19 : Mesej Rahsia

161K 2.2K 119
                                    

"Apa kata doktor?" Tanya Adam sebaik aku keluar dari bilik doktor. Tanpa mempedulikan orang sekeliling, Adam memapahku balik ke keretanya yang diparkir di luar bangunan klinik kolej.

"Demam. Dia dah inject saya tadi, saya ingat nak lelap sekejap. Saya ada kelas pukul 3 nanti." Jawabku.

"Saya hantar awak baliklah. Awak rehat di rumah, tak payah pergi kelas petang ni. Doktor pun mestilah dah bagi awak MC kan?" Adam menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari bangunan klinik.

"Tak nak. Saya tak ambil MC pun. Saya tak boleh miss kelas petang ni. Saya cuma nak lelap sekejap je. Saya okaylah." Aku bertegas. Yang sebenarnya, minggu lepas aku telah ponteng, jadi banyak yang perlu aku kejar balik. Naik cuti penggal nanti ada ujian pertengahan semester pula.

"Okay, macam ni. Awak rehat di bilik pejabat saya dulu, nanti pukul 3 kalau awak larat, awak pergi kelas. Okay?" Adam menghela nafas, mengalah dengan kehendakku. "Kita drive-thru McD kejap, saya belikan awak bubur. Awak kena makan."

Terlalu letih nak bertekak, aku diamkan saja dan terlelap. Bangun-bangun, kami sudah kembali ke kampus. Adam mahu mendukung aku ke biliknya, tapi aku bertegas mahu berjalan sendiri, risau dilihat rakan sekelas.

Sampai di biliknya, sofa lipat yang terletak di sebelah tingkap biliknya ditarik dan diturunkan untuk aku baring. Pintu biliknya sudah pun ditutup dan dikunci. Aku yang sudah mula pening cepat-cepat duduk di sofa. Birai tingkap dibelakangku ditarik, mengurangkan silau.

Adam kemudian duduk di sebelahku dan mula menyuapkanku bubur yang dibeli di McDonald tadi. Aku hanya mampu menelan 3 suap dan tekakku kembali loya, lalu aku menggeleng kepala, mahu berbaring. Adam kembali ke mejanya.

"Adam. Kalau ada orang datang cari awak, macam mana?" Soalku.

"Jangan risau. Saya dah letak sign Do Not Disturb kat depan pintu. Tiada siapa akan ganggu kita. Awak tidurlah." Penjelasan Adam mengurangkan sedikit kerisauanku dan cepat saja aku terlelap.

Sejuk. Dahiku sejuk. Aku buka mata dan bingkas terduduk. Pergerakan sepantas kilat itu menyebabkan mataku berpinar dan aku terus mendesir kesakitan. Satu tangan naik mengurut kepalaku dan aku merelakan. Mataku tertutup menikmati urutan di kepalaku.

"Kenapa tiba-tiba terjaga macam mimpi ngeri ni?" Suara Adam perlahan mengetuk gegendang telingaku, terasa berdengung.

"Pukul berapa ni? Kat mana ni?" Soalku sambil cuba membuka mata.

"Dah dekat pukul 9 dah. Kat rumah kitalah, Qasha." Jawab Adam sambil menarik aku baring kembali ke katil. Dia masih setia duduk di sisiku dan mengurut kepalaku.

"Hah?! Kelas-"

"Saya dah maklumkan pada pensyarah awak, jangan risau. Dia pesan, ada assignment dalam portal yang awak kena buat. Nanti dah sihat, awak buatlah." Jelasnya sambil tersenyum.

"Oh. Okay." Otakku ligat cuba memikir apa lagi perkara penting yang seperti aku terlupakan. "Ah, kereta saya-"

"Ada kat depan. Saya dah bawa balik. Awak tak perlu risau, okay?" Pintas Adam seolah-olah sudah boleh mengagak. Dia tiba-tiba bangun dari katil dan terus aku capai tangannya, "Awak nak pergi mana?"

"Saya nak turun bawah kejap, tadi mama singgah. Dia ada masakkan bubur kegemaran awak. Jangan risau, saya tak lari mana pun." Usik Adam lantas mencuit hidungku. Tangan Adam aku lepaskan dan dia pun menghilang dari pandangan seketika sebelum muncul kembali.

Adam menyuapkan aku makan lagi, tapi seperti petang tadi, aku cuma mampu menelan 3 suap saja sebelum mula terasa loya, hendak muntah.

"Sikit sangat awak makan ni, Qasha. Cuba 1 suap lagi." Pujuk Adam sambil menyuakan sudu ke mulutku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now