BAB 7 : Nenek

5.2K 353 11
                                                  

Malam itu Qisrina tidur lambat kerana membuat ulangkaji. Segala formula matematik cuba untuk dipraktikkan sambil menjawab soalan Matematik SPM tahun-tahun lepas.

Tepat sahaja pukul 12 tengah malam, Qisrina mengambil keputusan untuk menutup bukunya. Mengantuk merupakan apa yang dirasainya sekarang.

Pagi tadi dia bersama adiknya telah didenda teruk oleh Sir Siva iaitu berlari turun ke tingkat bawah dan naik semula ke tingkat atas secepat yang mungkin.

Mereka berdua terlupa untuk menyiapkan kerja Sainsnya. Tambahan, Sir Siva merupakan salah seorang guru disiplin di sekolah itu dan amat terkenal dengan sikapnya yang tegas serta garang seperti singa.

Apabila dia bertembung dengan pelajar lelaki mahupun perempuan di mana-mana, pasti mereka semua akan menukar jalan dari terus bertembung dengan guru muda itu. Tetapi, dalam-dalam ketegasan Sir Siva, dia seorang yang lucu apabila berada di luar sekolah.

Pernah sekali, Qisrina dan Tina terserempak dengan Sir Siva di 7Eleven. Habis ditegurnya kedua anak muridnya itu. Siap boleh berlawak jenaka lagi!

Kemungkinan Sir Siva ini berketurunan Laksamana Tarong iaitu watak dalam Boboiboy Galaxy. Dia hanya tegas apabila waktu bekerja sahaja.

Qisrina bangkit dari meja tulisnya yang berwarna putih itu lalu mematikan lampu mejanya.

Dia kemudian bergerak ke katil single bersebelahan Tina yang sudah lama dibuai mimpi. Setelah itu, suis lampu tidur pula dicapai dan ditekan bagi menghidupkan lampu tersebut.

Qisrina seorang yang tidak boleh tidur dalam keadaan gelap gelita. Lain daripada Tina yang lebih suka tidur dalam keadaan gelap.

Selepas itu, Qisrina cuba menutup matanya. Mindanya masih giat berfikir.

Berfikir mengenai Raziq, mengenai Percubaan SPM, dan lain-lain. Dia mengambil keputusan untuk membuka mata memandang siling.

Pada waktu yang sama, dia mula berangan menjadi seorang pelakon Korea yang terkenal dan menjalinkan hubungan bersama ahli kegemarannya dalam kumpulan BTS, Kim Taehyung.

10 minit berlalu, gadis itu mula berasa mengantuk. Matanya perlahan-lahan tertutup.

'Finally! Boleh tidur pun!' hatinya sempat berbisik.

Baru sahaja ingin tidur, tiba-tiba dirinya disapa oleh satu suara. Mula-mula perlahan. Setelah itu, ia mula bergema di dalam bilik tersebut.

"La...la..la..."

Qisrina pasti suara itu datang dari luar tingkap bilik tidur mereka. Dia juga pasti bahawa nyanyian itu dinyanyikan oleh seorang nenek tua.

Tetapi itu mustahil! Tidak mungkin seorang nenek berkeliaran pada waktu pagi buta sebegini.

Malah.. bilik mereka berada di tingkat atas.. mana mungkin orang boleh naik ke atas. Dan satu lagi, bukankah bilik mereka tidak mempunyai balkoni?

Qisrina mula menggigil ketakutan. Dia tahu tuan suara itu semestinya bukanlah seorang manusia. Namun sebaliknya.

Lama kelamaan suara itu semakin jelas di telinganya. Nyanyian biasa itu juga sudah bertukar kepada nyanyian yang terkandung ayat.

"Si adik dah tidur... si adik dah tidur...."

"Si adik sudah bermimpi... si adik sudah bermimpi..."

"Si adik sudah lena....Si adik sudah lena.."

Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now