BAB 4 : PERPUSTAKAAN

5.7K 407 1
                                                  

Tiga minggu sudah berlalu, Haziq dan Raziq sudah mula rapat dengan The Twinnies. Mereka kerap meluangkan masa bersama dua gadis jelita tu. Maka, secara rasminya The twinnies bersetuju untuk jadikan mereka berdua sebahagian daripada group mereka.

Oh ya, Raziq juga sudah meluahkan perasaannya kepada Qisrina dan Qisrina menerimanya! Jadi, kakak dan abang sudah pun menjalinkan hubungan bersama! Hehe

Pada mulanya Raziq tidak percaya bahawa dia akan terpikat dengan Qisrina. Tetapi, mahu buat macam mana. Hati sudah pun terpaut pada gadis yang selalu ada bersamanya itu.

Walaupun Qisrina mempunyai wajah yang sama dengan Tina.. Dia masih suka dengan personaliti Qisrina yang lebih aktif berbanding adiknya.

Raziq mengaku dia seorang yang sangat pendiam dan suka buat hal sendiri. Namun, apabila dirinya bersama dengan Qisrina.. semuanya berubah. Dia semakin selesa bersama gadis itu.

Pada waktu yang sama, gadis itu juga mempunyai perasaan yang sama. Baginya, dia suka jejaka yang misteri dan tidak suka menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapan orang ramai.

Dan Raziq mempunyai ciri-ciri tersebut! Malah, Raziq seorang yang romantik sekali. Qisrina tidak tahu pula orang pendiam seperti Raziq seorang yang suka nyanyi lagu jiwang dan pandai berkata ayat manis.

Tetapi, itu hanya berlaku diantara mereka berdua sahaja. Di hadapan yang lain dia langsung tidak menunjukkan sisinya yang jiwang itu.

Ketika hari Raziq mahu meluahkan perasaannya, dia tidak habis-habis ulang-alik ke tandas. Dia sudahpun berada di rumah Twinnies.

Namun, disebabkan oleh gabra, gugup dan takut ya amat. Dia telah pergi ke tandas sebanyak lima kali! Itu semua berlaku ketika dia mahu meluahkan perasaannya.

"Sekejap! Aku nak ke tandas!"

"Alamak. Perut aku memulas!"

"Weh.. adoi.. perutku.. kejap eh.. aku ke tandas."

Itulah antara alasan yang diberikan olehnya. Baiklah. Bukan itu yang kita mahu tahu sekarang ini.

Tiba sahaja waktu mahu meluahkan perasaan, Raziq membawa sekuntum mawar putih dan sebuah kotak kecil berbentuk 'love'.

Dia menyuruh Haziq memegang terlebih dahulu. Tina juga tahu perkara ini. Apabila perasaan gemuruhnya mula pudar, dia mengambil kotak dan bunga itu lalu dibawa ke hadapan Qisrina.

"To Qisrina.. wi..will you be my girlfriend?" Raziq terketar-ketar bersuara. Qisrina yang sedikit terkejut terus tersengih lebar. Dia mengambil bunga dan kotak itu dengan penuh rasa terharu.

"Of course, Raziq." Mendengar sahaja jawapan Qisrina, Raziq melompat kegembiraan sambil menjerit "yahooo!!" Sekuat-kuatnya.

Tina dan Haziq yang sedang bersembunyi di belakang almari ketawa melihat Raziq. Haziq mengalihkan pandangannya kepada Tina secara senyap-senyap. Dia tersenyum.

Dia juga ada perasaan dengan Tina. Dia mahu meluahkan perasaannya kelak. Sama seperti abangnya.

Dia melihat abangnya semula. Sungguh, dia menganggap abangnya sebagai role model.

☆ ☆ ☆

Seminggu selepas itu,

Trial SPM semakin dekat. The Twinnies mula kerap membuat study group bersama-sama di perpustakaan awam pada waktu malam yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

"Korang! Jangan lupa tau malam ni pukul 8!" Jerit Qisrina kepada group The Twinnies. Masing-masing mengangguk mendengar arahannya.

"Baik puteri yang cantik lagi comel! Hihi" jawab Raziq dengan muka 'cover kacak'. Qisrina yang terlihat teman lelakinya sebegitu terus tertawa.

Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now