BAB 3 : Kisah Seram

6K 452 10
                                                  

Dengan keberanian yang ada, Zaty berjalan ke arah Tina lalu menampar bahu gadis yang berambut tocang itu dengan kuat sekali. Tina yang tersedar dari lamunan lantas mengerang kesakitan.

"Woi! Sakitlah!" Marah Tina dengan lantang. Dia memegang dan segera mengurut bahunya yang terasa berdenyut-denyut.

Zaty menarik nafas lega. Dia mendapati bahawa itu sememangnya rakannya dan bukan hantu. Haihh buat orang seram sejuk sahaja tengah hari ni! Suhu sejuk itu mula bertukar kepada suhu biasa.

"Kau ni kann!!! janganlah buat aku takut!" Zaty berbisik kuat. Matanya meliar memerhati tandas itu. Dia masih tetap dapat merasakan dirinya sedang diperhati.

Tina mengangkat kening kirinya.

"Asal?" Tina menyoal dan membetulkan tali getah rambutnya yang terasa sedikit longgar.

Rambut ikal mayangnya kelihatan sangat berkilau dan lembut sekali. Itu merupakan salah satu sebab juga ramai murid lelaki minat kepadanya. Rambut Tina dan kakaknya sentiasa kelihatan kemas dan sihat.

"Nothing." Zaty menipu. "Anyway kau kenapa tadi? Tiba-tiba senyum semacam. Macam ada apa-apa je." Sambungnya lagi. Dia mahu meminta kepastian daripada rakannya itu.

"Takda apa-apa." balas Tina. Dia menoleh ke cermin untuk sambung semula melihat dirinya. Selepas puas membelek diri di cermin, Tina mengajak Zaty keluar daripada tandas tersebut.

Sesudah sahaja keluar dari tandas, Tina memberitahu Zaty bahawa ada sesuatu berlaku ketika mereka berdua di tandas sebentar tadi.

"What? Seriously? Ada apa wei?" soal Zaty bertubi-tubi. Firasatnya yang mengatakan ada sesuatu tidak kena tadi memang tepat sekali.

"Firstly, aku nampak ada benda bertenggek kat atas pintu bilik air hujung sekali. Aku baru nak suruh kau masuk bilik air pertama tapi kau dah masuk. So, baguslah.

Secondly, aku tersenyum kat cermin sebab benda tu ialah budak lelaki kecil. Dia menari kat belakang aku.

Thirdly, time aku tersenyum kat kau.. dia tengah peluk kau dari belakang. Dia rindukan keluarga dia lagi-lagi kakak dia. Itu membuatkan dia rasa happy. Dah itu je." Cerita Tina.

Dia tidak mahu bercerita panjang lagi kerana budak lelaki tersebut berada dengan mereka sekali. Budak itu memberi jelingan kerana tidak mahu dirinya disedari oleh rakan Tina. Tina hanya mengabaikan budak lelaki itu lalu memandang kelas kosong yang ada berada di sebelah kirinya.

Zaty terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Tina. Patutlah dia rasa seram sejuk! Rupa-rupanya kena peluk dek hantu! Parah ni! Waduh, Waduhh!

☆ ☆ ☆

Petang itu, Raziq dan Haziq pergi ke rumah The Twinnies untuk membuat study group.

"Assalamualaikum!!! Ooohhh Assalamualaikum!!" jerit Haziq dengan lantang sekali sambil memegang sehelai kertas yang bertuliskan alamat.

Dia mengenakan pakaian t-shirt panjang hitam yang bercorakkan belang harimau berwarna putih. Seluar pula jeans berwarna biru muda yang ada sedikit kesan koyak. Sesungguhnya Haziq kelihatan sangat menarik sekali pada petang itu!

Abangnya pula hanya mengenakan t-shirt putih panjang yang terdapat gambar Avatar biru dari filem popular berjudul Avatar. Tangan kirinya memakai jam putih biru. Tangan kanannya pula memakai sebuah gelang dihiasi manik yang diperbuat dari tali-tali berwarna biru tua.

"Waalaikumsalam!" Balas Tina sambil memakai selipar jepun. Dia bergerak ke pagar rumahnya dan memerhati adik beradik tampan itu.

"Masuklah." Pelawa Tina lalu membuka pagar. Dia memerhatikan belakang Raziq dan Haziq dalam diam. Mulutnya juga tidak lepas membacakan sesuatu. Kemudian, dia menghembuskan ke arah hadapan pagar rumahnya. Secara tiba-tiba, angin datang terbang ke arahnya dan keadaan mula kembali normal.

"Asal?" Soal Raziq kehairanan. Dia memandang ke belakang dan kelihatan tiada apa-apa di situ. Dia memandang ke arah Tina semula.

"Nothing." Jawab Tina lalu tersenyum. Dia tidak mahu memberitahu jejaka itu dahulu.

Mereka bertiga bergerak ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa yang penuh dengan kusyen kecil berwarna warni.

