#PCUBB-Part 16

7.3K 346 18

Lisa semakin stres. Dia mudah stres bila empat orang duduk satu meja tapi yang dengar hanya alunan muzik jazz yang diputar di restoran itu. Masing-masing diam membisu. Masing-masing juga tidak berani mengeluarkan suara. Padahal kesemua mereka ingin bertanyakan soalan.

"Awak apa khabar?" tanya Nazri kepada Saleha. Akhirnya! Berani juga Nazri bertanya.

"Baik. Alhamdulillah," jawab Saleha perlahan aje suaranya. "Awak?" tanya Saleha kembali.

"Alhamdulillah. Sihat," jawab Nazri.

Kemudian, sekali lagi mereka berhenti bercakap. Agaknya masing-masing tidak berani hendak bertanya lagi atau masing-masing sudah kehabisan idea untuk bertanya soalan. Lisa menjeling jam tangannya. Hampir pukul 12.00 tengah hari. Kalau ini berlanjutan, sampai keesok pagi pun mereka berdua takkan bertegur sapa. Dia kena buat sesuatu!

Baiklah, kalau Nazri dan Saleha saling berdiam diri, biar dia sahaja yang menyoal!

"Mmm... Encik Nazri kenal Cik Saleha ke?" tanya Lisa memulakan mukadimah.

"Awak pekak ke tadi? Bukan ke Nazri yang mengaku dia pernah kenal Saleha," jawab bosnya.

Lisa menjeling tajam. Dia tanya Encik Nazri, orang lain pula yang jawab. Memanglah Nazri sendiri mengaku bahawa dia pernah kenal Saleha. Dia bukan pekak tapi ini saja cara untuk memulakan perbualan. Bos memang lembap!

"Kenapa? Tak puas hati?" balas Zul Zafri lagi apabila menyedari pandangan mata Lisa bagaikan ingin mencari gaduh.

Lisa mengeluh.

Dia ni, memang cari pasal betul! Duduklah diam-diam! Oh Lisa, abaikan bos kau ni. Anggap saja dia tak ada di sini...

"Ehem... jadi, apa yang dah berlaku? Kenapa boleh lost contact tiba-tiba?" tanya Lisa.

"Lisa, jangan menyibuk hal orang boleh tak?" tegur Zul Zafri.

Apa? Menyibuk? Orang tengah nak buka jalan untuk tolong dia, dia pula kacau daun! Duduk situ diam-diam ajelah!

"Dulu... masa sekolah, kami berkawan baik," jawab Nazri. "Ada sedikit salah faham antara kami. Mungkin masa tu saya tak matang dalam menyelesaikan masalah, jadi persahabatan kami terputus macam tu. Semuanya berpunca daripada saya juga. Kalau saya tak ikut sangat perasaan waktu tu... mungkin kita tak terpisah lama begini."

"Salah faham yang macam mana?" tanya Lisa.

Dia pula teruja mendengar cerita mereka. Memang dari dulu lagi dia teruja dengar kisah orang. Dari situlah dia boleh ceduk idea sikit-sikit dan digarapkan dalam novelnya nanti.

"Mmm... mesti masa tu Encik Nazri banyak peminat, bukan? Oleh itu, mesti ada yang cemburu tengok persahabatan Encik Nazri dengan Cik Saleha. Jadi, dia pun cuba pisahkan kalian berdua," tanya Lisa.

Nazri nampak terkejut. Dia hairan. Sebelum ini dia tak pernah langsung bercerita tentang hal ini kepada sesiapa pun. Mustahil Zul Zafri yang beritahu. Rakannya itu mana pernah bertanya tentang hal peribadinya. Rasanya dia juga tidak pernah berkongsi rahsia ini dengan Zul Zafri.

Mungkin inilah sebab kawannya itu mengupah Lisa. Novelis cinta memang serba tahu orangnya!

"Otak novelis memang macam ni ke? Tahu meneka apa yang dah berlaku?" tanya Nazri.

"Macam mana Encik Nazri tahu?" Kali ini Lisa pula yang terkejut. "Ini tak lain dan tak bukan mesti ada mulut yang beritahu."

Lisa pandang bosnya. Muka selamba sahaja macam orang tak mengaku bersalah.

"Bos ni memang langsung tak boleh simpan rahsialah!" marahnya.

Zul Zafri sekali lagi buat muka selamba.

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSSRead this story for FREE!