SATU minggu setelah itu Naiz dibenarkan ke rumah. Traumanya masih ada dan masih dirawat. Namun buat sementara waktu ia teredam. Dengan Nain di sisi, Naiz kelihatan kembali ceria seperti sediakala. Sekarang... Nain pula yang kurang sihat. Demam lagi lelaki itu.
"Reen, kita bincang tu esok lusa jelah. Reen kena rest dulu. Nanti makin teruk demam Reen." Nain menggeleng. Hal ini perlu segera diselesaikan.
"Reen tak nak tunggu lagi. Duduk, Kiiz. Ada benda kita kena bincang dan Reen harap Kiiz dapat bertenang dan kawal diri Kiiz," ujar Nain tegas. Jika dibiarkan lagi dia tidak akan berani. Begitu juga Naiz. Jika dibiarkan lebih lama, Naiz akan merasa dikhianati.
Naiz duduk di sebelah Nain dan melihat sahaja Nain yang sibuk membuka fail salinan yang mereka terima sebagai bukti, rujukan dan perkembangan kes. Itu fail Nain dan dia tidak tahu mengapa Nain memiliki fail yang hampir sama tebal dengan miliknya.
"Untuk pengetahuan Kiiz, Reen belakangan ni diganggu lagi. Ini perintah perlindungan baru untuk Reen dan ini keterangan tentang gangguan laporan Reen baru-baru ni." Beberapa helai kertas diberikan pada Naiz untuk dibaca sekiranya Naiz mahu.
"Reen... Selama ni sibuk naik turun mahkamah?" Nain mengangguk. Naiz faham. Dia membaca dan meneliti isi di dalam semua salinan itu.
"Reen... Ni?" Naiz memandang abang kembarnya tidak percaya. Nain tersenyum sahaja.
"Betul ke semua ni?"
"Kiiz rasa macam mana?" Naiz mencebik dan terus memeluk Nain meninggalkan kertas-kertas itu berselerak atas lantai.
Nain diam. Dia sudah memutuskan untuk jujur. Dia sudah tekad untuk membuka diri. Setidaknya ini bakal jadi contoh untuk Naiz juga membuka diri dan jadi lebih berani.
Tetapi entah mengapa semua terasa semakin berat. Mulutnya ini seakan enggan membuka suara soal itu.
"Reen... Boleh ke kalau... Kita cakap tentang tu? Tentang apa yang dah jadi sebelum orang lupa semua tu dulu?" soal Naiz perlahan. Dia takut menyinggung perasaan Nain lagi.
"Kiiz... Boleh tak kalau kita hold dulu semua ni?" soal Nain. Naiz meleraikan pelukannya dan memandang Nain. Aneh... Suara Nain pecah dan bergetar.
"Berat untuk Reen?" Nain mengangguk sekali. Ini memang sangat berat buatnya. Dia juga sedar apa yang dia minta Naiz pertimbangkan juga sangat berat buat lelaki itu.
"Kalau sakit, bagitahu yang Reen sakit. Kalau berat, jangan ceritakan semua tu. Orang faham. Orang faham sangat perasaan tu dan orang tak nak Reen sakit hanya sebab ceritakan semua tu."
Nain pejam matanya sekejap sebelum kembali dibuka. Bahu Naiz dipegang dan Nain memandang lama mata berlainan warna itu.
"Sekalipun sakit, berat atau tak sanggup... Reen tetap kena cerita." Nafas dihela lelah. Naiz pusingkan tubuh dan jadikan bahu serta lengan Nain sebagai sandaran.
"Ambil masa Reen. Banyak mana pun orang tak kisah." Nain tersenyum dengan kepala yang ditundukkan. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihela perlahan.
"Apa yang Reen lalui, apa yang orang lalui, semuanya berbeza. Tapi kesan yang ditinggalkan jelas sama. Dan... Orang tak minta Reen untuk cerita lebih dari yang patut orang tahu sebab orang faham... Buka luka dan trauma tak mudah. Sakitnya tak akan berhenti."
Nain setuju dalam diam. Dia tidak akan menyangkal walau sedikit. Naiz lebih tahu itu. Berbeza dengan dirinya yang hanya mendapatkan diagnosis dari keterangan Tuan Muaz dan bukti-bukti pada tubuh serta sifat sahaja.
"Reen tunggu sini. Orang nak pergi buatkan susu." Nain mengangguk. Setidaknya itu mungkin akan cukup untuknya mengumpulkan keberanian.
Nain sedikit bingung mahu mulakan ceritanya daripada mana. Ada begitu banyak cerita yang dia sembunyikan dan sekarang dia perlu mengatur urutan ceritanya.
TANGAN dingin Nain digenggam. Naiz tidak ingin menambahkan beban perasaan abang kembarnya itu. Tetapi air matanya tidak henti-henti mengalir sejak Nain mula bercerita.
"Reen selalu sembunyikan semua! Tengok, sekarang bila dah macam ni baru nak bagitahu!" Naiz marah. Bukan marah pada Nain yang sudah berani cerita. Dia hanya marah kerana Nain berjaya sembunyikan segalanya. Dia marah dengan dirinya sendiri yang tidak pernah peka.
Nain teguk sedikit air susu yang Naiz bancuh tadi. Sedikit lega dia rasakan apabila akhirnya dapat jujur sengan Naiz.
"Reen tak harap banyak. Cuma Reen harap dengan Reen cerita ni, Reen dapat bantu Kiiz. I mean... Bantu Kiiz untuk jadi lebih berani?" katanya sedikit ragu. Naiz mencebik dan memeluk abang kembarnya itu dengan hati-hati agar susu yang dipegang tidak tumpah.
"Orang akan fikirkan semula. Tapi Reen kena janji dengan orang... Reen jangan luka atau sakit lagi. Orang tak nak Reen sakit-sakit dah." Nain tersenyum mendengar itu. Dia mengangguk perlahan. "Tentu..."
—BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] NAIN NAIZ 2
Random"Papa dah tak ada, Kiiz..." -Nain Kazreen Mendengar berita itu Naiz jadi hilang arah. sedih, marah, semua sudah tidak dapat dia bezakan. Tambahan pula Nain yang seakan-akan tidak peduli dengan pemergiaan papa mereka. Nain kejam. "Kalau Reen tak ada...
![[C] NAIN NAIZ 2](https://img.wattpad.com/cover/404594915-64-k199492.jpg)