"Anyway, korang lalu taman ke tadi?" Soal Tina sambil membawa air kepada rakan-rakan lelakinya.

"Wushh! macam mana kau tahu?" Soal Haziq dengan tidak percaya. Bagaimana pula gadis itu tahu mereka lalu jalan mana? Adakah dia stalker? Secret admire? Tak sampai seminggu lagi dia duduk di sini sudah ada stalker! Record terbaru ni!

"Bukan." Jawab Tina pendek. Habis hancur segala tanggapan Haziq sebentar tadi. Syok sendiri sahaja kerjanya. Dari dahulu lagi Haziq seorang yang mudah perasan.

"Ada benda ikut. Tapi dia tak dapat masuk sebab rumah kitorang dah dipagar oleh seorang ustaz." Ujar Tina spontan.

Sebentar tadi dia telah membaca ayat suci Al-Quran bagi menghalang makhluk itu terus mengikuti mereka berdua disebabkan mereka baru berpindah ke situ. Makhluk-makhluk itu semua suka kepada penduduk baru.

Raziq dan Haziq terkejut mendengar jawapan Tina. Benda ikut? Tapi apa? Berbagai-bagai soalan mula bermain di fikiran mereka berdua.

Qisrina berlari turun ke tingkat bawah dengan tergopoh gapah. Rambutnya yang mengerbang itu segera dibetulkan dengan jari jemari. Cekak di atas rak televisyen dicapai lalu dipakai dengan teliti.

"Sorry guys! Tadi aku kemas bilik. Haa jom mulakan study." Beritahu Qisrina dan sertai adiknya.

Mereka berempat mula study bersama-sama. Subjek Geografi kemudian diikuti subjek Ekonomi.

"Aku cuma nak kata taman yang korang lalu tu keras. Kalau boleh jangan lalu tempat tu sangat. Petang-petang pun benda tu ada."

Setelah lama belajar, Tina membuka cerita semula mengenai hal tadi. Qisrina di sebelahnya mendengar dengan khusyuk.

"Manalah kitorang tau. Kitorang baru pindah." Balas Raziq dengan muka masam.

Iyalah, mana tahu.. ada benda telah jatuh hati pada dirinya lalu ikut dia sampai ke sini. Eh, si abang pun sama juga macam adik! Cepat perasan! Ish, ish, ish!

"I'm serious. Pernah sekali tu.. aku dengan kakak naik basikal nak pergi kedai belakang. Dalam pukul 9.30 malam macam tu lah.

Tiba-tiba ada hantu gula-gula guling depan kitorang. Aku buat dek je tapi si kakak ni lah. main U turn tinggalkan aku.

Nasib baik aku dah biasa dengan situasi macam tu." Panjang lebar Tina bercerita lalu membuat muka blur. Dia memandang kakaknya yang sudah tersengih lebar.

"Oh.. " Kedua-dua laki di situ menganggukkan kepala. "Hm, Tina. kau kata kau dah biasakan. Ada peristiwa yang lagi menyeramkan tak?" Soal Haziq pula. Dia mula rasa selesa dengan si adik.

"Ada je. Tapi aku tak nak cerita nanti korang takut." Jawab Tina. Kalau cerita yang betul-betul seram, dia tidak berani menanggung risiko. Ada sahaja kenangan hitam dia bersama makhluk-makhluk itu yang memang tidak dapat diucapkan dalam ayat.

"Alaaa takpe!" balas Haziq lagi. Raziq mengangguk tanda setuju. Qisrina menyokong adik beradik kembar lelaki itu. Dia turut mahu mendengar cerita adiknya. Jarang adiknya mahu menceritakan cerita yang seram tahap maksimum.

"Fine.. Hmm.. Pernah sekali tu, aku dengan kakak pergi rumah makcik sedara kitorang. Rumah dia jenis apartment. Time tu dah malam.

Kitorang berdua turun bawah nak amik barang sebab ayah kitorang suruh. Dah lock kereta, kitorang pi dekat lift. Lift dia rosak. So kitorang naiklah tangga.

Time nak naik tu lah aku nampak. Setiap tangga ada hantu tu. Siap posing-posing lagi. Ada yang tengah baring. Ada yang tengah duduk. Ada yang berdiri. Ada yang tengah bertenggek kat tempat pemegang.

Dan macam-macam lagi. Tapi dia tak kacau pun. Dia hanya perhatikan kitorang. Aku taknak cerita dekat kakak pasal ni. But since korang dah nak sangat tahu. that's all." Tina menamatkan ceritanya. Kakaknya di sebelah sudah meremang bulu roma. Patutlah dia rasa seperti ada sesuatu bersama mereka ketika itu!

The Ziqnies ternganga. (Ehh I mean Haziq dan Raziq.)

'Bapak gempak minah ni!!'

Itulah apa yang dikatakan oleh mereka di dalam hati.







Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now