#PCUBB-Part 17

7.9K 320 10

"SNACK PLATE untuk bos," Lisa berikan sepinggan snack plate set ayam KFC kepada bosnya. Dia pula memilih Zinger burger dan cheesy wedges.

"Kenapa?" tanya Lisa apabila dipandang bosnya semacam.

"Kenapa saya punya lain, awak punya lain?" tanya Zul Zafri nampak macam tak puas hati.

"Sebab bos tak beritahu nak makan apa tadi. Jadi, saya belilah ayam goreng saja."

"Saya nak burger tu, awak ambil ayam ni."

"Hah?" Lisa terkejut serentak melihat burgernya. Kemudian dia memandang bosnya. Nampaknya bosnya langsung tak bergurau. Renungan tajam bosnya buat Lisa terpaksa mengalah.

"Yalah. Bos patut cakap awal-awal tadi. Senang saya order dua set burger," sempat lagi Lisa merungut.

"Manalah saya tahu KFC ada jual burger."

"Hah? Bos tak tahu KFC ada jual burger?" Lisa sendiri terkejut mendengarnya. Mustahil dia salah dengar. Lagi mustahil bosnya tak pernah tahu menu-menu yang ada di KFC.

"Jangan kata bos tak pernah makan KFC..." teka Lisa.

Zul Zafri yang mahu makan burger terdiam kaku. Macam mana Lisa tahu?

"Bos tak pernah makan KFC?" tanya Lisa sekali lagi. Kali ini dia terkejut dengan reaksi bosnya. Walaupun tak mengaku tapi tengok sahaja gaya bosnya dia sudah tahu jawapannya.

Zul Zafri memandang sekeliling. Ada beberapa mata-mata di sekeliling memandang ke arah mereka. Ada yang ketawa. Ada yang sedang sorok tawa.

"Awak nak beritahu satu dunia ke?" balasnya geram.

"Sorry... tapi betul ke bos tak pernah makan KFC?" tanya Lisa memperlahankan suaranya.

Zul Zafri diam lagi. Malas dia nak melayan Lisa. Nanti macam-macam rahsianya akan terbongkar lagi. Tadi, Lisa sudah tahu siapa teman wanitanya. Walaupun dia sudah menafikan sekeras-kerasnya tapi Lisa tetap tak percaya.

"Langsung?" Lisa terus menyoal.

"Pelik sangat ke?" soal Zul Zafri semakin stres dengan soalan Lisa.

"Pelik. Sangat pelik. Ini kali pertama saya jumpa orang tak pernah makan KFC. Maksud saya, orang kaya yang tak pernah makan KFC," jawab Lisa menahan tawa.

"Kalau kecoh kat ofis nanti, siaplah awak! Saya potong 80 peratus daripada gaji awak!" gertaknya.

80 peratus? Lisa menelan air liur. Gila punya kejam bos aku ni!

"Bos jangan risau, rahsia bos akan menjadi rahsia saya sampai saya mati," Lisa terus zip mulut.

"Bos... tentang Cik Saleha dengan Encik Nazri... agak-agak, Encik Nazri tu ada hati tak dengan Cik Saleha?" tanya Lisa setelah masing-masing mendiamkan diri.

"Dia ada hati atau tak ada, bukan masalah kita." Selamba aje bosnya jawab.

"Siapa cakap! Satu masalah buat kita juga!"

"Apa masalahnya? Saya kenal Nazri tu, dia pastikan sia-siakan peluang ni."

"Maksud bos... Encik Nazri tu pasti akan pikat Cik Saleha?"

"Awak novelis, gerenti awak dapat teka."

"Teka aje. Teka tak semestinya betul."

"Habis tu awak nak saya buat apa?"

"Bos kena mainkan plot bos juga. Kalau bos harapkan sebelah sana, pasti akan jadi konflik besar pula nanti."

"Konflik apa pula?"

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!