BAB 5 : Kacau

5.3K 398 1
                                                  

Tiba-tiba dia terdengar seseorang menjerit dengan nyaring dari arah pintu utama.

"KAKAK!!!!!!" Tina berlari ke arahnya lalu menariknya kasar untuk pergi dari situ. Mukanya jelas kelihatan cemas sekali. Nafasnya pula turun naik akibat berlari mendapatkan kakaknya.

Dua orang gadis itu pantas bergerak ke pintu utama tetapi malangnya pintu itu tertutup kuat dengan sendiri sebelum mereka tiba.

Akibat dari larian yang laju, mereka berdua terus tidak dapat berhenti lalu melanggar pintu itu. Pintu itu cuba dipulas namun tetap tidak berjaya akibat dikunci dari luar.

"Kenapa ni Tina?" Soal Qisrina dengan hairan. Dia masih tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada mereka berdua. Ditambah lagi keadaan adiknya yang kelihatan sudah tidak terurus. Rambut mengerbang. Mata pula berwarna merah.

"Tuuuu!" Jerit Tina sambil menunding jari ke arah meja yang kakaknya gunakan untuk belajar sebentar tadi. Kakaknya terlopong.

Rupa-rupanya terdapat seekor hantu perempuan di atas siling dalam keadaan merangkak serta posisinya yang terbalik. Rambutnya yang panjang dan kusut masai itu mencecah sehingga lantai.

Hantu itu memerhatikan mereka berdua dalam diam. Matanya dan wajahnya langsung tidak nampak dek rambutnya yang lebat menutup seluruh wajahnya. Badannya pula tersarung pakaian putih yang lusuh , banyak kesan koyak serta bercampur warna kemerahan seakan darah.

Tina memberitahu kakaknya yang dia terkejut ketika melihat kakaknya sedang mengulangkaji. Iaitu pada waktu yang sama, hantu itu sedang menurun kan badannya secara perlahan-lahan ingin memegang kakaknya lalu menyebabkan rambut milik hantu itu terkena si Kakak.

Patutlah Qisrina berasa seram sejuk tadi!

'Eh kejap. Dia kata ketika aku tengah study kan? Rambut hantu tu terkena aku kan? Muka dia mesti betul-betul kat atas kepala aku. And then.. aku pandang ke atas nak tengok lubang penghawa dingin kat mana..

oh no.. entah-entah tadi dia face to face dengan aku!' Bisik Qisrina di hati. Wajahnya terus bertukar pucat. Tekaknya terasa kering.

Tiba-tiba mereka berdua terdengar ketukan kuat bertalu-talu dari pintu di belakang mereka.

"Woii bukaklah!" Jerit Raziq dengan risau. Dia mengetuk pintu itu banyak kali.

"Abang.. kita kena tendang pintu ni. Cepat! Haziq rasa ada sesuatu yang tak kena kat dalam!" Ujar Haziq dengan tegas. Dia sangat risau.

Abangnya mengangguk menandakan dia setuju dengan idea itu. Mereka berdua cuba menendang pintu itu sekuat yang mungkin. Mereka akan pastikan pintu itu akan terbuka.

☆ ☆ ☆

Lampu mula terbuka tutup dengan sendiri. Kesemua lampu mula bergoyang seperti ada angin kuat datang secara tiba-tiba.

Hantu itu mula merangkak di atas siling perpustakaan itu dalam keadaan terbalik. Makin lama makin dekat dengan mereka berdua persis seperti hantu ngesot. Qisrina dan Tina jerit ketakutan.

Haziq dan Raziq terdengar jerita mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk membuka pintu dengan menolak pintu tersebut.

Qisrina dan adiknya mula berpelukan sambil menahan diri daripada menangis. Tiba-tiba lampu terpadam. Bekalan eletrik terputus! Kedua-dua gadis itu semakin galak meraung meminta bantuan.

Keadaan yang sunyi dan sepi menambahkan lagi suasana menjadi seram. Gadis-gadis itu langsung tidak dapat melihat apa yang berada di sekeliling mereka. Yang mereka mampu rasakan adalah pelukan masing-masing serta suara milik mereka berdua.

Keadaan semakin menjadi ngeri apabila terdapat bunyi cakaran daripada rak besi di perpustakaan itu. Bunyi itu datang daripada rak yang terletak di hujung sekali.

