BAB 2 : Kembar Baru

7.1K 447 6
                                                  

Buku latihan Geografi yang terbuka itu dipandang malas. "Hey Tina dah siap ke belum kerja geografi?" Soal Qisrina sambil memandang adiknya yang sedang baring di atas katil.

"Belum." jawab Tina pendek. Kakaknya mengangguk lalu sambung semula menyiapkan kerja latihan yang diberikan oleh guru Geografi di sekolah tadi. Setelah itu, dia menyusun buku bagi keesokan hari.

"Wait!!!!!" Jerit Tina secara tiba-tiba. Dia bangkit dan duduk di atas katil sambil bernafas dengan tercungap-cungap seperti tidak cukup oksigen. Dahinya penuh dengan peluh. Perilaku dirinya seperti baru habis berlari.

"Tina? Why?" Soal Qisrina terkejut. Segala buku ditinggalkan dan terus berlari ke arah adiknya.

Tina melihat kakaknya yang sudah risau. "Amil.. dia kata esok ada dua orang baru datang." Jawab Tina. Reaksinya masih menunjukkan dia sedang berfikir sesuatu yang sangat sukar.

"Amil? roh budak kecik tu lagi? Kenapa dia asyik ganggu Tina ni? Hish." Marah Qisrina. Dia pantang apabila roh budak lelaki itu mengacau adiknya.

Amil. Roh budak kecil yang sering bermain dengan Tina. Dia telah meninggal dunia ketika berlakunya kemalangan jalan raya bersama keluarga di Highway Karak.

Entah bagaimana dia terjumpa Tina ketika merayau di dunia roh. Selepas itu, mereka mula bermain bersama-sama pada setiap malam.

"Kakak! tak elok kakak kata macam tu! Dia nak tolong kita tau!" Jawab Tina dengan tegas. Dia tetap dengan pendiriannya.

Amil ialah roh yang baik. Budak lelaki yang kelihatan seperti berkecai kepalanya sering memberi ramalan atau petunjuk.

Dia juga pernah menyelamatkan nyawa Tina ketika mahu melintas jalan. Terdapat sebuah kereta mahu melanggar Tina namun Amil sendiri yang menolak Tina agar ke tepi.

"Hmm... Fine! What ever!" Balas Qisrina, tidak mahu bertekak dengan adiknya yang sudah tentu mahu menang seperti selalu. Si Kakak bergerak ke begnya semula.

☆ ☆ ☆

"Okay murid-murid. Hari ini kita ada dua orang pelajar baharu." Kata Puan Eslina dengan suara yang lantang. Dia amat dikenali sebagai salah seorang guru yang mempunyai suara yang tersangat kuat.

Puan Eslina memandang ke arah luar kelas lalu memanggil pelajar-pelajar baru itu. Dua jejaka tampan melangkah masuk ke dalam kelas 5 Akasia. Mereka berdiri di hadapan kelas lalu mengenalkan diri masing-masing.

"Hai! nama saya Haziq! Ini pula abang kembar tak seiras saya! Nama dia Raziq! Kami berdua baru sahaja sampai ke sini petang semalam. Saya harap kita semua boleh jadi kawan!" kata Haziq dengan ceria.

Abangnya, Raziq, hanya memberikan senyum tawar lalu mengangkat tangan.

Haziq kelihatan sungguh gembira pada pagi itu. Dia mengukir sebuah senyuman kepada seluruh isi kelas 5 Akasia.

Barisan giginya yang putih dan tersusun rapi itu tampak menawan sekali. Wajahnya juga kelihatan lebih kacak berbanding abangnya disebabkan dia memakai sebuah kaca mata bersaiz besar dengan bingkai tipis berwarna hitam.

Apabila diperhatikan dengan betul, kaca mata itu tidak mempunyai 'power'. Haziq memakainya bertujuan untuk berfesyen. Tambahan, dia seorang yang sangat gemar mengikut fesyen terkini.

Manakala, di sebelahnya Raziq kelihatan berbeza dengan dirinya. Abangnya itu lebih nampak matang dan suka bersikap mendiamkan diri serta tidak banyak bicara.

Apabila orang berjumpa dengan dirinya buat pertama kali, mereka akan menganggap dirinya itu dingin. Senyuman jarang terhias di bibirnya jika mahu dibanding dengan adiknya yang kerap tersenyum manis.

Raziq juga tidak gemar berfesyen namun Raziq seorang yang sangat suka bermain permainan video game Cakap sahaja nama game apa, dia pasti kenal dan pernah bermain!

Waktu lapangnya pula sering habis diluangkan dengan membaca komik aksi dan lawak kampus.

Tetapi! Terdapat beberapa persamaan diantara mereka berdua. Antaranya ialah ketinggian iaitu 175 cm. Saiz badan mereka boleh dikategorikan sebagai 'kurus tetapi tegap'.

