BAB 4 : PERPUSTAKAAN

Start from the beginning
                                                  

"Amboii sweetnya" perli Haziq kepada abangnya.

Dia mengajuk wajah abangnya lalu bahunya ditampar berkali-kali oleh Raziq. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia wrestling adiknya seorang itu. Haziq mengerang kesakitan dan segera bersembunyi di belakang Tina.

Tina tergelak mendengar apa yang baru sahaja dicakapkan oleh Haziq. Malah, dia dan Qisrina ikut gelak apabila melihat adik beradik itu bergaduh kecil. Dia lantas menyuruh Haziq meminta maaf kepada abangnya.

"Maaf diterima." Jawab Raziq dengan muka angkuh. Haziq mencubit pipi abangnya lalu melarikan diri.

"Aku bukan kunyit lah woii!" Raziq menjerit dan mengejar adiknya. Haziq ketawa terkekek-kekek sambil berlari.

"Kau mengata orang tapi kau pun sama! Dua kali lima macam aku ..tuihh!" Jerit Raziq lagi kepada adiknya apabila sudah berjaya menangkap Haziq.

Kata-kata Raziq merupakan perlian buat adiknya. Kerana dalam diam-diam, Haziq menyimpan perasaan terhadap Tina. Tetapi dia malu untuk meluahkannya. Malah, dia akan mencari waktu yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya. Bukan seperti abangnya, bila sudah mula suka, terus luah. ish-ish gelojoh sungguh!

☆ ☆ ☆

Tepat pukul 8 malam mereka semua sudah berada di hadapan perpustakaan itu. Perpustakaan itu sungguh besar dan hiasan di luar dan di dalamannya cantik sekali.

Ramai pelajar sekolah mereka turut belajar di perpustakaan itu. Tambahan, kemudahan yang disediakan teramatlah selesa.

"Yowww" tegur Haziq kepada Tina. Dia mengenakan cermin matanya yang bertujuan untuk digayakan kepada gadis kesukaannya.

Muka Tina kelihatan resah. Haziq yang mampu membaca riak wajah gadis itu terus ikut gelisah.

"Kenapa ni?" Soal Haziq tertunggu-tunggu. Tina memandangnya lalu melepaskan keluhan.

"Aku tak sedap hati.." Jawab Tina. Dia kembali menggigit bibirnya. Dia sering melakukan itu apabila berasa tidak sedap hati.

"Alaaa tak payah layan sangat .. perasaan je tu.." Raziq menyampuk dan muncul dari belakang Haziq. Minyak wanginya yang terlebih dipakainya mampu dibau oleh semua ahli the Twinnies.

Tina dan Haziq mula tidak senang duduk apabila Raziq muncul. Aduh, tahulah sudah ada teman wanita. Tapi perlukah pakai minyak wangi sebanyak itu? Tina juga sudah naik pening. Nasiblah Qisrina suka dengan bau minyak wangi milik teman lelakinya seorang itu.

"Betul tu. Kita semua akan okay lah. Kita dah biasakan.. sebelum ni takda apa-apa pun berlaku." Haziq menyokong abangnya. Dia masih menahan diri dari bau minyak wangi tersebut.

Tina hanya mengangguk lemah. Tetapi firasatnya masih berkata yang sesuatu perkara bakal berlaku pada malam ini. Dan selalunya firasatnya itu tepat.

"Okay. Korang tunggu sini. Aku dan Tina belikan air." Kata Haziq kepada Qisrina. Qisrina hanya bersetuju. Dia bersiap-sedia mahu masuk ke dalam perpustakaan bersama Raziq.

"Aku nak ikut! Nak beli air sendiri and some snacks." Jerit Raziq pula seperti kanak-kanak. Qisrina membiarkan sahaja Raziq dengan keputusannya. Dia tidak kisah.

"Hish yela-yela. Qisrina kau okay tak sorang-sorang?" Soal Haziq. Kasihan pula pada Kakak ditinggalkan seorang diri. Raziq sudah berdiri di antara Tina dengan dirinya.

"Aku okay je lah. Aku berani." Jawab Qisrina lalu membuat gaya peace dan tersenyum.

"Alright. Good. Dah jom." Ajak Haziq. Mereka bertiga bergerak meninggalkan Qisrina.

"Take care tau kakak." Tina bersuara. Dia melambaikan tangan ke arah kakaknya itu.

Qisrina hanya membalas lambaian adiknya.

☆ ☆ ☆

Di dalam perpustakaan,

"Ishhh apahal sejuk ni. Pengawas perpustakaan pulak takda time ni. Manalah remote penghawa dingin. Dah rasa macam kat London dah ni. Aduihhhh." omel Qisrina seorang diri.

Dia melihat di sekelilingnya. Langsung tiada orang! Selalunya waktu begini ramai orang!

Dia memandang ke atas. Lubang penghawa dingin terletak jauh darinya.. hmm pelik!

Tiba-tiba dia merasakan bulu romanya naik. Hatinya mula berasa tidak sedap.. dia merasakan seperti ada orang sedang memerhatinya.

Tetapi tiada sesiapa di dalam perpustakaan itu. Hanya dia seorang sahaja di situ.

Ada sesuatu sedang berlaku kah?








Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now