#PCUBB-Part 18

7.6K 328 14

"MORNING bos!" Masuk sahaja pejabat pada pagi itu, Zul Zafri disambut mesra oleh Lisa. Lebar senyuman Lisa sangat luar biasa.

Apahal pulak dengan minah tiga suku ini? Sakit? Dia memandang Lisa dengan hairan. Jangan-jangan Lisa dah tahu!

"Awak..." Lisa masih lagi tersenyum.

Sah! Pastinya berita tentang rancangan neneknya berjaya digagalkan sudah sampai ke telinga Lisa. Pelik. Macam mana pula Lisa boleh tahu? Baru saja dia ingat mahu gertak Lisa pagi ini. Musnah harapan nak kenakan Lisa.

Lisa tersenyum lagi. Kali ini sampai nampak gigi.

"Selamat Hari Raya bos. Gong Xi Fa Cai. Happy new year! Angpow saya jangan lupa ye hehehe!" Seronok Lisa. Dia pula yang terlebih gembira. Mana tak gembira kalau bos sudah janji nak bagi angpow RM10 ribu selepas selesai satu homework. Harap-harap janji bosnya itu boleh pakai. Jangan jadi macam pak menteri sudah!

"Discuss dalam bilik saya," kata Zul Zafri segera membuka pintu pejabatnya lalu melangkah ke dalam. Walaupun dia perhatikan Wahida sejak dari tadi asyik menghadap komputer tapi nalurinya tidak berasa begitu. Lebih baik berbincang di dalam. Itu lagi selamat.

Lisa menerima arahan. Dia terus masuk ke dalam pejabat bosnya.

"Mana awak tahu?" tanya Zul Zafri tak puas hati.

"Mestilah Cik Saleha! Pagi-pagi lagi Cik Saleha dah call saya dan ucapkan terima kasih sebab nenek bos sudah tarik balik rancangan nak jodohkan bos dengan Cik Saleha," jawab Lisa.

Zul Zafri mengeluh panjang. Pantas sungguh kaum perempuan berinteraksi.

"Dengar kata lagi, Saleha cakap bos dah ada girlfriend hehehe..." tambah Lisa lagi.

Meluat pula Zul Zafri tengok Lisa ketawa begitu. Oleh sebab sudah meluat sangat, dia segera hulurkan sekeping cek yang sudah siap ditulis jumlah habuan yang dia janjikan kepada Lisa.

"Oh my..." Lisa bagaikan tak percaya dengan apa yang diberikan kepadanya itu. Sekeping cek. Tertulis angka RM10 000. Inilah habuan yang seperti dijanjikan!

"Betul ke ni bos? Bos tak bergurau ke? Harap-harap ini bukan cek tendang..."

Zul Zafri menjeling tajam. Pantang betul dia dengan cek tendang.

"Awak ingat saya ni bos yang tak bertanggungjawab? Saya takkan janji kalau saya tak boleh nak tunaikan. Kalau awak ragu-ragu dengan saya, bagi balik cek tu," gertaknya.

"Eh! Tak. Tak. Saya percayakan bos. Dari dulu lagi saya percaya bos memang seorang yang bertanggungjawab dan baik hati. Terima kasih bos," ucap Lisa tersengih-sengih.

"Bodek orang nombor satu," perli Zul Zafri mengomel perlahan. "Hah, kenapa ni?" tanyanya apabila mendapati Lisa masih tercegat di hadapannya dengan senyuman lebar. Lagi lebar daripada yang mula-mula tadi.

"Ehem... bos... saya nak tanya sikit boleh tak?" tanya Lisa.

"Lisa, saya hargai pertolongan awak selama ni tapi jangan anggap saya ni kawan awak. Saya tetap bos awak. Jadi, sila hormat hal peribadi saya. Jangan tanya soalan yang ada kena mengena dengan hal peribadi saya, okey?"

"Saya bukan nak tanya pasal boslah. Ini pasal saya," balas Lisa.

Zul Zafri tersentap. "Pa...pasal awak?"

"Saya nak tanya. Memandangkan bos dah tak kena kahwin dengan Cik Saleha dan nenek bos pun nampaknya takkan paksa bos kahwin lagi. Jadi, agak-agak bos akan tamatkan perkhidmatan saya ke?" tanya Lisa dengan jantung yang berdegup-degup.

Janganlah ditamatkan perkhidmatan. Walaupun seksa juga bekerja dengan bosnya itu tetapi berbaloi juga. Lagipun memang dia perlukan kerja untuk selesaikan hutang-hutangnya.

"Betul juga. Buat apa saya nak simpan awak lagi dalam ofis ni..." Zul Zafri menjeling pandang Lisa yang mula cuak.

