Bab 24

3.1K 84 12

24. CLOUD KIEHL; SETAHUN KEMUDIAN

"How did we ever go this far? It shouldn't have to this hard and for the first time in my life, I'm flying. Are we in space, do we belong some place where no one calls it wrong? And like the stars we burn away the miles?"

Cloud, datang daripada nama asal aku Claudius Benjamin Kiehl. Aku ni berdarah mixed; mat saleh US dari sebelah ayah dan Cina Peranakan dari sebelah ibu. Profesion aku sejak empat tahun lepas adalah model; model runway, katalog dan iklan TV. Tapi duit yang aku dapat untuk menampung hidup bukan semata-mata dari bidang peragaan, tapi juga dari bidang lakonan. Yup, aku ni pelakon jugak, ataupun dalam kurungan, pelakon video lucah! And yes, I'm a porn star, baby!

And yes; provokasi, berani, mulut jahat dan angkuh; itulah empat ayat yang orang selalu labelkan pada aku (ada aku kisah?). Dan aku selalu letakkan diri aku ni dalam kategori gay for pay; maksudnya aku rela melakukan hubungan 'cinta fizikal' bersama lelaki-lelaki bernafsu songsang demi duit. Ya, senang bagi aku untuk dapatkan duit dengan cara macam ni dengan bantuan seorang kawan aku yang juga male model otai di Malaysia ni, Kris Williams. Dia buat satu private blog yang menjual model-model lelaki macam aku untuk disasarkan buat lelaki gay elit. Kiranya Kris ni macam bapa ayamlah. Dia letak gambar-gambar SX18 model-model lelaki yang dia nak 'jual' dalam blog tu dengan tawaran nilai untuk main sekali. Pelanggan cuma perlu e-mail dengan model pilihan diorang, bank in-kan duit dan Kris akan sediakan waktu dan tempat (selalunya di hotel) untuk bersuka-ria. Dan waktu tengah bersuka-ria, Kris akan rakamkan aksi ranjang pelanggan dan model pilihan diorang untuk dijadikan koleksi peribadi si pelanggan tadi. Sebab itulah aku kata aku ni pelakon video lucah, sebab aku dah banyak kali tampil dalam video panas dengan pelanggan-pelanggan aku yang tak terkira tu semua.

Aku tak kata aku bagus, tapi tak over sangatlah kalau aku cakap aku ni boleh dikatakan famous juga kat Malaysia dan rantau Asia Tenggara ni secara diam-diam pada golongan lelaki gay. Bukanlah cita-cita aku nak jadi terkenal dengan cara sebegini pun, but hey, I have no complain, seriously!

Korang semua mesti jijik dengan keterbukaan aku menceritakan pasal 'kerja gelap' aku selain modelling ni, kan? Tapi seriously, aku tak kisah pun. Aku dah lali dengan kata-kata dan penilaian orang pada diri aku. So, apa yang korang semua fikir pasal aku, tak akan jadi kudis pun buat aku.

Dengan menjual diri aku secara ekslusif pada lelaki gay yang kemaruk seks dengan lelaki-lelaki macam aku, aku boleh ada kehidupan yang bagus dan aku boleh miliki apa yang aku nak, secara amnya. Dan dengan duit yang aku dapat dari lelaki songsang tu semua, susah untuk aku berada dalam keadaan pokai sejak menjebakkan diri ke dunia gila ni empat tahun lepas.

Aku memang suka dengan duit dan duit tu memang keutamaan buat aku, tapi tu tak bermakna aku ni materialistik sangat. Aku ni pun bukanlah jenis yang boros nak berbelanja setiap masa. Aku ada perancangan, tak selamanya aku nak buat kerja gelap ni dan sebanyak mungkin, aku akan simpan semua duit aku di bank untuk kegunaan masa depan. Sisanya, aku bagi kat adik dan mak aku. Diorang tahu pasal kerja gelap aku ni, tapi diorang cool dan tak pernah nak mempertikaikan kenapa aku perlu buat benda yang orang kat luar sana anggap salah.

Tapi satu perkara yang aku nak tekankan sangat-sangat adalah seksualiti aku sebenarnya. Aku bukan gay, sekalipun aku buat kerja macam ni. Dan aku bukan seorang saja yang menjalani hidup macam ni dalam dunia. Fenomena ni berlaku kat mana-mana pun. Berlambak lelaki straight yang ada girlfriend, ada bini dan beranak-pinak kat luar sana buat benda yang sama macam aku ni, secara terang-terangan ataupun sebaliknya. Ini pilihan hidup dan pilihan hidup adalah hak masing-masing, right?

Macam yang aku kata tadilah, aku pun dah lali dengan cakap orang. Orang kat luar sana boleh hina aku kalau diorang nak. Aku pun bukannya seorang Muslim untuk kisah apa yang halal dan haram dan apa yang bertentangan dengan norma masyarakat dalam hukum tabii manusia atau tidak.

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupRead this story for FREE!