Part 2 - Aku rindu dia

31.9K 1.1K 28
                                    

Naufal Iskandar (P.O.V)

Seusai sampai di rumah mama dan papa, aku disambut mak anum dan mak anum terus meminta diri untuk ke dapur. Rumah banglo ini terasa sunyi sangat. Mama dan papa tiada di rumah kerana sekarang mereka di Kota London, melawat kakak sulungku yang baru melahirkan anak pertama nya. Pasti comel sekali anak buahku itu yang merupakan anak kacukan Melayu-Belanda. Kenapalah aku tak sebahagia kak long? Aku membawa diri ke bilik tidurku di tingkat 3 banglo ini.

Selesai membersihkan diri dan solat Zohor, aku menghempas tubuhku ke atas katil. Nyaman sekali tetapi aku tidak boleh memejamkan mata walaupun ketika ini aku berasa sangat mengantuk. Di benak fikiranku, ingatanku buat wanita itu masih kuat.
' Kenapa kau nak ingat lagi perempuan yang dah hancurkan hidup kau Naufal? Perempuan macam tu tak layak buat kau.'

' Tapi Naufal, dia menafikan segalanya. Kau tuduh dia tanpa usul periksa. Kau kejam Naufal.'

Ah, persetankan semua itu. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Aku berperang dengan diriku sendiri.

' Kalau betul kau bencikan dia, kenapa sebak masa kau lepaskan talak di mahkamah tadi? Kenapa kau masih ingatkan dia? Kau masih sayangkan dia. Masih cintakan Sofea Imani. Kau EGO Naufal.'

Arghhhh! Aku menjerit sekuat hati. Betul, aku memang EGO. Aku menyesal. Memang aku yang bersalah. Aku ceraikan dia tanpa dengar penjelasan dia dulu. Ya Allah, ampunkan dosaku. Fea, ampunkan abang.

Aku rindu dia. Abang rindu Fea. Abang janji abang akan dapatkan Fea semula dengan cara terhormat. Aku bingung dan resah. Bagaimana kalau Sofea sudah menutup pintu hatinya.untuk aku? Mesti dia benci pada aku? Semangat ku untuk memikat semula Fea jatuh merudum. Aku takut akan kehilangan Fea.

Moga usahaku untuk membina semula masjid kami yang runtuh dapat dibina semula. Amin.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now