"Hah? Bos... Janganlah cakap macam tu. Saya tahu, saya ni bukannya pandai sangat buat kerja tapi tolonglah jangan pecat saya," spontan Lisa merayu. Lantaklah. Apa yang penting, dia tak mahu kehilangan kerja ini.

"Kalau macam tu, saya nak awak yakinkan saya kenapa saya tak boleh pecat awak," ujar Zul Zafri. Sengaja mahu gertak Lisa. Tiba-tiba seronok pula dia tengok Lisa menggelabah begitu.

"Sebab saya reti memandu. Bos pasti perlukan pembantu yang reti memandu dan yang boleh bawa bos ke mana saja bos nak pergi dalam Malaysia ni!" ujar Lisa. Terpaksa angkat bakul sendirilah jawabnya.

"Peduli apa saya. Saya boleh dapatkan driver sekelip mata aje," balas Zul Zafri jual mahal.

"Err... hah! Saya boleh buatkan kopi untuk bos setiap pagi!"

"Lisa, awak ingat saya ni tak reti bancuh kopi 3 in 1 yang selalu awak bancuh tu?" Sekali lagi Zul Zafri jual mahal.

"Bos..." Lisa sudah habis idea nak puji diri sendiri. Nak puji diri sendiri cekap buat kerja, dia sendiri mengakui yang dia sering buat salah. Banyak kali dia tersalah catat jadual bosnya. Dia memang tak ada keistimewaan lain lagi. Masuk ke dalam syarikat ini pun disebabkan bosnya tahu dia seorang novelis. Kalau ditakdirkan bosnya tak tahu, sudah pasti sekarang dia tengah menjelajah satu Kuala Lumpur mencari kerja.

"Hah, baru awak sedar yang awak tak ada nilai langsung dalam syarikat ni?" Sekali lagi Zul Zafri menggertak Lisa.

Lisa menunduk lemah. Keyakinannya menurun 100 peratus. Mungkin sampai sini sajalah dia bekerja di syarikat besar ini. Dia memang tak layak bekerja di sini walaupun ada ijazah.

"Tak apalah bos. Saya faham. Terima kasih sebab sudi bagi saya peluang kerja di sini. Saya tahu saya ni langsung tak layak bekerja di sini. Saya minta maaf sebab selama ini banyak menyusahkan bos. Saya memang banyak buat silap semasa bekerja di sini. Kalau bos nak tamatkan perkhidmatan saya, saya reda," ujar Lisa terpaksa akur dengan nasib sendiri.

"Awak ni... nama saja ada ijazah tapi langsung tak ada keyakinan diri! Memang patut pun awak duduk rumah dan teruskan berangan," kata Zul Zafri. Entah kenapa dia pula yang geram dengan Lisa.

"Mmm... ada baiknya saya sambung balik apa yang saya tinggalkan selama ini..." balas Lisa cuba bertahan.

Pedih Lisa mendengarnya. Dia sendiri tak tahu kenapa. Padahal kata-kata itu selalu dia dengar dari Suhaila tapi dia tak pernah pun rasa sedih seperti ini. Hatinya bagaikan dihiris-hiris dengan pisau. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Jadi, sampai di sini sajalah..."

"Eh?" Zul Zafri terkejut. Dia pula menggelabah bila Lisa mula mengatur langkah. Dia hanya main-main tadi. Bukan betul-betul ingin tamatkan perkhidmatan Lisa. Leceh betul perempuan begini. Mudah terasa sangat!

"Lisa," panggil Zul Zafri. Panggilannya tak didengari Lisa yang terus berjalan. Apabila Lisa ingin membuka pintu, dia menjerit, "Lisa!"

"Yes bos!" Lisa terperanjat dan segera berpaling dan menyahut. "Kenapa bos?"

"Awak dah lupa janji awak?"

"Hah? Saya ada janji ke?"

"Awak dah lupa yang awak dah janji nak tolong saya sampai masalah saya selesai?"

"Bukan ke dah selesai?" soal Lisa semula.

"Bukan ke hari tu awak dah janji nak tolong saya sampai saya kahwin dengan Nazurah?"

"Eh?" Lisa terkejut. Dia cuba korek kembali ingatannya. Rasanya dia tak pernah buat berjanji begitu. "Bila? Saya tak ingat pun."

"Tak ingat atau pura-pura tak ingat?"

Lisa menggaru kepala. Serius. Dia memang tak ingat.

"Saya tak kira. Awak ingat atau tak, yang penting awak dah janji. Janji mesti ditunaikan!"

"Eh? Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi lagi! Sekarang saya nak bagi homework kedua. Fikirkan idea macam mana saya nak buat Nazurah kahwin dengan saya tahun ini juga!"

"Hah? Kahwin dengan Nazurah? Tahun ni juga?" Lisa bagaikan tidak percaya. Dan tiba-tiba dia merasakan kepalanya dihempap tukul besi Thor.

Habis! Mana nak cekau idea!

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!