BAB 6 : Ganggu

5.3K 380 4
                                                  

Selepas sahaja peristiwa malam di perpustakaan itu, mereka berempat tidak berani lagi hendak keluar pada waktu malam. Mereka hanya membuat study group pada waktu petang di rumah Qisrina dan Tina.

Hal itu juga hanya menjadi rahsia diantara mereka berempat. Mereka tidak mahu menyebarkan hal itu takut jika makhluk itu muncul lagi.

Mereka semua telah berjanji agar tidak membuka mulut mengenai itu kerana perbuatan itu diibaratkan seperti memanggil ia datang ke mari.

Oleh itu, janganlah kita sering menyebut perkataan 'hantu' atau berfikir mengenai mereka. Kerana, itu seperti satu panggilan kepada mereka. Jadi, selepas ini jangan buat seperti itu lagi ya!

Kembali kepada kes Qisrina yang telah disampuk oleh hantu pada malam itu, dia telah bertukar menjadi senyap berbanding dahulu. Dia sudah tidak seceria sebelum ini.

Raziq yang sedar akan perubahan mendadak Qisrina hanya terima dengan hati yang redha. Jikalau dia di tempat Qisrina, dia pasti dia akan buat perkara sama seperti apa yang dilakukan oleh Qisrina sekarang.

☆ ☆ ☆

"Kakak! Tina nak mandi tau." Tina berkata dari tingkat atas kepada kakaknya yang berada di tingkat bawah.

Mereka sering melakukan itu apabila berdua di rumah. Ibu bapa mereka jarang ada di rumah namun mereka tidak kisah. Terdapat security guard yang menjaga kawasan perumahan mereka.

"Okey!" balas kakaknya dari tingkat bawah. Dia sedang menonton rancangan kegemarannya, Lawak Solo. Danial merupakan peserta diminatinya kerana jejaka itu mampu meniru gaya dan suara seseorang. 'Kepala timun' sering keluar dari bibirnya sejak dia meminati Danial.

Tina bergerak ke arah bilik mandi yang luas serta cantik itu. Bilik mandi tersebut dihiasi dengan lilin berbau harum serta terdapat bunga hiasan di singki untuk menaikkan aura seperti di spa.

Tina menggantung tualanya di tempat yang telah disediakan. Dia melangkah masuk ke tempat mandian lalu membuka shower.

Air mula turun mengena kepalanya membuatkan rasa pening kepala mula berkurangan. Tina mandi dengan begitu gembira sekali. Siap menyanyi lagu kpop kegemarannya iaitu BTS - Boy In Luv.

Sedang dia mensyampu rambutnya, tiba-tiba air shower tertutup dengan sendiri. Syampu di kepalanya mula terkena matanya. Dia lantas menutupkan matanya agar tidak rasa pedih.

Gadis itu mula meraba untuk mencari tuala. Sampai sahaja tangannya di tempat tuala, dia dapat merasakan sesuatu yang basah serta berlendir.

Terdapat juga benda yang agak kesat dan kusut seperti rambut. Pada waktu yang sama, bau busuk memasuki hidungnya.

Tina membuka matanya. Dia mula menjerit sekuat hati. Alangkah terkejutnya kerana apa yang dipegangnya tadi itu bukanlah tuala tetapi muka hantu! Dia menutup mukanya lalu mengigil dalam ketakutan.

Qisrina berlari ke tingkat atas mendapatkan adiknya. Habis perabot di ruang tamu dilanggarnya. Sampai sahaja di bilik mandi adiknya, dia segera membuka pintu. Setelah itu melangkah masuk.

Qisrina tidak nampak apa-apa. Yang dapat dilihat hanyalah adiknya yang sedang menggigil diikuti menangis teresak-esak.

Tetapi bukan bagi Tina. Hantu itu masih berada disitu dengan keadaan mata terbeliak serta mulut ternganga besar.

Lidahnya yang terjelir itu mula bergerak menyentuh ke arah kaki Tina. Tina yang dapat merasa kehadiran sentuhan itu cepat-cepat ke belakang. "Pergiii!!" Tina memekik kuat.

Qisrina tersentak mendengar pekikan adiknya. Tuala yang tersangkut di tepi singki pantas dicapai lalu dia membalut badan adiknya.

Hantu yang badannya berbulu hitam lebat serta saiznya seperti seorang lelaki dewasa itu masih mencangkung di situ. Memerhati mereka berdua sehinggalah mereka meninggalkan bilik mandi itu.

