#PCUBB-Part 29

8.3K 410 18

Kereta yang dipandu Zul Zafri berhenti di sebuah hotel. Lisa mengeluh lega. Akhirnya dapat juga kembali ke pangkal jalan. Lepas ini serik dia hendak suruh bos memandu. Nasib baiklah dia perasan kalau tidak mungkin sudah sampai Thailand sana.

"Terima kasih bos," ucap Lisa seraya meleraikan tali pinggang. Baru dia hendak membuka pintu, perbuatannya terhenti.

"Err... bos ingat jalan balik tak?" tanyanya risau.

"Awak perli saya ke?" Zul Zafri menjeling tajam. Marahlah tu.

"Tak. Tak! Saya risaukan bos aje."

Big boss senyum. Tapi sekejap saja. Kemudian, muncul kembali wajah jengkelnya. "Saya doakan awak dapat suami yang buta jalan baru tahu!"

"Alhamdulillah," ucap Lisa. "Buta jalan tak apa. Asalkan jangan buta hati, jiwa dan perasaan," balas Lisa. Hah, ambik kau!

"Lisa, manisnya mulut awak..." balas big boss dengan suara goda-goda marah. Seksilah pula suaranya. Meremang bulu roma Lisa seketika.

"Hehehe... saya pergi dulu ye." Lisa segera keluar dari kereta. Sebelum bos marah betul-betul, lebih baik dia keluar. Keluar saja dari kereta, bosnya itu memandu laju meninggalkannya.

"Cis! Sia-sia saja aku risaukan dia," rungut Lisa seorang diri.

Tiba-tiba dia terpandang seorang wanita dan seorang pemuda yang baru keluar dari sebuah teksi yang berhenti di belakangnya tadi. Lisa mengamati wanita itu. Nampak macam kenal. Tapi...

Oh my! Mak cik Ita! Dan lelaki tu... Rosli!

Lari!!!

"Lisa?" tegur Mak Cik Ita belum sempat Lisa hendak mengangkat kaki.

Terbantut terus pergerakan Lisa.

"Ya Allah, Lisa! Akhirnya dapat juga jumpa Lisa!" Mak Cik Ita meluru ke arahnya dan memeluknya. Lisa relakan saja.

Ya Allah, kecilnya dunia...


****


"Mak cik ni penipu betullah. Mak cik kata Lisa tu cantik. Cantik apa ni! Gemuk. Tak naklah macam ni."

"Hisy kamu ni!"

Lisa geram.

Baru saja letak buntut dah buat dia geram. Mengutuk orang nombor satu. Mahu yang cantik aje. Kalau muka dia handsome dan bertanggungjawab tak apalah, kutuk Lisa dalam hati.

"Lisa jangan ambil hati ya. Si Rosli ni memang suka bergurau."

Lisa senyum. Guraulah sangat. Macamlah orang tak tahu perangai anak saudaranya itu.

"Kawan Lisa kata Lisa outstation... tapi apa Lisa buat dekat hotel ni?"

"Takkan mak cik tak tahu lagi. Dia ni bukannya outstation tapi cari jantan lain. Orang macam ni mak cik nak saya kahwin?"

Mulut yang patut dicili! Sesedap hati aje tuduh yang bukan-bukan

"Err... ya memang outstation tapi sebab malam tadi baru sampai dan tak ada transpot nak balik rumah jadi Lisa stay kat hotel ni kejap."

"Ye ke? Mak cik percaya ke? Entah-entah dia buat kerja tak senonoh kut."

Memang betul-betul cari pasal dia ni!

"Lisa, kamu jangan buat perkara yang tak senonoh kat KL ni. Mak cik tahu sangat dah. Anak si Zaila tu, dulu kerja kat KL, tak sampai lima bulan kerja, balik rumah mengandung."

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!