Rambut mengikut style fringe up. Anak mata mereka berwarna hazel cair yang pasti membuatkan orang mahu menatap lama apabila jumpa mereka buat kali pertama.

Bentuk rahang pula jangan dipersoal, sungguh tajam dan berbentuk menarik sekali! Kening juga sama bentuk dan sangat 'perfect'. Jika seorang gadis melihatnya, pasti cemburu kerana mereka tidak perlu mencukurnya disebabkan bentuk yang sudah elok dan terletak.

Semua pelajar perempuan 5 Akasia terpesona dengan ketampanan mereka berdua. Termasuklah The Twinnies! Jantung mereka berdua berdegup kencang.

"Baiklah, korang berdua boleh duduk dekat belakang sana." Kata Puan Eslina lalu menunding jari ke arah tempat duduk belakang sekali yang terletak di bahagian tengah kelas.

Tempat itu juga betul-betul terletak di belakang The Twinniese. Gadis-gadis yang berada di bahagian tengah sudah bersorak gembira kerana jejaka-jejaka tampan itu bakal duduk dekat dengan mereka.

Raziq dan Haziq hanya tersengih malu sambil mengambil tempat duduk.

Kesemua gadis di hadapan mereka menoleh ke belekang dengan mata yang terpukau dek keindahan wajah mereka berdua. Puan Eslina mula naik angin melihat kelakuan pelajar perempuannya. Dia terus marah lalu menyuruh mereka semua lihat ke hadapan. Setelah itu, proses pembelajaran bermula.

Secara curi-curi Qisrina menoleh ke belakang lalu menyapa jejaka-jejaka baru di kelas mereka.

"Hai!" Sapa Qisrina dengan mesra kepada Raziq.

Raziq mengangkat muka. "Hi." Balas Raziq dengan senyuman nipis. Dia sudah biasa ditegur oleh gadis dan malas mahu melayan mereka.

"My name is Qisrina and this is my sister, Tina. Kitorang ni kembar seiras. Saya kakak dan dia adik." Kata Qisrina lalu memandang ke arah Tina yang duduk bersebelahan dengannya. Dia menyiku adiknya itu menyuruhnya memandang ke belakang.

Tina memusingkan badan dan memberikan senyuman biasa.

"Woah really? Wahh susahnya nak bezakan korang ni! Anyway nice to know you all!" Haziq menyampuk secara tiba-tiba. Sikap peramahnya mula membuatkan Qisrina dan adiknya selesa untuk berbual.

"Yeah, Abang setuju dengan Haziq." Jawab Raziq lalu mengangguk.

"Alaa senang je lah! Saya banyak cakap dan adik saya tak banyak cakap. And one more thing.. adik saya ada deria keenam." Qisrina berbisik pada ayat terakhir lalu tersenyum lebar. Bangga bebenar.

"Fuyooo!" Terbaik ahh!" balas Haziq dengan reaksi terkejut. Raziq hanya mengendahkan mereka berdua lalu diikuti Tina. Tina sambung fokus di hadapan kelas. Manakala, Qisrina dan Haziq mula berborak sehingga ditegur oleh Puan Eslina.

☆ ☆ ☆

Seorang gadis mula tidak senang duduk. Wajahnya berkerut-kerut menahan sesuatu. Dia lantas bergerak laju ke arah rakannya. "Tina! Jom kita pergi tandas!" Ajak Zaty kepada Tina. Tina yang kasihan akan rakannya terus berdiri.

"Jom." balasnya perlahan lalu meminta izin dari Puan Norah.

Mereka berdua segera bergerak ke arah tandas. Sampai sahaja di tandas, Zaty masuk ke dalam bilik air pertama. Tina pula membetulkan ikatan tocang rambutnya di hadapan cermin.

Sesudah sahaja selesai melepaskan hajat, Zaty keluar dari bilik air. Dia terkejut memandang Tina yang tersenyum seorang diri di hadapan cermin.

"Woii kau apahal tersengih-sengih ni" soal Zaty, cuak. Jantungnya berdegup kencang.

Tina hanya memandang ke arah Zaty. Secara perlahan-lahan senyuman misteri diberi buat rakannya. Bulu roma Zaty tiba-tiba meremang...

Tandas yang sebentar tadi bersuhu biasa tiba-tiba bertukar sejuk. Dia merasakan seperti diri mereka berdua diperhatikan oleh sesuatu. Peluh mula menitis pada dahinya.

'Ini kawan aku ke? Entah-entah kawan aku ada kat kelas' bisik hati Zaty.

Dia mula berasa tidak sedap hati.

Rakannya itu pula masih memandangnya dengan mata yang terbuka luas dan tidak berkedip.







Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now