Tiba-tiba bunyi itu terhenti buat beberapa saat. Takut. Itu sahaja yang mampu dirasai oleh gadis-gadis tersebut iaitu mangsa keadaan.

Setelah itu, bunyi itu kembali sekali lagi pada rak seterusnya. Tina membuka mata. Dia semakin panik apabila ternampak hantu itu bergayut di atas rak-rak buku tersebut.

Setiap kali ia mencakar, setiap kali itu jugalah ia datang menghampiri. Jadi, Tina mengambil keputusan untuk menutupkan sahaja matanya.

Bagi Qisrina pula, dia hanya mampu mendengar bunyi itu semakin menghampiri rak yang berada di hadapan mereka.

Clik! Bekalan eletrik sudah kembali!

Segala ruang diperiksa dengan teliti. Bagi membuat kepastian, adakah makhluk itu sudah pergi ataupun belum. Yang hanya mampu dilihat olehnya hanyalah entiti biasa di perpustakaan itu.

'Line clear ni' kata Tina di dalam hati. Dia menarik nafas lega.

"Kakak, Mari kita kelu-" belum habis dengan kata-katanya, dia terkejut dengan apa yang muncul di belakang kakaknya.

"Why?" Soal Qisrina pelik kerana tiba-tiba sahaja adiknya itu ternganga melihatnya. Dia sudah lega kerana bekalan eletrik sudahpun kembali.

"A..ad..ada.." Tina tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dengan terketar-ketar dia menunding jari ke arah belakang kakaknya.

Qisrina menoleh ke belakang. "AAAAAAAAA!!!" Dia menjerit kuat dan terus menutup mukanya.

Hantu perempuan yang berbaju putih sebentar tadi telah muncul semula dan ia mahu menarik Qisrina tetapi tidak berhasil kerana Tina terlebih dahulu menarik kakaknya.

Tindakan Tina membuatkan mereka berdua terjatuh ke atas lantai. Dengan kudrat yang ada, Tina membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran walaupun sebutannya agak berterabur sedikit. Dia tetap membaca dengan keberanian yang masih ada.

Hantu itu mengilai. Ngilaian itu bergema di setiap pelosok perpustakaan tersebut. Setelah itu, ia mula menghilangkan diri.

Qisrina menangis teresak-esak. Badannya menggigil ketakutan. Tina segera bangun lalu menenangkan kakaknya. Tiba-tiba pintu utama itu terbuka luas. Raziq dan Haziq berlari ke arah mereka berdua.

"What the hell happened?" Raziq menyoal Qisrina yang wajahnya sudah tidak bermaya lagi. Haziq di belakangnya segera meletakkan segala air dan snek makanan di atas lantai. Dia menghampiri Tina.

"Kau okey tak?" Soal Haziq dengan nada risau. Kelihatan seperti Tina lebih okey berbanding kakaknya yang sudah terkulai di atas lantai.

Kakaknya itu masih sedar dengan badan yang menggigil ketakutan. Matanya terbuka luas melihat sekeliling. Takut-takut jikalau makhluk mengerikan itu muncul semula. Tangisan miliknya juga masih tidak berhenti.

"Hei.. relax.. i'm here babe." Raziq menenangkan Qisrina dengan memangku kepala Qisrina.

Qisrina tidak menghiraukan teman lelakinya. Kerana sekarang ini apa yang sedang bermain di mindanya hanyalah satu. Ngilaian makhluk tersebut.

"Aku okey.. give me that water." Arah Tina lalu menunding jari ke arah botol mineral berdekatan Haziq. Tina perlu berlakon bahawa dia telah tenang. Hakikatnya, dia sama seperti kakaknya. Mahu sahaja dirinya meraung-raung di situ. Itulah pertama kali dia diganggu TERUK oleh makluk ngeri itu.

Haziq mencapai botol mineral lalu dihulurkan kepada Tina. Gadis itu pantas membuka penutup botol. Selesai dengan bacaan surah Al Fatihah, dia menghembuskan pada air tersebut.

Tina kemudian bergerak ke arah kakaknya yang sudah disampuk dek hantu. Dengan lafaz bismilah, Tina memercikkan sedikit air itu pada wajah kakaknya. Beberapa saat kemudian kakaknya tersedar. Dia bangkit dan menyoal apa yang telah berlaku pada dirinya.

"Kakak.. kakak kena sampuk dengan hantu.." jawab Tina.







Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now