BAB 1 : Twinnies

11.6K 582 12
                                                  

'Kringgg' loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Semua pelajar bergerak laju menuju ke beberapa tempat yang popular iaitu kantin ataupun pusat sumber.

Kelihatan dua orang gadis ramping berwajah manis bak madu dan gula- (eh terover pula! Hehe) serentak melangkah keluar dari kelas dengan keluhan kecil. Sungguh penat mendengar keterangan subjek matematik sebentar tadi.

"Tina, jom kita kenakan junior tu!" Bisik Qisrina apabila terlihat seorang murid perempuan yang bersaiz kecil dan berwajah comel. Dia berasa teruja sambil memandang adiknya.

"Hmm... Suka hati kakaklah. ada-ada sahaja idea gila kakak ni." balas Tina dengan malas. Kakaknya seorang itu sangat suka 'over' berbanding dirinya. Padahal, dia yang mempunyai kelebihan. Bukan kakaknya.

"So, do you want to hear the story? I mean.. about this school?" Soal si kakak, Qisrina, kepada Syarmim pelajar tingkatan satu itu. Syarmim yang kebetulan sedang leka berjalan seorang diri berhenti apabila ditegur oleh kedua orang pelajar senior kembar seiras itu.

"Nak!" Balas Syarmim, junior mereka yang baru sahaja berpindah ke sekolah mereka. Dia tidak sabar mahu mendengar cerita seram. Tambahan, dia seorang yang sangat gemarkan kisah mistik dan seram.

"Dekat sekolah ni... hanya ada seorang murid sahaja yang boleh berkomunikasi dengan roh. Dan orangnya ialah my sister!" Terang Qisrina dengan bangga lalu memegang bahu adiknya, Tina.

"Oh, lagi-lagi?" Soal Syarmim yang semakin berminat mendengar. Matanya bersinar-sinar menunggu apa yang bakal diceritakan oleh kembar seorang itu.

"Sebelum sekolah ini wujud, block belakang sekolah kita ni adalah tanah perkuburan. Time zaman jepun dulu. Semua mayat telah ditanam dekat situ. Mayat orang melayu, cina, india. Malah, mayat orang jepun sendiri juga ada ditanam dekat situ." Cerita Tina panjang lebar.

Dia sering berasa seram sejuk dan melihat entiti serta roh berkeliaran di situ. Apatah lagi di bahagian sudut yang gelap. Keistimewaannya bertambah menjadi lebih jelas.

"So, kalau boleh, jangan pergi ke block belakang sorang-sorang. Nanti hantu kacau. Hehe." sambung Tina lagi.

Dia sangat tidak suka jikalau rakan-rakannya mahupun juniornya berkeliaran di blok belakang seorang diri. Risiko bakal melihat hantu tersangatlah mudah sekali. Itu sebabnya jikalau kita melihat filem hantu, watak-watak selalu kena kacau ketika mereka berada seorang diri.

"Pernah sekali tu.. I saw a ghost. Without its head! Dia jalan turun tangga sambil pegang parang. And guess what. It was the askar jepun! Darah, bau.. all of them I can feel it. So yeah, thats all. " Kata Tina lalu tersengih.

Dia seorang yang sangat segan apabila diminta cerita hantu. Dia juga bukanlah seorang yang suka menceritakan keaiban makhluk halus. Cuma, kakaknya yang sering memaksanya untuk bercerita. Kakaknya selalu menyokongnya dan menjadi tulang belakang.

"Lahh tu je ke.." balas Syarmim lalu memuncungkan mulut membuatkan dirinya tampak sungguh comel. Qisrina dan Tina mahu sahaja mencubit pipi gebu milik Syarmim.

"Yup!" Ujar The Twinniese dan ketawa. Syarmim melihat ke arah jam tangannya. Dia meminta izin lalu pergi meninggalkan mereka berdua.

'Aaaaaah buang masa aku je layan akak-akak kembar tu! Dah lah cerita seram satu je." Luah Syarmim di hati. Dia sudah terambat untuk ke perpustakaan.

☆ ☆ ☆

Itu lah The Twinnies. Pasangan kembar yang terkenal di sekolah. Wajah mereka yang iras sangat digemari oleh pelajar lelaki di sekolah itu. Kedua-dua gadis itu mempunyai wajah yang sangat manis sekali.

Walaupun tidak tersenyum, mereka tetap kelihatan cantik. Ramai juga menjadi peminat mereka serta semua junior mahu jadikan mereka sebagai kakak angkat mereka.

Namun, Qisrina dan adiknya tidak layan sama sekali. Bagi mereka, lebih baik tidak mempunyai hubungan apa-apa dengan orang lain kecuali keluarga sendiri. Jika ambil adik angkat ramai, tidak terangkat lah jawabnya!

Selain itu, mereka berdua popular kerana gemar bercerita hantu kepada junior-junior mereka. Padahal cerita itu tidaklah seram sangat.

Antara si kakak dan si adik, si Kakak lah yang paling teruja sekali apabila mahu bercerita seram.

Lupa pula bagitahu nama mereka. Nama mereka sama sahaja iaitu Nur Qistina dan Nur Qisrina. Qisrina ialah kakak dan Qistina pula ialah adik. Mereka berdua bertambah terkenal juga disebabkan oleh kelebihan si adik yang lebih dikenali sebagai Tina.

Ya, Tina boleh berhubung dengan roh! Pada waktu malam pula dia boleh pergi berjalan-jalan ke dunia roh. Jalan-jalan cari roh katanya! (Ehh terover lagi sekali! Hehe sorry ya.) Itupun kalau dia mahu lah. hehe.

Eh? Macam mana dia boleh buat begitu? Alah! Senang sahaja. Dia hanya perlu tidur! Apabila terlelap sahaja, maka dengan mudah dia akan masuk ke dunia roh.

Qisrina pula pandai IT. Peralatan mecari roh semua ada dalam almarinya. Di dalam beg sekolahnya juga ada! Tetapi peralatan yang kecil-kecil sahajalah. Antaranya, perakam suara.

Dinding dan almari miliknya pula semua dipenuhi oleh poster filem-filem hantu. Qisrina ini seorang yang banyak mulut serta banyak idea di dalam kepalanya.

Manakala si adik pula pendiam. Lain dengan kakaknya. Dia lebih gemar mendiamkan diri dan berkawan dengan roh disekelilingnya. Tetapi roh yang baik-baik sahajalah! Hehe







Sixth Sense : KembarWhere stories live. Discover now