#PCUBB-Part 20

7.9K 326 10

"APA? Joging? Dengan bos?" Suhaila sendiri terkejut dengan berita yang disampaikan tadi.

"Aku pun tak percaya..." balas Lisa juga tidak percaya bila bosnya telefon sebentar tadi. Sudah buang tabiat agaknya.m

"Betul ke kau dengan bos tak ada apa-apa hubungan ni?" tanya Suhaila.

"Apa hal pulak kau tanya macam tu? Bos nak aku turunkan berat badan. Jadi kurus dan ramping. Ah, stres aku dibuatnya. Aku hanya setiausaha dia tapi dia layan aku macam aku ni bakal isteri dia."

"Macam mana kalau memang bakal isteri dia?"

"Hah, kau jangan nak menakutkan aku."

"Bukan ke kau nak sangat jadi Cinderella?"

"Tak semestinya Cinderella kena kahwin dengan putera raja yang handsome dan kaya-raya."

"Habis tu?"

"Aku dah fikir... Aku nak suami seorang mekanik kereta!"

"Hah?" Suhaila terkejut.

"Kalau kau nak tahu perkara yang paling menakutkan bagi perempuan macam kita ni adalah kereta rosak kat tengah jalan. Jadi, bila kita dah kahwin dengan seorang mekanik, setiap pagi dia akan belai kereta kita dan pastikan tak ada apa-apa yang rosak. Kalau tayar pancit aje, kita hanya perlu buat satu panggilan dan beritahu, 'Darling, kereta ayang pancit la...' dan berdesup dia datang selamatkan kita."

"Sudah la tu berangan."

"Ini bukan angan-angan. Ini cita-cita aku dalam memilih bakal suami!"

"Kau tahu tak, kau punya cita-cita pasal bakal suami berubah setiap kali kau mulakan manuskrip baru?"

"Err... hehehe... mana kau tahu?" Lisa tersengih. Nampaknya Suhaila terlebih kenal dirinya.

"Kau ingat aku ni bodoh ke? Aku dah lama duduk satu rumah dengan kau. Aku dah boleh hafal semua perangai kau tu."

"Wah, kau memang kawan sejati aku!" puji Lisa sambil bertepuk tangan.

"Tapi..." Suhaila seperti risaukan sesuatu. "Joging dengan bos. Macam pelik saja aku mendengarnya."

"Entahlah. Dia bos. Dia boleh buat apa saja yang dia suka termasuklah nak aku kuruskan badan. Aku rasa mungkin bos aku ni anti dengan orang gemuk kut. Tapi aku ni tak adalah gemuk sangat. Berat aku baru 80 kg. Belum lagi sampai 100 kg. Kalau aku makan dengan dia, aku tak boleh makan makanan yang berlemak. Hari tu, dia suruh aku daftar mana-mana gym tapi aku bagi banyak alasan. Mungkin sebab tulah dia paksa aku ikutnya pergi joging."

"Mmm... mungkin betul apa yang bos buat," Suhaila mengangguk setuju.

"Apa hal kau tiba-tiba setuju pulak?" Lisa pula yang tak puas hati. Dia dah cukup teraniaya, Suhaila pula setuju dengan tindakan bos.

"Cuba kau beritahu aku. Dalam setahun berapa kali kau keluar joging?" tanya Suhaila.

"Err... hehehe..." Lisa tersengih. Bukan sahaja dalam setahun tapi bertahun-tahun lamanya dia tak pernah keluar joging atau lakukan aktiviti bersukan. Memang patut pun hari demi hari berat badannya naik mendadak

"Nasib baik kau dapat bos yang prihatin dengan kesihatan kau."

"Prihatinlah sangat. Aku nak kejar deadline ni. Kalau aku lambat siapkan manuskrip, habislah peluang nak terbitkan novel tahun ni. Sekarang, bos pula kacau hari Sabtu dan Ahad aku. Nampaknya aku kena ambil cuti juga. Ah, kalau aku ambil cuti sebelum tempoh percubaan aku tamat, matilah aku gaji kena tolak."

"Kau cakaplah baik-baik dengan bos."

"Nak cakap baik-baik? Aku boleh cakap baik-baik tapi masalahnya bos aku tu tak boleh nak balas baik-baik. Ada saja jawapan dia yang menyakitkan hati aku. Siap perli-perli lagi. Hari tu dia perli aku sebab asyik berangan. Dah aku novelis mestilah kena berangan sikit-sikit. Lepas tu dia balas sebab aku tak ada boyfriend lagi sebab perangai aku yang tiga suku ni. Aku tiga suku? Geramnya aku!" Bantal kecil ditumbuk-tumbuknya.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!