#PCUBB-Part 26

8.1K 400 50

LISA hanya mengekori bosnya dari belakang. Mereka yang baru tiba ke bangunan Dinasti Group tadi terus menuju ke arah lif. Sejak balik dari pertemuan dengan Nazri dan Saleha tadi, dia langsung tidak berani bersuara. Apatah lagi dengan sikap bosnya yang tiba-tiba mendiamkan diri seribu bahasa.

Nampak gaya macam sedang marah. Bad mood. Orang tengah bad mood kena berhati-hati. Silap hari bulan satu bangunan boleh dibakarnya. Tapi pelik. Lisa sendiri kurang pasti apa yang membuatkan bosnya bad mood.

Sebab dia mention nama Nazurah?

Atau... sebab Nazurah buat hal lagi?

Sejak bosnya bertemu dengan Nazurah selepas balik dari Dubai, sejak itu dia perasan mood bosnya berubah-ubah. Dia pula tak berani bertanya. Nampaknya kali ini memang serius mereka bergaduh.

Hai, bos... cari sajalah yang lain. Ada banyak perempuan yang masih single dan inginkan lelaki yang setia macam bos. Abaikan sajalah perempuan macam Cik Nazurah tu; cari bos bila rasa bosan. Perempuan macam ni wajib ditinggalkan saja!

Kalau bos betul-betul tinggalkan Cik Nazurah, dialah orang pertama yang akan bersorak gembira. Bukannya dia harapkan hubungan mereka hancur tapi dia kasihan dengan bosnya. Hubungan lapan tahun bukannya sekejap. Lama. Bos pula makin lama makin tua. Pada umur begini sepatutnya sudah mendirikan rumah tangga tapi nak kenalkan kekasih pada keluarga pun payah.

Apalah nasib...

"Awak buat apa kat sini?" soal bosnya tiba-tiba mengejutkan Lisa daripada lamunan.

"Hah? Dah tentu-tentulah nak naik ofis. Bos hilang ingatan ke? Sayakan setiausaha bos," jawab Lisa. Lega apabila bosnya mula bersuara.

"Ya. Saya tahu tapi siapa suruh awak guna lif?"

"Hah?" Lisa menggaru kepala. Habis kalau tak guna lif, nak guna apa pula? Tangga? Gila apa!

"Kenapa saya tak boleh naik lif?" tanya Lisa

"Awak makan apa tadi?"

"Stik," jawab Lisa segera.

Dia tengok pandangan bos yang semacam. Apa hal pula kali ini? Sebelum dia makan, dia sudah meminta kebenaran bos. Bos juga yang benarkan. Sekarang, nak ungkit pula?

"Jadi, apa lagi. Exercise, naik tangga," arah bosnya.

"Hah?" terkejut Lisa. "Gila bos. Ofis kat tingkat 18."

"Dah lupa apa yang saya cakap tadi? Berani makan, berani tanggung."

Serta-merta dia teringat kata-kata di restoran tadi. Berani makan, berani tanggung. Oh my! Barulah dia faham maksud di sebalik kata-kata bos tadi. Tapi... tingkat 18 tu! Gila nak panjat sampai tingkat 18! Dah macam kena panjat tangga Batu Caves!

Lisa, cepat pujuk bos!

"Ehem... bos..." Dia buat muka kasihan.

"Naik tangga sekarang," arah bosnya sebelum dia sempat keluarkan ayat pujuk rayu.

"Err... saya daki tangga dari tingkat 15 boleh?" tanya Lisa mula tawar menawar.

"No!"

"Err... dari tingkat 10?"

"Bermula dari floor ni sampai floor 18!" tegas bos lagi.

"Tapi..."

"Atau saya potong gaji."

Cis!

"Yalah!" Lisa terpaksa menurut. Menyesal sungguh makan stik tadi!

Eh, apa kata kalau aku diam-diam naik lif sampai ke tingkat 17. Kemudian, naik saja tangga ke tingkat 18. Bos bukannya tahu pun. Yes! Bijak! Aku memang bijak! Sekarang, tunggu sampai bos naik lif hehehe...

Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Zul Zafri melangkah masuk.

"Ingat, naik tangga! Jangan nak tipu saya."

"Okey bos. Berani makan, berani tanggung!" kata Lisa dengan penuh yakin.

Pintu lif tertutup dan membawa bosnya naik ke tingkat atas. Tapi Lisa hanya tunggu memerhati nombor yang bergerak setingkat demi setingkat untuk memastikan bosnya betul-betul sampai di tingkat 18. Hampir seminit menunggu, lif berhenti di tingkat 18.

Yes!

Dia pun tekan butang lif. Hampir lima minit menunggu, pintu lif terbuka. Kosong. Tiada orang di dalam. Dia pun cepat-cepat masuk dan tekan nombor 17.

Ting! Akhirnya sampai ke tingkat 17! Pintu lif terbuka dengan sendirinya.

Opocot bos aku sweet!

Hampir hendak melompat jantungnya apabila melihat bosnya berdiri di hadapan lif yang terbuka. Lisa menggelabah. Teknik menipu tak menjadi! Bos memang ahli nujum. Tahu saja apa yang dia fikirkan!

"Err... bos..." Lisa tersengih-sengih dengan badan yang menggeletar. Seram sejuk badannya apabila bosnya melangkah masuk ke dalam dan tekan butang G.

Ground floor!

Lisa menghantuk dahinya pada dinding lif. Maknanya, bos memang betul-betul mahu dia gunakan tangga dari bawah!

"Bos, janganlah kejam dengan saya. Tingkat 18 tu tinggi tau."

"Sebab tinggilah awak boleh buang kalori yang awak makan tadi," balas bosnya.

"Tapi..."

"Berani makan. Berani tanggung." Bosnya tersenyum.

Lif sudah sampai di ground floor. Lisa disuruh keluar.

"Ingat, lagi sekali awak tipu, bulan ni tak ada gaji!"

"Hah?" Pintu lif kembali tertutup dan membawa bosnya kembali ke tingkat 18.

"Cis! Bos memang kejam!!!" jerit Lisa sambil mendaki anak tangga. Taubat. Lepas ini dia tak mahu goda bos lagi semata-mata mahu makan stik.

Lebih kurang dua jam kemudian, barulah dia sampai ke tingkat 18. Itu pun setiap lima tingkat dia akan berhenti setelah kepenatan. Tiba sahaja di dalam ofis, dia terduduk kepenatan di sofa ruang menunggu.

"Huh, Lisa!" tegur Kak Wahida barangkali terkejut melihat keadaannya. "Lisa dari mana ni?"

"Air... air..." pinta Lisa tidak mampu menjawab soalan Kak Wahida.

Kak Wahida mula menggelabah dan segera mengambil botol air milik Lisa di atas meja. Tanpa berlengah lagi Lisa meneguk semua air yang ada dalam botol itu. Mendaki anak tangga setinggi 18 tingkat, memang mencabar staminanya.

"Kenapa ni? Tadi Lisa kata keluar dengan bos tapi akak tengok bos balik seorang diri. Bila akak tanya, bos tak jawab pula. Risau akak. Apa dah berlaku?" tanya Kak Wahida risaukannya.

"Bos mana?" tanya Lisa sambil mengintai bilik bos. Kalau nak mengata bos, kena tengok kiri kanan dahulu. Kalau tidak, agaknya tangga KLCC dia suruh daki nanti.

Gelap. Kosong. Bos tak ada di dalam. Aik?

"Lisa tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Bekas Chairman, datuk bos, baru saja meninggal dunia sebentar tadi."

Lisa tergamam. Terus tak jadi nak marah big boss....


PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!