NAIZ mengeluh kecil menatap langit. Rokok yang tersisip di bibir dia turunkan. Abu dibuang ke dalam tempat habuk rokok dan kembali menyedutnya. Nain Kazreen, abang kembarnya ialah mangsa dera. Terdapat banyak laporan penderaan mental dan fizikal. Dia juga ada baca dan lihat semua keterangan serta gambar-gambar bukti kekerasan fizikal.
"Papa... Tahu?" gumamnya.
Naiz meraup wajahnya sendiri. "Papa mesti tahu... Papa yang buat laporan. Tapi kenapa tak ada? Kenapa tak ada laporan apa-apa selama dua bulan sejak tarikh tu? Dan... Sejak Reen tak pergi sekolah... Mana dia? Kenapa aku? Kenapa Reen elak?"
Masih banyak hal yang perlu dia pertanyakan. Nain yang banyak mengelak tadi pun menjadi tanda tanya buatnya. Sebenarnya apa yang masih disembunyikan? Dia inginkan kepastian tentang segalanya yang terjadi sejak hari itu.
"Betul ke keputusan untuk buka balik kes tu? Aku... Akan okay ke?"
Di sampin itu, Nain sedang sibuk memandang satu buku harian lama di dalam bilik bacaan. Sebuah buku harian sejak dia diasingkan ke sebuah perkampungan terpencil untuk proses perubatan dipandang lama.
Nain ketawa mengejek. Mengutuk diri yang pengecut. "Aku belum berani... Aku..." Nain tidak meneruskan kata. Mata yang memanas tidak boleh terus dibiarkan. Dia tidak ingin menangisi masa lalu kelam itu.
"Semoga ini jadi keputusan yang tepat..."
PAGI harinya Nain terlambat bangun. Lebih tepatnya dia kembali tertidur selepas menunaikan solat subuh. Naiz pula turun ke bawah dan duduk di ruang tamu dengan banyaknya kertas yang berselerak. Kertas-kertas itu tidak berterbangan kerana dia hanya membuka penghawa dingin. Dia sangat sibuk memeriksa semua dokumen itu ditemani oleh Cik Wawa.
"Huh... Reen betul. Sekarang aku dah besar. Dah di usia untuk jumpa pendamping hidup. Kalau aku terus terpaku dekat sini, aku akan hancur sendiri... Reen pun tentu nak ada kehidupan yang lebih baik... Kehidupan yang mungkin..." Matanya berkaca dan bibir tercebik. "Tanpa adanya aku..."
"Nonsense, Kiizran." Naiz terkejut dan lantas menoleh ke belakang melihat Nain yang masih mengenakan baju tidur dengan rambut yang kusut masai. Tercengang. Nain kali ini langsung tidak peduli dengan penampilannya.
"Reen tak mandi?"
"Sejuk." Naiz mengangguk faham. Benar juga, hujan belum berhenti sejak tengah malam semalam. Untuk Nain tentu akan sangat sejuk.
"Nak orang tutup aircond?" soal Naiz. Nain menggeleng.
"Nak tidur lagi. Can I?"
Naiz kemam bibir. Apa ini? Mengapa Nain jadi bersikap manja? Terlebih lagi ini sangat comel. Nain yang tersipu memang cukup memanjakan mata. Bolehkah dia melihat pemandangan begini lebih sering? Tidaklah hati sering merasa jengkel kerana sikap Nain.
"Sure! Tidurlah atas sofa ni. Orang dah kosongkan." Naiz ambil kertas-kertas yang dia letak atas sofa dan diletakkan atas meja setelah mengasingkan beberapa dengan cara letak melintang dan menegak.
"Kiiz..."
"Ya?" Naiz memandang Nain bingung. Entah kenapa Nain terlihat seperti ingin menyampaikan sesuatu. Tetapi beberapa saat berlalu dan Nain tidak sekalipun membuka bicara.
"Reen? Okay ke?"
