#PCUBB-Part 24

7.9K 339 26

"Selamat pagi bos," ucap Lisa dan Kak Wahida serentak.

"Lisa, masuk bilik saya sekarang!" arah Zul Zafri agak kasar.

Lisa tersentap. Apalah masalah yang timbul kali ini. Awal-awal pagi bos dah mengamuk macam orang perempuan period. Ini tak lain dan tak bukan mesti bergaduh besar dengan Nazurah. Mesti punya!

Perlahan-lahan Lisa melangkah masuk ke dalam bilik bosnya. Patutlah awal-awal pagi lagi badannya seram sejuk apabila melangkah masuk ke pejabat. Petanda nak kena marah dengan bos.

"Ada apa bos?" tanya Lisa perlahan-lahan.

"Awak tahu apa yang awak dah buat?" Gertak Zul Zafri.

Berkerut dahi Lisa memikirkannya. Mana tahukan dia telah melakukan satu kesalahan tanpa sedar sehingga merugikan syarikat. Selama ini dia buat kerja dengan penuh cermat dan mengikut arahan bos. Rasanya belum lagi dia buat keputusan seorang diri.

"Kenapa bos?" tanya Lisa bila tak dapat memikirkannya.

"Sejak bila saya ni jadi kaki perempuan? Kuat minum arak? Berparti liar?" sang bos nampak sedang tahan-tahan marah.

"Hah?" Lisa tak tahu menahu tentang itu.

Bila masa pula dia sebarkan berita palsu ini? Walaupun dia memang sakit hati dengan bosnya tapi belum pernah lagi dia sebarkan berita palsu ini. Penulis sepertinya ada cara tersendiri untuk 'balas dendam' dengan orang seperti bosnya itu.

Oh my... Lisa teringat sesuatu. Kaki perempuan! Kuat minum arak! Berparti liar! Bukan ke itu watak antoganis dalam cerita yang dia sedang tulis sekarang! Nama watak tu pun Zul Zafri! Oh tidak! Takkan bos baca blog penulisannya.

"Bos baca cerita saya?" tanya Lisa takut-takut.

Zul Zafri hadiahkan jelingan tajam. Terus buat Lisa kecut perut. Masak! Bos baca! Aduhai macam mana bos boleh baca ni? Mana dia dapat masa nak membaca semua ni. Bukan ke dia sibuk?

Cepat pujuk bos, Lisa!

"Mmm... bos. Janganlah marah. Kebetulan aje pun. Saya dah buat cerita tu lama dah. Bukan nak merujuk pada bos pun," Lisa cuba selamatkan diri. Entah berjaya atau tidak tekniknya menipu bos. Silap dia juga sebab terang-terang letak nama bos. Tapi manalah dia tahu bos akan baca blog penulisannya.

Lisa, kau memang bermain api dengan orang yang salah!

"Tak ada merujuk pada saya ye..." Zul Zafri tersengih.

Lisa turut tersengih. Padahal jantung sudah kecut habis. Bila bos tersengih macam tu...

"Awak ingat saya ni bodoh ke!" tengking Zul Zafri.

Lisa tersentak. Kan sudah kata!

"Cuba cakap dengan saya, apa yang awak tak puas hati sebenarnya?"

Lisa hanya diam membisu. Tak puas hati? Bukan tak puas hati tapi bila hati sudah tak suka, baik macam mana pun hatinya tetap tak suka.

"Saya minta maaf," ucap Lisa.

Malas dia hendak panjangkan cerita. Kalau dia melawan, silap hari bulan bangunan ini kena bakar dek kerana hati baran bosnya itu. Lebih baik mengaku salah sashaja. Lagipun memang dia salah pun. Itulah. Jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan tulis nama bos sebagai watak jahat.

"Awak ingat dengan minta maaf boleh selesaikan masalah ni?" Zul Zafri memandangnya tajam.

Lisa geleng kepala. "Tapi, saya janji takkan buat lagi. Sumpah!"

"Kalau macam tu, apa awak nak buat untuk perbetulkan perkara ni?"

Alahai... nama aje pun! Macam budak-budak punya perangai!

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!