"Apalah Daddy ni. Di...Perasan tak menantu kita tu. Tadi masa Mummy pergi bilik Amran nak minta tolong belikan pulut hitam dan santan, muka menantu kita tu masam je. Marah Mummy ke?" Tanya Puan Rozila.

"Yelah tu" Jawab Encik Amir selamba. Sengaja nak menyakat isterinya itu. Suka dia tengok muka isterinya yang serba salah itu.

"Kenapa pula? Bukan Mummy ada buat salah pun" Balas Puan Rozila.

"Yelah, marah lah. Orang tengah bermanja-manja Mummy pergi kacau pula" Jawab Encik Amir lagi.

"Apalah Daddy ni. Muka masamnya tu bukan baru tadi. Dari dia balik tadi. Risaulah Mummy tengok. Tah-tah dia gaduh dengan Amran kot. Cuba Daddy pergi tanya Amran tu" Kata Puan Rozila.

"Ish Mummy ni. Ada pula. Biarlah rumahtangga dia. Pandailah Amran nak uruskan. Kita jangan masuk campur urusan mereka" Kata Encik Amir.

"Bukan masuk campur tapi ambil berat"Jawab Puan Rozila. Bengang bila suaminya tak faham resah dihatinya.

"Ambil berat boleh tapi Daddy takut kita termasuk campur urusan rumahtangga mereka. Daddy yakin dan percaya Amran sudah dewasa bila dia ambil keputusan untuk bernikah. Mummy lupa macam mana pagi tu dia datang ke kita suruh kita masuk pinang anak dara orang siap dengan cincin dan sireh junjung?" Puan Rozila angguk kepala. Masih diingatinya raut wajah anak lelakinya itu.

Amran seorang anak yang sentiasa ceria. Senyuman sentiasa dibibirnya. Sentiasa bermanis mulut dan sangat menghormati orang tua. Namun senyuman itu seakan hilang pagi itu sewaktu mereka bersarapan. Bimbang melihat keadaan anaknya itu lalu ditegurnya selepas sarapan.

"Mummy, Daddy, Amran nak minta tolong boleh?" Tanya Amran. Encik Amir dan Puan Rozila hanya mengangguk.

"Jap Amran ambil barang jap" Kata Amran lantas naik ke atas biliknya. Seketika dia turun bersama dengan tepak sireh. Kemudian, tepak sireh itu diletakkan diatas meja berhadapan ibu bapanya.
"Amran nak minta Mummy dan Daddy merisik Ain. Ini tepak sireh dan ini cincin risik" Kata Amran. Encik Amir tenang mendengarnya tapi tidak Puan Rozila. Biar benar. Tak ada angin tak ada rebut tiba-tiba suruh risik anak dara orang.

"Siapa? Amran tak pernah cerita pun dengan Mummy, Amran tengah couple dengan siapa?" Tanya Puan Rozila. Sememangnya dia rapat dengan anak-anaknya. Walaupun Amran duduk berasingan dengan mereka. Cara mendidik anak yang diajar oleh suaminya. Anggap anak seperti kawan kita bukan anak kita semata.

"Amran tak pernah couple dengan dia tapi dia memang dah ada dalam hati Amran sejak dulu lagi" Jawab Amran. Risau memikirkan andai ibu bapanya menolak hasratnya itu.

"Kenapa tiba-tiba?"Tanya Puan Rozila. Encik Amir hanya diam. Dia senyum. Sudah dewasa anak lelakinya.

"Amran tak rela dia dengan orang lain" Jawab Amran. Sebenarnya dia sudah memikirkannya sejak semalam lepas perbincangan kecil didalam kereta Ain. Ain menangis dengan teruknya. Masih terngia-ngia tangisan Ain yang tak rela andai dinikahkan dengan Tengku Azril dan tentang perjanjiannya dengan ibu bapanya yang dia akan menerima sesiapa saja yang masuk pinang terlebih dulu.

"Tak ke itu macam tak ikhlas. Macam menjaga ego?" Tekan Encik Amir. Walaupun hatinya yakin yang anaknya sangat mencintai gadis itu tapi dia mahu anak dia sedar yang kata-katanya itu menuju kearah kemenangan ego.

"Tak, Daddy. Amran yakin. Semalam seharian Amran fikirkan perkara ini yang akhirnya bawa Amran ke kedai emas tanpa Amran sedar. Maka Amran rasa Allah nak Amran ambil tindakan dan Insya Allah Amran yakin dia memang jodoh Amran" Jawan Amran yakin. Sangat yakin.

"Tepak sireh ni Amran ambil kat rumah nenek semalam. Nenek suruh datang ambil. Katanya semak letak dekat rumah dia" Jawab Amran. Fahamlah Encik Amir dan Puan Rozila bahawa itu petunjuk yang Allah beri pada anaknya.

Ain NadiraRead this story for FREE!