*BTS JUNGKOOK*

420 22 4

Kehidupan Byun Bo Eun agak sempurna pada luarannya tetapi tiada siapa yang tahu yang dia selalu di dera oleh Omma tirinya semenjak Appa kandungya meninggal dunia 3 tahun yang lepas.

Dia mewarisi tiga per empat dari kekayaan Appanya.Ramai yang mencemburui Bo Eun kerana kehidupan Bo Eun sangat sempurna di mata mereka.

Di sekolah,Bo Eun hanya rapat dengan beberapa orang sahaja termasuklah geng BTS.BTS terdiri daripada 7 orang ahli.Mereka sangat terkenal di seluruh sekolah kerana ahlinya terdiri daripada lelaki yang mempunyai wajah yang tampan dan kaya.

Ahli-ahli BTS:

Rapmonster

Jin

V

Jhope

Suga

Jimin

Jungkook

Tambahan,ahli termuda,Jungkook merupakan pewaris kepada pengasas Seoul Star High School,tempat mereka belajar sekarang.

Semuanya nampak sempurna sehinggalah satu peristiwa yang tak pernah terfikir oleh Bo Eun menjengah hidupnya.

------

"Baekhyun-sshi anda telah dijangkiti kanser usus tahap keempat dan jangka hayat anda untuk hidup hanya ada 4 minggu lagi.Pada tahap ini,kami pihak hospital tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana hampir 60% sel-sel di dalam badan anda dijangkiti kuman.Saya harap awak bawa bersabar dan saya akan cuba cari jalan penyelesaian.Tempoh 4 minggu itu hanyalah anggaran,selebihnya Tuhan sahaja yang tahu,"

Kata-kata yang cukup pedih untuk diterima oleh Baekhyun.Setelah kanser tersebut berada di tahap empat baru dia tahu mengenainya.Semua ini terjadi apabila dia tiba-tiba pengsan di khalayak ramai semasa perhimpunan mingguan diadakan.

"Oppa,gwenchana?" tanya Bo Eun.

"Nae,gwenchanamyeon," balas Baekhyun sambil mengukir senyuman kepada adiknya.

-------

Di Seoul Star High School,

"Baek,kau tak bagitahu adik kau ke tentang kanser yang kau hidapi?" tanya J-hope.

"Tak,"

"Asal kau tak cakap," V pula bertanya.

"Aku taknak dia bersedih sebab dia hanya ada aku sahaja.Dia manja dengan aku,luah perasaan dekat aku.Cuma kau bayangkan kalau aku tiba-tiba tiada.Perit kan? Sebab itu aku taknak beritahu dia.Aku berharap yang dia akan jadi orang yang terakhir tahu pasal ini,"balas Baekhyun sambil matanya terpejam rapat.Tak dapat Baekhyun bayangkan saat ketiadaannya nanti.

"Baek,aku dengan V ada.Kami berdua janji akan jaga adik kau macam adik aku sendiri," ucap J-hope cuba untuk melegakan perasaan Baekhyun.

"Betul tu Baek.Kami ada," ucap V sambil menepuk lembut bahu Baekhyun.

"Gomawo korang,"

Sedang asyik V dan Baekhyun berbual,J-hope seperti sedang berfikir sesuatu.

"Aku rasa ada lagi yang lebih sesuai jaga adik kau Baekhyun,"

"Siapa? Tiba-tiba je," Balas V

"Jeon Jungkook,"

"HAH," V dan Baekhyun memberikan reaksi yang sama.Muka mereka berdua berkerut seribu.Tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh J-hope.

"Jungkook suka dekat adik kau,Bo Eun.Aku rasa dia boleh jaga Bo Eun dengan baik.Lagipun mereka berdua kan sebaya.Lagi mudah untuk rapat berbanding aku dengan V,"

Kpop One Shot and Imagines *Malay*Read this story for FREE!