#PCUBB-Part 27

8.4K 422 54

MULA-MULA Lisa datang cuma hendak hantar dokumen dan dompet bos yang tertinggal di office semalam, tapi entah macam mana, dia boleh mengikut jiran-jiran tetangga bergotong-royong memasak di masjid untuk majlis kenduri tahlil untuk malam nanti.

Sedang sibuk-sibuk memasak, handsetnya menerima panggilan daripada Nazurah. Tengok nama Nazurah pun dia tak ada semangat hendak menjawab. Tapi kalau tak dijawab, satu masalah pula yang timbul kalau Nazurah report pada bos. Sudahlah bos jenis yang sayang gila dengan Nazurah.

Nak tak nak, dia terpaksa menjawab.

"Lisa?" panggil suara Nazurah.

"Ya saya," jawab Lisa pura-pura mesra.

"Saya ada dengar berita tentang datuk Zul meninggal dunia. Betul ke?" soal Nazurah.

Lisa menepuk dahi. Apa punya soalanlah. Bagilah soalan yang bijak sikit.

"Ya, betul." Jawab Lisa. 10 markah untuk Nazurah!

"Bila dikebumikan?" Nazurah terus menyoal.

"Semalam. Selepas Asar," Lisa pula terus melayan.

"Zul macam mana? Dia okey tak?"

Apa punya soalan kau bagi ni? Boyfriend kau tu walaupun kejam dan tak berhati perut tapi bab kehilangan orang tercinta, hati lembut macam tisu! Sudah tentulah tak okey. Ada tak cucu kesayangan melompat bersorak dengan gembira bila atuk kesayangannya pergi dengan tiba-tiba.

Tak ada!

Masa dia jumpa bosnya tadi, dia perasan mata bosnya merah dan bengkak sedikit. Keadaan pun tak terurus. Mungkin bosnya tak tidur semalaman. Agaknya tak lalu nak makan langsung. Kesian Lisa melihatnya. Tapi lagi kesian bila teman wanita sendiri tidak datang melawat.

"Bos... susah nak cakaplah. Macam tak okey pun ada. Tadi saya jumpa bos, dia masih bersedih lagi," kata Lisa. Sengaja hendak tahu reaksi Nazurah. Peduli atau tidak?

"Biasalah tu."

What? Boleh pula dia balas begitu? Macam tak ada perasaan kesian langsung! Boyfriend dia tu...

"Cik Nazurah tak nak datang sini ke? Saya kesian tengok bos. Dah macam orang sakit dah. Mungkin boleh bagi semangat pada bos," balas Lisa.

"Saya... ada hal yang tak boleh dielakkan. Jadi, tak boleh nak ke sana. Lagipun saya kenal bos awak tu. Dia seorang lelaki yang kuat. Saya yakin dia boleh terima kehilangan atuknya."

"Bos mungkin mengharap Cik Nazurah datang..." Lisa terus memujuk.

"Lisa, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup juga. Lagipun, kalau saya datang ke sana, orang akan fikir macam-macam. Belum tiba masanya untuk saya dedahkan hubungan kami. Zul pun faham. Sampaikan salam takziah saya pada bos awak," ujar Nazurah sebelum menamatkan panggilan.

Apalah nasib bos dapat perempuan macam ni...

"Ehem... siapa tu?" tanya Saleha di sebelah sedang memotong bawang.

Lisa terkejut. Opss... lupa pula Cik Saleha ada di sebelah.

"Err..." Lisa hanya tersenyum. Dia tak tahu nak jawab apa. Rasanya dia sebut terang-terang nama Cik Nazurah tadi.

"Lisa, boleh saya tanya satu soalan?" tanya Saleha.

Lisa mengangguk. Dalam hati... Tolonglah jangan tanya siapa Cik Nazurah tu.

"Cik Nazurah tu girlfriend bos awak ye?" tanya Saleha.

Alamak! Apa yang aku harus jawab ni? Kalau nak nafikan, Cik Saleha bukan budak kecik yang boleh dibohong. Dia dapat teka, sudah tentulah dia sudah tahu serba sedikit hal sebenar.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!