Bab 4

732 15 8

Mark Edison, Nur Khaleeda & Khalid


"Sedap tak I masak?" aku bertanya pada Khaleeda. Dari tadi aku tengok dia suap tak henti-henti. Entah siapa yang lapar entah? Dia atau Khalid?

"Sedap betoi hang masak. Power, power," balas Khaleeda, dengan intonasi dan gaya bahasa Khalid.

"Aku tanya Khaleedalah barua," aku balas pujian Khalid dengan kutukan.

"Kahkahkah! Garang betoi abang ni. Takutnya I. Khaleeda, masuk!" tawa Khalid, Khaleeda diam sebentar, kemudian intonasi bertukar pada milik Khaleeda yang sebenarnya. "Sedap, you. I tak tahu pulak you pandai masak Aglio Olio?"

"Haa, sedap kan? I pun tak tahu boleh sedap macam ni sebenarnya. Saja-saja cuba resipi baru yang kawan I bagi sebelum ni. Ingat tak kawan I Marl Ghibly tu? Yang kes culik tu," aku sambung menyuap Aglio Olioku.

"Oh, ya, ingat, ingat. Power betul resipi dia. Tak pernah pulak I rasa Aglio Olio sesedap ni sebelum ni?" Khaleeda seret pinggan dekati mangkuk besar penuh Aglio Olio, menyauk satu senduk lagi spegati masuk ke dalam pinggannya.

"Hahaha! Aglio Olio ni bukan Italian sangat pun. Dah fusion dengan Oriental taste. Kata Marl, nama Aglio Olio ni, Aglio Olio Italianoriental. Entah apa-apa je dia tu," aku ketawa, menambah separuh senduk spegati ke pinggan aku. Wain merah yang tinggal sedikit dalam gelasku ditambah Khaleeda, selepas dia isi gelasnya.

"Pelik betul nama Aglio Olio ni jadinya! Hahahahaha- ouch, ouch, ouch!" pantas refleks tangan kanan Khaleeda memegang pipi kanannya yang lebam ditumbuk aku tadi; masih sakit agaknya apabila rahang dibuka luas kerana ketawa. Air matanya aku lihat bertakung, setitis tumpah ke pipi kirinya.

"I'm so sorry dear. Sakit lagi eh? Later on I tuam ais lagi ya? Sorry sangat," aku minta maaf sekali lagi.

"Haa, tak tau, tak tau. Khaleeda nangih, Khaleeda nangih. Aku tak tau, bukan aku buat haa. Hang yang buat haaaa," Khalid minum air oren segar di sebelah kanan pinggannya.

"You shut the fuck up, Khalid. You made these bruises happened," marah Khaleeda, hirup wain merah dengan tangan kirinya.

"Sudah, sudah. Gaduh pulak korang ni," aku cuba meredakan suasana, tapi gagal. Mereka berdua masih berkelahi. Yang sorang tak berhenti minum air oren segar, yang sorang lagi tak berhenti minum wain merah.

.

.

.

"APA KAU BUAT MUNCUL LAGI NI?!" aku menumbuk pipi kanan Khaleeda dengan tangan kiri aku. Khaleeda atau yang pada ketika ini Khalid, terundur beberapa tapak sambil imbangkan badannya akibat tumbukan aku.

Khalid pasang kuda-kudanya. Kaki kanan di depan, kaki kiri di belakang. Penumbuk kiri di dada dan penumbuk kanan diangkat separas matanya. Kejap kuda-kudanya, buat aku teragak-agak mahu masuk langkah.

Tak semena-mena dia angkat kaki kiri meninggi ke atas kepala aku, cuba menghentak kepala aku dengan tumitnya. Aku tahan hentakan dengan kedua belah pergelangan tangan aku membentuk simbol "X" – lalu dengan pantas tangan kiri aku memegang kejap pergelangan kaki kirinya, menolak betis kaki itu dengan tangan kanan, menjatuhkan kaki termasuk badan Khalid terguling di lantai, lantas aku hentak perutnya dengan siku kiri aku sebaik dia terbaring ke lantai bersama aku.

