam . Yeahh walaupun tu bukan pakaian rasmi baju melayu but nampak comel apa bila orang korea pakai macam tu .

"Nenek pilih siapa ? Sehun ke Suga ?". Tangan wanita tua itu ditarik-tarik minta perhatian . "Ehh mestilah Suga . Sebab muka aku lagi flawless dari kau". Keliru nak pilih mana satu sebenarnya ni . Suga or sehun ? Yang mana ? .

"Ehh mestilah Nenek kamu tu pilih Atok . Sebab Atok ni paling rare kat kampung ni tau". Dengan bangganya Atok Aki berkata-kata .

"Hahaha , dah mari kita pergi . Nanti lambat pulak". Terasa kebas pula kaki Nenek Sal bila berdiri . Orang tua , mana boleh duduk lama-lama . Diri lama-lama pun tak boleh juga .

~~~
21 orang termasuk Nenek dan Atok Aki kini sudah berada di majlis perkahwinan yang agak Gah tu . Mana tidaknya , balai sampai 8 . Pelamin kalau boleh nak buat sampai masuk dua balai . Tu makanan entah berapa jenis dihidangkan . Jemputan bukan main ramai lagi sampai artis seperti Emma Maembong , Zizan , Jihan muse , Nora danish dan ramai lagi ada dekat situ .

Dan sekarang dari 21 orang tu hanya 6 sahaja yang dapat dikesan . Yang lain entah gaib kemana . 7 orang tu ialah Nenek , Atok Aki , Lay , Jimin , D.o dan Suho. Harap-harap lah yang lain selamat .

Chanyeol , xiumin dan jungkook dah mengambil alih mini pentas . Bagai pentas itu mereka yang punya . Lagu pengantin baru versi rap dipersembahkan mereka . Nasib ramai yang bersorak apabila mereka 'membuat persembahan'. Siap ada yang rakam lagi tu .

Baekhyun , V dan Chen membuat rancangan jalan-jalan carik makan mereka . Kalau boleh semua makanan mereka nak rasa . Sampai ke balai 5 mereka jelajah makanan . Abis lah perut boncet bilik balik rumah nanti .

Kai , Jhope dan Jin awal-awal dah bersilat kat depan pengantin . Entah silat dari mana mereka copy . Fuhhh silat mereka , agaknya orang yang pro pun tak boleh tiru silat mereka ni . Sebab silatnya ..... susah nak cakap .

Tao , Kris dan RapMon dah masuk kelab kompang yang tidak berbayar . Rasanya mereka bertiga tu main hentam je . Sebab bunyinya hanya 5% mengikut rentak yang selebihnya mereka pandai-pandai buat rentak sendiri .

Awwww comelnya tengok Suga , luhan dan Sehun belajar beberapa tarian zapin dari adik-adik zapin . Senyuman mereka tidak lekang dari bibir . Dengan muka babyface lepastu kain songket dililit di pinggang . Arghhhh boleh gugur iman tau .

~~~~

Akhirnya nasib Nenek dan Atok Aki dapat mengesan mereka . Senanglah nak balik rumah . Kalau tak memang esok lah mereka balik . Memandangkab majlis kahwin tu hanya di hujung kampung mereka sahaja so , hanya menapak sahaja lah mereka pulang ke rumah . Tak jauh pun .

"Suho , tadi kau lambai siapa ? . Hai baru balik kampung takkan lah dah jumpa calon isteri kot". Saja leader BTS itu menyakat Suho . "Ehh apa lah kau ni RapMon . Mana ada calon isteri , nama dia Nora danish lah . Dia dah ada anak tau". Gambar selfie Suho bersama artis wanita malaysia tersebut ditunjukkan kepada RapMon . Agak terbeliak .... memang dah terbeliak pun mata RapMon melihat .

Sampai sahaja di rumah ....

"Yahh , korang pergi mana ha ? . Aku ingat korang sesat tau masa kat sana". Jimin memandang muka-muka yang seakan tidak bersalah di hadapannya . "Bro relax lah , kami tersesat dengan makanan-makanan yang terlampau sedap kat sana . Aroma baunya boleh menusuk kalbu". Fuhhh lamak Chen , patut lah perut dah kembong semajam je .

"Dan kami bertiga pula , bersilat di hadapan raja sehari . Well tak sangka silat kami dapat memukau mata-mata kat sana". Terpampang muka bangga Kai disitu . Haishhh gembira sungguh mamat ni . "Hemm ruginya kau kan D.o tak dapat nak pergi mana-mana . Tulah siapa suruh tak join kita orang masa tu". Kris memukul-mukul lembut bahu D.o , rasa simpati pula dekat ahli yang tak dapat travel satu majlis tadi .

Dengan spontannya D.o mengeluarkan Iphone nya . Gambar selfie nya bersama gadis di majlis tadi ditunjukkan kepada Kris . "What the ... wow comelnya , siapa nama dia D.o ?". Telefonenya bertukar-tukar tanggan . Semua kalau boleh nak tengok . "Nama dia Emma Maembong . Comel kan". See , sekarang ni siapa yang rugi ? .

"Apa?, emma kembong ?". Susah betul cakap dengan Lay ni . "EMMA M.A.E.M.B.O.N.G.!". Kan dah , D.o eja satu persatu . Sabar D.o ini namanya dugaan ada kawan macam Lay ni .

~~~~
Sewaktu makan malam . Atok Aki ada mengajak mereka untuk pergi berkelah di air terjun esok pagi . Aduhh dengar ada yang buat hal kat sana ......


JANGAN AMBIL KAMPUNG KAMIWhere stories live. Discover now