"Nak... Pe...peluk..." Kecil sahaja suaranya. Naiz ternganga. Ini sungguh jarang. Nain meminta lebih dahulu! Nain? Seorang Nain Kazreen baru sahaja meminta sebuah pelukan? Haruskah dia buat sebuah kenduri untuk hal langka sebegini?
"Tak... Boleh?"
"Boleh!" sahut Naiz cepat. Peluang keemasan tidak boleh dia sia-siakan.
Naiz naik atas sofa dan rentangkan tangannya menyambut Nain. Naiz hanya meniru papa. Cara dia peluk Nain sama seperti papa memeluk mereka dulu. Nain pejam mata dan kembali lena dalam sekejap.
Rahsiakan daripada Naiz, tujuan Nain turun semata-mata kerana dia mahukan sebuah pelukan.
Pelukan terakhir yang dia dapatkan daripada Naiz sangat candu. Itu membawa ketenangan dan kehangatan yang dirinduinya.
"Reen mesti dah berusaha. Orang pun kenalah lebih banyak usaha."
Kepala Nain diusap-usap dan bibir Naiz mengukir senyum. Andai papa ada di sini untuk melihat interaksi mereka yang sangat jarang ini. Naiz jadi rindu. Agaknya apa yang akan papa katakan jika melihat Nain yang melekat dengannya begini? Tentu hal ini tidak akan luput daripada usikan.
"Orang sayang Reen... Semalam, harini, esok, lusa dan nanti... Orang akan selalu sayangkan Reen. Orang tak akan lukakan Reen. Orang tak akan panggil Reen vampire lagi. Orang tak nak Reen sedih-sedih lagi. Orang nak Reen happy macam mana orang happy bila ada dekat dengan Reen."
BEGITU cepat masa berlalu, Nain sekarang terjaga kerana aroma yang begitu enak. Nain duduk dan menggosok matanya yang sedikit kabur. Dia melihat sekeliling. Ruang tamu masih berantakan. Masih banyak kertas dan ada buku nota di atas lantai. Nain tidak berminat dengan itu. Dia hanya tertarik dengan bau masakan. Kaki dibawa turun dan Nain bawa langkah ke dapur.
Naiz yang sedang bersenandung itu dipandang.
"Kiizran..."
"Eh, Reen dah bangun? Reen lapar?" Nain mengangguk beberapa kali.
"Kejap lagi orang siap. Reen tunggu dekat depan dulu ya?"
"Biskut..." Naiz terkekeh perlahan dan membuka kabinet di atas kepalanya mengambil satu balang plastik bersaiz sederhana kemudian diberikan kepada Nain untuk alas perut.
"Jangan makan banyak sangat." Nain hanya mengangguk dan duduk di meja pulau menghadap Naiz. Balang biskut dibuka dan beberapa keping dia keluarkan letak di atas piring. Balang kembali ditutup dan diletakkan ke tepi.
"Kiiz buat apa tadi?"
"Orang tengah buat analisis."
"Ana...lisis?"
Naiz mengangguk. Api dapur ditutup dan Naiz menoleh memandang abang kembarnya itu. "Analisis peratus kemenangan kita dekat mahkamah nanti."
Seketika mata Nain membesar. Dia menatap mata berlainan warna itu penuh dengan rasa tidak percaya.
"Kiiz yakin?"
"Yakin! Lagipun orang dah selesaikan analisis tu. Sama macam yang peguam dan Reen cakap. KIta ada peluang besar untuk menang walau tak boleh abaikan juga peratus kekalahan tu."
Nain tersenyum hingga lesung pipitnya kelihatan. Gigi taringnya juga menonjol. Naiz tersengih. Suka dapat melihat senyuman itu. Seperti biasa, Nain kelihatan begitu menawan. Abang kembarnya memang sangat pandai buat dia ikut tersenyum dan gembira.
"Kalau ada Reen, orang tak takut lagi dah."
-TAMAT
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)