#PCUBB-Part 21

8.1K 357 18

AWAL pagi lagi Lisa sudah bersiap-siap untuk pergi joging. Pukul 5.30 pagi lagi, bosnya sudah bertindak sebagai jam loceng dengan menelefonnya. Ini menunjukkan bosnya memang serius mahu dia turunkan berat badan.

Lisa reda. Lagipun bagus juga dapat bos begini. Bukan senang nak dapat bos yang pentingkan kesihatan. Tambahan lagi dia memang sudah lama tak joging. Kerjaya sebagai novelis memang buat dia lupa menjaga kesihatan badan. Lupa nak dating dengan diri sendiri. Maklumlah, asyik duduk menghadap komputer dengan harapan dapat menghiburkan hati orang.

Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, Lisa! Jom kurus macam zaman muda-muda dulu. Ceh, macamlah dah tua!

Lisa melihat jam di dinding. Hampir 6.30 pagi tapi bayang bos langsung tak muncul-muncul. Dia masih ragu-ragu lagi. Bosnya kata akan datang menjemput ke rumah tapi masalahnya berjaya ke bosnya datang ke rumahnya? Atau sesat?

Bukan dia tak tahu kelemahan bosnya itu. Fobia tengok jalan bercabang-cabang. Bila nampak ada dua tiga jalan di depan, dia dah mula menggelabah. Mana satu jalan yang perlu diikut. Biarpun guna bantuan Waze, bosnya tetap akan sesat juga.

"Ini tak boleh jadi..." Lisa capai telefon bimbitnya. Risau pula dibuatnya. Takut nanti tiba-tiba bosnya sesat sampai ke Nepal.

Baru saja dia nak menelefon bosnya, bosnya terlebih dahulu menelefonnya. Lisa terus jawab panggilan itu.

"Saya ada depan rumah awak ni," kata bosnya.

"Hah?" Lisa segera selak langsir dan mengintai melalui tingkap rumahnya. Betul-betul ada sebuah kereta berhenti di depan pagar rumahnya.

Aik? Apa dah jadi dengan fobia bos aku ni? Lisa menggaru kepala. Macam tak logiklah pula bosnya dapat cari rumahnya tanpa sesat.

"Dah siap ke belum?" tanya bos mengejutkan Lisa.

"Dah. Nak pakai kasut saja ni," jawab Lisa.

"Cepat sikit," arah bosnya menamatkan panggilan.

Lisa pun kelam-kabut mencapai kasut sukan yang sudah bertahun dia tak guna. Nasib baiklah masih muat lagi. Dia cepat-cepat menyarung kasut.

"Selamat pagi Lisa," sapa Nazri apabila Lisa menghampiri kereta yang menjemputnya.

"Eh, Encik Nazri?" Lisa terkejut. Padanlah bos boleh datang ke rumahnya tanpa sesat. Ada driver rupanya!

"Cepat masuk!" arah bos. Lisa cepat-cepat menurut perintah masuk ke tempat duduk belakang.

"Okey, jom pergi joging!" Nazri mula memandu kereta.

"Encik Nazri pun kena paksa pergi joging jugak ke?" tanya Lisa. Nasib baik ada Nazri. Jadi, tak adalah dia kekok sangat.

"Siapa yang kena paksa?" Sekali big boss tinggikan suara. Tersentap Lisa dibuatnya.

"Opss... hehehe..." Lisa tersengih-sengih sambil menampar mulutnya perlahan. Dia pun tak sedar mulutnya main redah saja.

"Bukan kena paksa. Bos awak yang kena paksa dengan saya. Dia tu bila dah kerja boleh hilang ingatan sikit. Workaholic tak kira masa. Tapi bos awak ni nak sangat ajak awak sekali. Dia rindukan awak agaknya," jawab Nazri. Sama juga. Tak sayang mulut. Depan bos dia boleh kata begitu? Betul-betul nak kena panggang ke?

"Kau pun dah lama hidup ke?" Suara big boss agak kasar.

"Habis tu?" tanya Nazri masih selamba.

"Memang aku sengaja nak ajak Lisa. Tengok saja Lisa ni aku dah tahu dia tak pernah bersenam sepanjang hayatnya. Patutlah gemuk!" cemuh Zul Zafri.

What? Gemuk? Lisa, bawa bertenang. Jangan nak melenting sesuka hati. Lagipun betul apa yang big boss cakap tadi. Kau tu memang gemuk! Lisa cuba memujuk hatinya.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!