Qisrina menyuruh adiknya duduk di atas katil. Dia segera mendail nombor Raziq menggunakan telefon samsung galaxy prime miliknya yang bercoverkan warna ungu.

"Hello?" Satu suara perlahan menjawab panggilan tersebut.

"Weh Haziq, mana Raziq?" Soal Qisrina dengan cemas. Suaranya agak terketar-ketar sedikit. Matanya masih berulang alik memandang adiknya yang tidak berhenti menangis. Dia kemudian menyuruh adiknya memakai pakaian.

"Dia tengah mandi. Kenapa eh?" Soal Haziq lagi yang tidak tahu apa sedang berlaku kepada dua gadis kembar itu. Haziq sedang menonton rancangan HGTV di astro seorang diri.

Abangnya sudah lama mandi. Kebetulan telefon Raziq diletakkan di atas meja ruang tamu. Itu sebab dia menjawab panggilan daripada Qisrina.

"Tina.. Dia.. Dia kena ganggu tadi! Time dekat bilik air!" Beritahu Qisrina dengan laju kepada Haziq. Bulat mata Haziq mendengar apa yang dikatakan oleh Qisrina itu. Jantungnya berdegup pantas.

Raziq berjalan dalam keadaan basah ke arah adiknya yang sedang duduk di atas sofa. Dia hanya mengenakan tuala di pinggangnya.

Haziq yang sedar akan kehadiran abangnya lantas membuka loud speaker lalu menyuruh Qisrina menceritakan perihal yang berlaku sebentar tadi.

Tina datang memeluk kakaknya selepas selesai memakai pakaian. Dia kemudian menyertai perbualan mereka bertiga.

"Aku takut." Ujar Tina dengan lemah. Suaranya agak serak sedikit kerana baru habis menangis.

Matanya juga masih merah. Dia tidak berani mahu memandang bilik mandi milik mereka berdua kerana makhluk itu masih ada di situ.

"Alahh takda apa-apalah. Jangan risau sangat. Kau kan dah biasa dengan situasi macam ni." Pujuk Haziq kepada Tina melalui telefon. Sambil bersuara, Raziq di sisinya menukar baju kerana sudah biasa. Ibu bapa mereka juga jarang ada di rumah.

"Tetapi ini lain.. aku dapat rasakan yang benda tu memang sengaja nak menakutkan aku." Balas Tina. Selama dia bernafas di muka bumi ini, belum lagi entiti , hantu , jembalang mengacaunya teruk seperti tadi.

Jika Tina ternampak makhluk itu, dia membuat tidak tahu sahaja. Makhluk itu juga tidak mengendahkan Tina jika dia memandang ke arah mereka. Kebanyakkan makhluk ini mengamalkan prinsip, 'kau tak kacau aku, aku tak kacau kau'.

Namun.. tragedi tadi masih menjadi tanda tanya buat Tina. Siapakah makhluk yang berani mengacaunya itu?

"Dah-dah.. pergi rehat. Kau akan okaylah. Jangan risau okay? Kalau benda tu datang, suruh dia datang kat aku. Biar aku wrestling dia. Haha". Haziq membuat lawak lalu ketawa terkekek-kekek.

Abangnya menggeleng kepala mendengar lawak adiknya itu. Kalau datang betul-betul nanti baru tahu!

Tina tergelak kecil mendengar apa yang dikatakan oleh Haziq. Dia berasa sedikit tenang. Hantu itu juga sudah ghaib dari bilik mandi mereka.

☆ ☆ ☆

Setelah siap berseluar jeans dan berbaju t-shirt putih kosong, dia melangkah menuju ke abangnya. "Abang, Haziq nak pergi kedai kejap." Beritahu Haziq kepada abangnya yang sedang menonton televisyen.

"Hmm." Balas Raziq lalu sambung menonton rancangan yang terpapar di kaca televisyen.

Haziq bergerak naik ke atas untuk mengambil duit apabila terlupa untuk membawa duit sekali ketika turun tadi. Setelah mendapatkan duit, dia terpandang ke arah bilik abangnya yang sedikit terbuka.

Dengan perlahan-lahan, dia menapak ke bilik abangnya. Kelihatan abangnya sedang baring di atas katil sambil membaca komik lawak kampus. Haziq mula sedar bahawa abangnya itu sememangnya berada di dalam biliknya sejak tadi.

Tetapi.. tetapi.. siapa yang ada di bawah sebentar tadi?

atau kata lain, dengan siapa dia bercakap sebentar tadi?

Bulu roma Haziq mula meremang.

'Shit!'








Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now