#PCUBB-Part 25

8.4K 411 45

LISA duduk diam membisu. Matanya menjeling tengok jam di tangan. Lagi lima minit sebelum pukul 12.00 tengah hari. Waktu rehat hampir tiba! Tapi dia masih tersangkut di dalam bilik bos sejak satu jam yang lalu.

Yang buat dia lagi tension, sejak sejam tadi dia duduk diam membisu di hadapan bos. Bos pula asyik memandang komputer dan langsung tak bagi apa-apa arahan selain disuruh duduk diam-diam. Nak tak nak Lisa terpaksa menurut.

Tapi bila sudah dekat satu jam... siapa tahan!

"Bos, dah nak dekat rehat dah ni. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu," Lisa perlahan-lahan bangun.

"Sekejap. Lagi sikit lagi," balas Zul Zafri.

Serta-merta Lisa duduk semula. Bos kembali pandang komputer. Lisa pula kembali menunggu arahan daripada bosnya. Jam di tangan di renungnya. Sudah lebih pukul 12.00 tengah hari. Habis punah harapan nak qada tidur malam tadi.

"Bos buat apa tu? Dari tadi saya asyik tengok bos pandang komputer je," Lisa cuba memanjangkan lehernya melihat komputer bos.

"Ini..." Lisa tarik monitor menghadapnya. Dia sungguh pasti apa yang dilihatnya. Tak salah lagi. Itu blognya! Jadi, selama satu jam ini bos baca blognya?

"Janganlah kacau saya," Zul Zafri kembali membetulkan kedudukan monitornya.

"Bos! Penat saya tunggu. Ingatkan ada hal penting. Rupa-rupanya bos layan benda ni?" Lisa geram.

"Penting jugak ni. Saya nak tahu apa yang awak dah tulis tentang saya."

"Aduhai... bos ni..." Lisa pula yang pening kepala. Mati-mati dia ingat bosnya itu sedang menghadap kerja sampai tak berkelip mata pandang monitor. Dia pula macam orang bodoh percaya bos tengah buat kerja. Kalau dia tahu awal-awal lagi, tak ingin dia duduk membuang masa menghadap muka bos.

"Kenapa cerita ni macam tergantung saja?" tanya Zul Zafri.

"Memanglah tergantung. Saya belum habis tulis lagi. Kalau saya dah habis tulis pun saya takkan letak kat blog sampai habis."

"Kenapa?"

"Tentulah sebab nak dijadikan buku. Kalau saya masukkan semua bab sampai habis rugilah saya. Penulis bilis macam saya ni bukan saja nak cari makan tapi nak reward diri sendiri yang berhempas pulas menulis," jawab Lisa.

"Mmm... saya dah baca dan komen saya... kenapa saya rasa heroin saya ni tak beberapa menarik dan membosankan?"

Lisa pandang bos dengan tajam. Dia bukannya jenis yang tak boleh dengar komen orang. Dia memang mengharap komen orang tapi kalau bos yang banyak songeh itu komen, maka akan hancurlah manuskripnya nanti.

Big boss tersengih-sengih. Itu tak lain dan tak bukan mesti nak...

"Lisa, apa kata..."

"No! Big No!" Cepat-cepat Lisa bersuara. "Jangan gatal-gatal nak suruh saya tukar watak heroin pula. Bos yang nak sangat jadi hero, kan? Hah, terimalah watak heroin yang membosankan tu."

Big boss tersengih. "Kenapalah saya tengok awak ni comel sangat bila marah?"

Lisa tersentap.

What? Apa bos kata tadi? Comel? Mabuk ketum ke bos aku hari ni? Tak cukup kasih sayang dengan Nazurah, nak bermanja dengan aku pula?

"Bos okey ke? Kalau tak okey saya panggil doktor dari hospital bahagia datang sini," balas Lisa.

"Kenapa?" tanya Zul Zafri tak tahu menahu.

"Bos cakap saya comel."

"Awak comel ke?" Dia tanya balik.

"Bos yang cakap tadi saya comel. Bos dah lupa ke? Atau bos tak sedar apa yang bos cakap tadi." Lisa pandang pelik. Sendiri cakap sendiri tak mengaku pula.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!