Khalid/Khaleeda mengerang-batuk. Aku kunci kaki dan tangannya termasuk kepala, buat dia keletihan dalam ronta lalu meredakan rontaannya. Khalid kemudian berkata, "Okay, cukup, cukup. Hang menang, hang menang."

"Kau ingat aku nak lepas ke? Banyak kali dah kau tipu aku," aku hentak kepala Khalid dengan kepala aku.

"Ouchh! Sayang, sudahlah tu! It's fucking hurt!" Khaleeda pula bersuara.

"Oi pengecut! Kau lari kenapa?! Kau keluar sekarang, kau keluar!" aku tinggikan suara aku memanggil Khalid. Kali ini aku memang betul-betul dalam amuk.

"Sudahlah tu sayang. Khalid dah surrender kan?" Khaleeda usap tangan aku yang mampu dicapainya dalam keadaan badannya yang terkunci pergerakan itu. Aku lepaskan kuncian aku. Khaleeda menelentangkan tubuhnya – rehat dari letih dan sakit.

"I buat ais tuam untuk you. Sorry, sayangku. I had to do that," aku cumbu dahi Khaleeda, lalu bangun berjalan ke dapur dalam tempang pada kaki kiriku disepak Khalid tadi. Aku toleh sebentar dalam jalan aku, dan aku nampak badan Khaleeda menggigil sambil mengejapkan penumbuk, dalam pejam matanya menahan tangis.

"I'm really sorry, Khaleeda. Really sorry," kataku lagi dalam geleng kepalaku.

.

.

.

"Khalid, kalau boring, jangan bahayakan binatang atau Khaleeda. Kita sparring kat tempat sepatutnyalah. Yang kau tetiba nak sparring dalam rumah – ruang tamu pulak tu, gila ke? Barang rosak semua tu siapa nak ganti?" aku cakap dengan nada perlahan. Khaleeda dan Khalid seraya diam membatu melihat aku.

"We are sorry," Khaleeda balas. "Aku mintak maap jugak," Khalid pula membalas.

"I'm sorry too, Khaleeda, dan kau, Khalid, selagi kau buat gila macam tadi, selagi tu aku takkan maafkan," kata aku lagi.

"Ya, ya. Baik, baik. Aku behave, aku behave," Khalid balas lagi.

"Bagus," aku bangun, mengambil pinggan kosong Khaleeda, meletakkan pinggan itu di atas pinggan aku selepas sudu dan garfuku diletak atas pinggannya. "Finish the drinks. Khalid, habiskan oren. Khaleeda, habiskan wain you ya? I nak buat ais tuam untuk you," sambung aku lagi.

"Sure," kedua tangan Khaleeda memegang gelas oren segar dan wain merah dalam masa yang sama.

"Guys, one at a time. One at a time. Khalid, sebab kau nakal tadi, bagi Khaleeda minum dulu. Be a gentleman," aku tegur sambil meletakkan pinggan kotor di dalam sinki.

Aku nampak Khaleeda senyum pahit ketika aku buka pintu peti ais untuk mengambil ketulan-ketulan ais. "You okay, sayang?" tegur aku lagi.

"I tak tahu sampai bila I boleh hidup macam ni, Mark," Khaleeda mula menangis sebaik wain merah habis diteguk. Air oren segar terbiar tak disentuh.

Aku masukkan ketulan ais ke dalam kain bersih yang dibentuk seolah mangkuk pada tanganku, digulung-ikat supaya ais tak terkeluar, lalu duduk di sebelah kanan Khaleeda, memeluk gadis itu, gadis yang aku sayang, gadis yang aku cinta, mengusap kepalanya, menuam ais ke pipinya yang lebam. "Cry, sayang. Cry. Lepaskan semuanya, and tell me what is bothering you right now," pujukku. Masih mengusap kepalanya.


Folikel Spektrograf oleh M. Faiz SyahmiRead this story for FREE!