#PCUBB-Part 19

7.8K 363 23

TETAP jam 12.00 tengah hari, Lisa mengetuk pintu pejabat bosnya. Pejabat bosnya hanya dipisahkan oleh satu dinding kaca dari luar. Jadi, dia boleh lihat bosnya dari dalam jika tirai pada dinding kaca itu dibuka. Setelah dia melihat bosnya bagi arahan supaya masuk, barulah dia berani buka pintu.

"Bos, dah tiba waktu rehat. Saya nak turun pergi makan ni. Bos tak makan ke?" tanya Lisa. Sejak dari tadi bosnya asyik duduk menghadap kerja. Fail-fail juga berterabur di atas mejanya. Jarang lihat bosnya sesibuk ini.

"Saya tak lapar lagi," jawab bosnya tanpa memandang.

"Bos nak pesan apa-apa tak? Nanti saya tapaukan untuk bos," tanya Lisa lagi.

"Pesan kat perut awak tu, jangan makan banyak sangat. Nanti waktu kerja asyik mengantuk saja," sindir bosnya.

"Cis, menyesal tanya!" Lisa mengomel perlahan.

"Apa?"

Opocot! Alamak! Bos dengar ke?

"Err... Tak ada apa-apa. Saya pergi makan dulu la ye."

"Makan dengan siapa?" tanya satu suara di belakangnya tiba-tiba.

"Encik Nazri! Terkejut saya. Datang tak bagi salam pun," ujar Lisa sambil mengurut dadanya.

"Assammualaikum," ucap Nazri.

Ceh, baru nak bagi. Layan ajelah.

"Waalaikumsalam," jawab Lisa. "Encik Nazri jumpa bos ke?"

"Tak. Saya nak jumpa awak."

"Hah? Saya? Kenapa?" tanya Lisa.

"Saya ingat nak lunch dengan awak. Awak lunch dengan siapa hari ni?"

"Sepatutnya dengan Suhaila tapi Suhaila ambik cuti halfday hari ini. Jadi saya ingat nak tapau aje. Betul ke Encik Nazri nak ajak saya lunch?" tanya Lisa teruja.

"Awak sudi tak?" tanya Nazri.

"Kalau Encik Nazri belanja, saya sudi sangat-sangat," jawab Lisa tersenyum lebar. Boleh jimat belanja hari ini.

"Jom," ajak Nazri.

Lisa angguk laju-laju. Baru sahaja dia mahu melangkah, bosnya bersuara.

"Nanti! Aku ikut," kata Zul Zafri bangun dan mencapai kod hitamnya.

"Eh, tadi bos kata tak lapar lagi," tanya Lisa hairan.

"Awak ingat perut saya ni tak reti lapar ke?" balas bos.

Lisa mencebik marah. Jawapan asyik menyakitkan hati saja!


****


"WAH! Encik Nazri memang pantas! Terbaik!" puji Lisa.

"Panggil saya Nazri saja. Tak perlu berencik-encik dengan saya."

"Ehem... malulah saya," balas Lisa malu-malu kucing. Betul kata Suhaila Encik Nazri ada aura yang boleh buat perempuan seperti dia melayang-layang bagaikan kaki tak jejak tanah. Suaranya pun boleh buat orang cair.

"Gedik!" ujar Zul Zafri. Entah kenapa dia berasa meluat melihat Lisa yang tiba-tiba bertukar kegadisan depan Nazri.

Lisa bagaikan tercampak ke bumi. Kakinya pula seperti baru saja jejak ke tanah. Cis! Nak gedik sikit pun tak boleh.

"Kau tak rasa terlampau cepat ke? Belum apa-apa lagi dah terus nak masuk meminang," kata Zul Zafri. Walaupun dia sudah agak Nazri akan bertindak pantas tapi dia tak sangka Nazri akan ambil keputusan drastik begini. Jumpa keluarga Saleha pun belum lagi, terus nak masuk meminang.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!