HARI PERTAMA

6.7K 207 18

Hari ini hari pertama Fiza bertugas sebagai guru kaunseling di SMKPJ, sekolah yg terletak di ceruk hutan, jauh dari hiruk pikuk bandar yg membingitkan telinga menyakitkan hati. Keadaan sekolah yg sunyi memang sesuai untuk pelajar menelaah pelajaran. Apa yg menyeronokkan bg Fiza sekolah ini adalah sekolah berasrama, dan yg bgusnya dia juga menjadi warden asrama selepas waktu persekolahan. Itu sudah menjimatkan kosnya dari menyewa rumah di pekan yg harganya sudah tentu mahal.

Sampai sahaja di perkarangan sekolah kelihatan puan Hani, sedang menunggu bertemankan dua orang pelajar. Selesai memarkir kereta, Fiza lantas keluar dari kereta dan bersalaman. "Cik Fiza, saya akan bawa awak pusing satu sekolah, senang untuk apa-apa hal." Kata puan Hani. Mereka pun berjalan pusing satu sekolah. Puan Hani menunjukkan dimana letaknya hostel, pejabat, kawasan sekolah, ruangan study dan sbgainya.

Usai "tawaf" kawasan, Puan Hani pun menunjukkan bilik untuk Fiza menginap. Ruang yg besar, dan cukup selesa. Ada katil, meja menulis, mesin basuh, senang cerita ianya seperti rumah studio cerita drama- korea. "Jadi setakat ni, cik Fiza selesa dgan apa yg ada didalam?" Tanya puan Hani. "Setakat ni takda apa-apa lagi. Kalau ada apa-apa perubahan saya akan inform kemudian."

"Kamu berdua boleh bantu cik Fiza bawa barang-barangnya ke bilik." Lantas kedua pelajar tersebut menyorong bagasi Fiza masuk ke biliknya. Biasalah sesiapa pun pasti akan menerjah katil. Fiza yg letih memandu tadi mengambil keputusan untuk baring sebentar menghilangkan lelah sebentar.

Tiba-tiba lena Fiza terjaga kerana pintu biliknya diketuk dengan kuat sekali. Terus dia mengadap cermin dulu untk memastikan mukanya semenggah. "Ye ada apa cari saya?" kata Fiza dalam keadaan termegah-megah. "Cikgu, kami nak ajak cikgu makan di kafeteria, sekarang ni waktu makan malam. Selepas mandi terus dia bergegas ke dewan makan. Suasana agak riuh rendah, namun dalam keadaan yg kucar itu, perhatian Fiza tertarik dgan seorang pelajart perempuan yg anggaran usianya dalam 16 tahun, tingkatan 4. Duduk termenung memerhati makanannya.

Lalu dia pun mendekati pelajar tersebut. "Assalamualaikum, saya Cik Fiza, warden baru kamu." taaruf sesaat. "Zita." Balasnya ringkas. "Kenapa tak makan bihun tu?" Tanya Fiza. Tiada jawapan yg diberikan, hanya kedengaran esakan dan titis airmata tersebut jatuh ke dalam pinggan makanan. Makin lama makin kuat. "Zita awak okey?" Tanya Fiza. Adakah soalan itu terlalu sensitif bgnya.
Tiba-tiba bahu Fiza disapa pelajar lain. "Cik fiza ini buku laporan yg harus ditandatangani warden setiap kali kami habis makan." Kata seorang pelajar yg tertera nama di tag namanya "Leena". Elok sahaja dia berpaling dilihat Zita sudah tidak duduk di meja makan lagi. Mungkin sahaja dia mengejar waktu prep. Fiza meneliti borang laporan tersebut yg mengandungi snarai nama student, bilangan, kuantiti makanan, dan etika pelajar.

Selesai menanda dia pun memberi pelajar tersebut laporan tersebut. Baru dia teringat yg dia hendak bertanya dimana dorm Zita. Tapi Leena sudah berlalu pergi. Rasa bersalah pula jika disuruh berpatah semula. Jadi selepas waktu isya' pelajar semua menuju je ruangan prep. Fiza yang mahu meronda sekitar bilik prep terhenti sebentar melihat ada sebuah bangunan berhampiran dgan bilik kokurikulum sekolah yg di 'seal' agak menjadi tanda tanya disitu.

Kemudian dia terdengar suara tangisan, cukup dia cam suara itu, itu adalah suara Zita. Dia pun mencari punca darimana datang suara itu. Kemudian dilihat susuk tubuh menyerupai Zita duduk di sudut bangunan menghala belakang bilik kokurikulum, dan kawasan itu merupakan bangunan larangan "Zita kenapa kamu tak masuk bilik prep?" Soal Fiza. Zita yg sedang menangis itu mendongak kelihatan ada darah keluar dari matanya. Fiza yg gerun lantas lari dan alangkah terkejutnya muncul lelaki yg bertopi kebun ada didepannya. "Cik, kenapa masuk ke blok larangan?" tanyanya. Kemudian seluruh pandangan gelap.


BEBASKAN AKURead this story for FREE!